Thursday 22 September 2011

Bincangkan pelbagai bentuk kepercayaan dalam kehidupan masyarakat bumiputera Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Tema 1
SOALAN 7

Bincangkan pelbagai bentuk kepercayaan dalam kehidupan masyarakat bumiputera Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

PENGENALAN

Bentuk-bentuk kepercayaan dan agama tidak dapat dipisahkan. Amat berkesan ke atas segala tindak-tanduk manusia dalam kehidupan. Sukar untuk dikesan perbezaan yang nyata dalam kepercayaan dan keagamaan masyarakat Melayu. Walaupun Islam telah memberi kesan yang besar kepada masyarakat Melayu dalam semua aspek kehidupan ,tetapi kepercayaan animisme dan pengaruh ajaran Hindu Buddha (HB) masih diamalkan.

Isi

1.    Kepercayaan Animisme

a.    Kepercayaan kepada makhluk-makhluk halus atau kuasa ghaib yang mempunyai semangat

b.    Benda hidup/ tidak hidup mempunyai roh dan semangat seperti gunung, pokok besar, batu-batu besar, sungai dsbnya.
i.      Makhluk halus seperti jin ,hantu, penunggu dsb boleh memberi kesan baik seperti rezeki, kesihatan dan keharmonian, sebaliknya seperti malapetaka dan bencana.
ii.     Mengadakan upacara pemujaan seperti puja pantai, semangat padi, main puteri, main dewa, memutus ubat dan sebagainya untuk mengelakkan bencana atau meminta pertolongan
iii.    Ada kaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu tradisional seperti menanam padi, turun ke laut, masuk hutan dan mengubati penyakit
iv.   Upacara ini dipercayai boleh menjamin keselamatan mereka, kesuburan tanah, hasil tanaman dsb.
v.    Memerlukan orang perantaraan di antara manusia dengan kuasa ghaib atau makhluk halus kerana manusia biasa tidak mampu berhubung dengan mereka.
vi.   Orang perantaraan ini ialah bomoh, dukun atau pawing yang berperanan untuk menenteramkan kuasa ghaib daripada mengganggu anak-anak kecil, perempuan bersalin, orang sakit dsb.Mereka percaya kepada keramat ,azimat dan tangkal.
vii.  Mengamalkan jampi serapah, limau purut, kain kuning, telur, bunga-bungaan ,senjata tradisional dsb.
viii. Alat-alat muzik yang mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib diasap dengan kemenyan dan sirih dan disimpan di tempat yang tinggi dan dijaga dengan sempurna.







2.    Kepercayaan animisme di Sarawak

a.    Orang Melanau percaya hantu tertentu menyebabkan penyakit.
b.    Hantu yang menyebabkan sakit perut dan kejang, hantu langit membawa sakit kepala dan demam, hantu gurun mendatang bengkak dan lenguh sendi tangan.
     
3.    Kepercayaan Animisme di Sabah

a.    Orang Illanun percaya penyakit ada kena-mengena dengan syaitan.
b.    Percaya ilmu batin dan perkara ghaib seperti ilmu palimun ( ghaib ), kublak ( kebal ), dualatut ( dipukul tidak rasa sakit ), mabagar ( kuat ), pagawang ( menakutkan musuh dengan suara.                 
c.    Percaya adanya jimbaran ( orang belaan ) atau kemasukan apok-apok ( lintasan )
d.    Terdapat upacara menjamu hantu bagi mengelakkan ditimpa penyakit.
e.    Orang Murut percaya kepada Aki Kopuno ( dipercayai berkuasa dalam segala hal ) 
f.     yang dianggap dapat menolong menyelesaikan masalah.
g.    Bomoh Babalion menjadi perantaraan antara manusia dengan Aki Kopuno.

4.    Pengaruh agama Hindu Buddha

a.    Pemerintah sebagai wakil tuhan
b.    Konsep devaraja
c.    Panggilan Betaraguru , Dewata Mulia Raja dan Maha Vishnu
d.    Pengaruhnya terdapat dalam perkahwinan, adat istiadat Melayu lama, pantang larang dsb.
   
5.    Pengaruh Islam

a.    Konsep tauhid, keesaan tuhan dan keimanan.
b.    Pemerintah merupakan khalifah Allah
c.    Amalan adat istiadat yang membayangkan pengaruh Islam. Akan dimulakan dan diakhiri dengan bacaan ayat-ayat Al Quran dan doa.
d.    Pengaruh Islam dalam bidang kesenian seperti ukiran di dinding masjid, kubah, mimbar,mihrab, menara azan dsb. Terdapat tulisan dan ukiran bercorak  bunga dan geometri serta ayat-ayat Al-Quran pada bangunan atau rumah
 Kesimpulan

Amalan kepercayaan dan agama telah membentuk sistem sosial mereka. Agama Islam mengubah sebahagian besar amalan kehidupan mereka. Namun masih ada amalan animisme dan pengaruh HB yang masih kekal dan diamalkan sehingga kini.


♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment