Thursday 22 September 2011

Huraikan tentang Perjanjian Inggeris Belanda 1824 dan implikasinya terhadap Negeri-negeri di Tanah Melayu.

Tema 2

SOALAN DUA : Huraikan tentang Perjanjian Inggeris Belanda 1824 dan implikasinya terhadap Negeri-negeri di Tanah Melayu.


Pendahuluan :

Perjanjian Inggeris-Belanda termeterai akibat perebutan kawasan perdagangan yang strategic antara pihak British dengan Belanda . British telah membuka pengkalan baru iaitu Singapura bagi menyaingi Belanda. Akibatnya Belanda membawa Singapura di bawah kuasanya. Demi kepentingan ekonomi dan mengelakkan pertelingkahan dengan Belanda, British telah menanda tangani perjanjian ini pada tahun 1824.

Isi:
Syarat Perjanjian Inggeeris-Belanda 1824.

  1. Pembahagian wilayah takluk masing-masing. Belanda mengiktiraf Singapura sebagai hak milik British dan bersedia melepaskan segala tuntutannya ke atas Singapura. Belanda juga bersetuju menyerahkan semua loji/pusat perdagangannya di India, di samping penyerahan Melaka dan segala jajahan takluk di utara Singapura kepada British. Belanda berjanji tidak akan membuka sebarang petempatan atau membuat perjanjian dengan pembesar tempatan. British bersetuju menyerahkan Bangkahulu dan semua kawasan Syarikat Hindia Timur di Sumatera kepada Belanda. British juga berjanji tidak akan membuka petempatan atau membuat perjanjian dengan pembesar tempatan . Kedua-dua pihak juga bersetuju menduduki tempat tersebut jika mana-mana pihak berundur daripada salah satu kawasan dan setiap wilayah tidak boleh diserahkan kepada kuasa asing.
  2. Menghadkan kawasan perdagangan bagi kedua-dua pihak. Belanda diberikan monopoli ke atas kepulauan rempah sahaja. Dan kedua-dua pihak bersetuju mengamalkan dasar perdagangan bebas. Manakala perjanjian  bijih timah antara Belanda dengan Selangor, Perak dan Kedah berakhir. Belanda tidak akan menganiaya pedagang-pedagang British dengan mengenakan cukai yang tinggi. Masyarakat peribumi dibenarkan berhubung secara bebas dengan pelabuhan-pelabuhan kedua-dua pihak di samping bekerjasama menghapuskan kegiatan lanun. Belanda membayar hutangnya sebanyak 100,000 pound  kepada British dan kedua-dua pihak bersetuju tidak akan menandatangani sebarang perjanjian dengan negeri-negeri tempatan yang boleh menjejaskan perdagangan pihak lain.

Kesan-kesan Perjanjian Inggeris Belanda:

  1. Kepulauan Melayu dibahagi kepada dua iaitu Singapura dan kawasan utaranya
Terletak di bawah naungan British, manakala kawasan di Selatan Singapura di bawah naungan Belanda.
  1. British bebas meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu tanpa gangguan mana-mana pihak. Melalui perjanjian ini, British mempunyai tiga buah penempatan iaitu Pulau Pinang, Singapura dan Melaka yang akhirnya dikenali sebagai Negeri-negeri Selat pada 1863.
  2. Perpecahan empayar Johor yang dahulunya terdiri daripada kepulauan Riau –Lingga di bawah pemerintahan Sultan Husin(pengaruh British) dan kepulauan Riau-Lingga di bawah pemerintahan Sultan Abdul Rahman (pengaruh Belanda). Pahang telah membebaskan diri daripada empayar Johor dan diperintah oleh keluarga bendahara.
  3. Perdagangan Singapura semakin berkembang maju.


Kesimpulan:
     Perjanjian ini membawa keuntungan kedua-dua pihak kerana pembahagian kawasan,wilayah dan perdagangan yang lebih jelas. Perdagangan kedua-dua pihak semakin maju dan dapat mengelakkan perebutan kawasan yang berlaku sebelumnya.


♥ Thank for reading ♥

2 comments:

  1. it not correct 'nota' for my pt3 'kerja kursus ' but thanks I' ve got some information ...............

    ReplyDelete
    Replies
    1. This one is the format used for STPM/Form 6 student and not for PT3

      Delete