Thursday 22 September 2011

Bincangkan peranan pembesar di Tanah Melayu sehingga abad ke 20.

Tema 1
SOALAN 2    

Bincangkan peranan pembesar di Tanah Melayu sehingga abad ke 20.

Pengenalan

Pembesar merupakan golongan kedua yang penting selepas sultan. Merupakan sekumpulan pegawai yang membantu sultan atau raja menjalankan pentadbiran di peringkat negeri dan daerah. Sistem pembesar yang diamalkan di Negeri-negeri Melayu berasaskan sistem Pembesar Empat Lipatan yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka. Diamalkan di negeri Melayu seperti Pahang, Perak, Selangor dan Johor. Sistem pembesar di Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri Melayu lain kerana dipengaruhi oleh Adat Perpatih.

ISI

1.    Sebelum campurtangan British
   
a.    Orang kedua penting selepas sultan penasihat utama sultan
b.    Orang yang sangat taat dan menjadi orang kepercayaan sultan. Diberi surat tauliah, sebilah pedang, cop mohor dan daerah pegangan

i.      Sebagai pemangku sultan ketika sultan keluar negeri
ii.     Ketua pentadbir awam dalam semua urusan pentadbiran negeri
iii.    Bertanggungjawab ke atas hal ehwal perhubungan luar negara
iv.   Mengetuai urusan sultan ke seberang laut
v.    Ketua tentera laut dan mempertahankan negara daripada serangan musuh dari   aut
vi.   Mengetuai angkatan tentera semasa peperangan
vii.  Penentu sukatan dan timbang yang betul
viii. Ketua polis dan menjaga keselamatan
ix.   Pengawal peribadi sultan
x.    Menjaga perbendaharaan negara dan mengawasi pungutan cukai
xi.   Pegawai kastam
xii.  Menyimpan dan mengagih hasil-hasil negeri dan hal-hal istana
xiii. Ketua adat istiadat dan upacara rasmi istana terutama jamuan
xiv. Mengadili dan menghakimi kes-kes jenayah dan sivil kecuali hukuman bunuh
xv.  Menjadi tunggak sesebuah negeri bagi membantu sultan melicinkan urusan Pentadbiran dan pemerintahan..
·         Menjaga dan mengekalkan keamanan jajahannya
·         Memungut cukai
·         Menyediakan kerahan tenaga
·         Menyelesaikan masalah dan mengadili kes-kes kecuali yang melibatkan hukuman              bunuh
 







2.    Selepas campurtangan British

i.      Hilang kuasa dan hak untuk memungut cukai kerana diambil alih oleh Residen atau wakil.
ii.     Hilang sumber pendapatan utama. British memberi elaun/ gaji sebagai ganti rugi
iii.    Hilang kuasa politik sebagai penasihat sultan dalam Majlis Penasihat sultan
iv.   Hilang kuasa kehakiman ,diambil alih oleh Majisteret
v.    Hilang kuasa mentadbir wilayah yang diambil alih oleh Pegawai Daerah British
vi.   Penghulu merupakan pegawai bergaji dan boleh dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke kampung lain. Hak dan tanggungjawab penghulu tertakluk di bawah undang-undang negeri

KESIMPULAN

  Berlaku penentangan kerana pembesar tidak puas hati seperti penentangan Dato’ Maharaja Lela di Perak, Dato’ Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan lain-lain. Walaupun hilang hak dan kuasa dalam politik, masih lagi berpengaruh, dihormati dan menjadi sumber rujukan utama para pengikut dan masyarakat.


♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment