Thursday 22 September 2011

Pengenalan ekonomi komersial telah membawa perubahan besar kepada struktur masyarakat tempatan di T.Melayu pada abad ke 19.

Tema 1
SOALAN 10

Pengenalan ekonomi komersial telah membawa perubahan besar kepada struktur masyarakat tempatan di T.Melayu pada abad ke 19.

Pengenalan

Kedudukan ekonomi Tanah Melayu lebih bersifat sara diri sebelum kedatangan British meskipun terdapat aktiviti-aktiviti ekonomi bersifat komersial yang dilakukan dalam skala yang kecil dan membabitkan golongan pemerintah. Sistem ekonomi komersial diperkenalkan oleh barat telah membawa perubahan besar kepada perkembangan struktur masyarakat di T.Melayu.

Isi

1.    Pengenalan sistem ekonomi komersial sangat berkait rapat dengan kemasukan pelabur asing, pelaburan modal, penggunaan teknologi baru, pengenalan tanaman baru dsb    membawa kepada peningkatan taraf hidup masyarakat tempatan.

2.    Kemasukan imigran asing terutama dari India dan China mempunyai kaitan langsung dalam bidang perlombongan bijih timah dan pertanian seperti getah, tebu dan sebagainya.

3.    Wujud masyarakat majmuk.

4.    Dasar pecah dan perintah British menyebabkan masyarakat dikenali berdasarkan pekerjaan mereka dan lokasi tempat tinggal dan bekerja.

5.    Wujud pendidikan vernakular yang mengasingkan pendidikan Melayu, Cina, India dan 
6.    Mubaligh daripada segi bahasa pengantar, guru, sukatan pelajaran dan buku.

7.    Budaya yang pelbagai mengikut kaum seperti penggunaan bahasa pertuturan, adat resam, sambutan perayaan, agama, kesenian, cara berpakaian dsb.

8.    Kewujudan amalan kongsi gelap dalam masyarakat Cina yang menyebabkan timbulnya masalah pergaduhan dan keganasan. Amalan sistem kasta dalam masyarakat India.

9.    Pertambahan penduduk Tanah Melayu.

10.  Masalah penyakit tropika yang dibawa dari negara asal imigran



Kesimpulan

Pengenalan ekonomi komersial sama ada dalam bidang pertanian mahupun perlombongan menjadi faktor penting yang mengubah struktur masyarakat di T. Melayu. Satu rumpun bangsa menjadi sekurang-kurangnya tiga bangsa yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan India. Sistem pendidikan dijadikan sebagai alat untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum yang akhirnya menerima proses asimilasi.


♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment