Wednesday 16 May 2012

Bincangkan factor-faktor dan kesan penyebaran agama Kristian di India dan Filipina pada abad ke19


SOALAN 10  :  Bincangkan factor-faktor dan kesan penyebaran agama Kristian di 
                           India dan Filipina pada abad ke19

Pengenalan :

1.    Agama adalah sistem kepercayaan dan amalan dalam sesuatu masyarakat
2.    Agama Kristian mula bertapak di Asia Tenggara dan Asia Selatan mulai abad ke 16 
3.    apabila kuasa Portugis menguasai beberapa wilayah di Timur.
4.    Perkembangan agama Kristian  di India dan Filipina disebabkan oleh beberapa situasi

Isi-isi penting

A.   Faktor factor perkembangan agama Kristian di India

i.      Kehadiran kuasa Portugis yang bertapak di Goa . Kedatangan mereka bersama-sama dengan paderi Kristian spt St Francis Xavier untuk mengembangkan agama tersebut
ii.     Pihak Portugis menggunakan pendekatan kekerasan untuk memaksa orang tempatan memeluk agama Kristian yang bermazhab Katholik
iii.    Kelas bawahan mengambil kesempatan untuk melepaskan diri dari ikatan kasta yang rigit
iv.   Kelas atasan menerima pendidikan barat dan cara hidup barat lebih mudah menerima agama Kristian
v.    Kawasan Bandar seperti Bombay, Madras dan Culcutta menjadi pusat perkembangan agama Kristian yang penting
vi.   Mubaligh Kristian bertanggungjawab memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris di India . Antara silibus yang diajar ialah ilmu-ilmu barat termasuk pengajaran agama Kristian
vii.  Sebagai badan kebajikan mereka tidak mengenakan bayaran dan tekanan  kepada masyarakat tempatan yang bersekolah disekolah yang mereka dirikan.

Kesan –kesan

i.      Pelbagai pertubuhan yang berlandaskan perjuangan sosiokeagamaan mula ditubuhkan bertujuan membendung dan menghalang perkembangan agama Kristian dan menyeru mereka kembali kepada agama asal masing-masing
ii.     Berlakunya Dahagi 1867 yang menjadi peristiwa penting dalam sejarah Asia Selatan. Penganut Hindu dan Islam melupakan halangan agama dan berganding bahu menentang kerajaan British.
iii.    Walaupun gagal, namun gerakan ini berjaya memaparkan satu manifestasi penentangan rakyat tempatan terhadap perkembangan agama Kristian

B.       Faktor-faktor perkembangan agama Kristian di Filipina

i.      Penjajahan Sepanyol yang begitu lama dan aktifnya kuasa tersebut dalam menggerkkan usaha untuk mengembangkan agama Kristian menyebabkan sebahagian besar  penduduk utara Filipina memeluk agama Kristian
ii.     Mubaligh Roman Katholik telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan agama Kristian di Pulau tersebut
iii.    Ajaran kristian semakin meresap dalam masyarakat tempatan apabila semakin banyak kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh Sepanyol untuk menjayakan usaha ini
iv.   Bandar-bandar baru telah diwujudkan seperti Malolos, Lingayen,Pampanga dll yang mana penubuhanya berasaskan kehidupan bercorak kegerjaan
v.    Penyebaran Agama Kristian turut dikembangkan melalui drama, sajak, dan bidang kesenian lain yang menggunakan kisah-kisah epik zaman silam spt kelahiran Nabi Isa dsbnya.

Kesan-kesan

i.      Agama Kristian hanya dapat berkembang di bahagian utara Filipina sahaja kerana di bahagian Selatan misi Kristianisasi ini gagal kerana penentangan yang kuat dilakukan terutamanya oleh kesultanan Sulu.
ii.     Golongan Ulama disokong oleh Sultan Sulu iaitu Sultan Azim ud-Din dalam mempertahankan Islam
iii.    Pelbagai bentuk penentangan dilakukan termasuklah peperangan sepertiyang berlaku pada tahun 1870an dalam siri peperangan Juamentados yang melihatkan kegagalan Sepanyol.

Kesimpulan

Perkembangan agama Kristian juga sering dilihat sebagai satu bentuk kolonialisme budaya yang datang seiring dengan dasar kolonisasi kuasa-kuasa Barat keatas wilayah yang terbabit. Kesannya sangat mendalam sehinggalah negara tersebut mencapai kemerdekaan.

♥ Thank for reading ♥

Bincangkan Dasar Buka Pintu di Negara China dan Jepun


soalan 9:   Bincangkan Dasar Buka Pintu di Negara China dan Jepun

Pengenalan :

1.    Negara China dan Jepun pada dasarnya mengamalkan dasar tutup pintu kerana mereka tidak mahu barat campurtangan dalam politik tempatan . Mereka juga tidak memerlukan hubungan diplomatik dengan negara lain malah menganggap yang Negara lain termasuk barat masih tidak bertamadun.

2.    Negara China dan Jepun terpaksa mengamalkan dasar pintu terbuka mulai pertengahan abad ke 19

Isi – isi penting

  1. Dasar Buka Pintu China
    1. Barat menggunakan kekerasan memasuki China
    2. Barat mamerlukan perdagangan seimbang dengan China
    3. Perjanjian Nanking 1842 membuka pintu China kepada Barat. Syarat-syarat  Perjanjian Nanking :
·         5 pelabuhan dibuka kepada barat ( Shanghai, Amoy, Canton, Foochow dan Ningpo ). 
·         Hong Kong diserahkan kepada British
·         Perdagangan Cohong dihapuskan
·         China dikehendaki bayar ganti rugi sebanyak 21 juta
·         Cukai 3% barangan import dan 5% untuk barangan eksport
·         Hubungan mesti berdasarkan persamaan taraf
·         China terpaksa menandatangani perjanjian dengan Negara barat lain dan semua  perjanjian merugikan pihak China.

  1. DasarBuka Pintu Jepun

    1. Perubahan dasar dalam kurun ke 19 apabila percubaan Amerika mengadakan  hubungan melalui Komodor Perry.     
    2. Amerika berminat mengadakan hubungan dengan Jepun kerana:
    3. kegiatan menangkap ikan paus dan anjingnlaut . anak-anak kapal yang berlindung dipantai Jepun kerana cuaca buruk atau kapal karam mendapat layanan buruk.
    4. Kapal-kapal  dagang Amerika – China memerlukan pelabuhan untuk mendapatkan bekalan arang batu dan baik pulih
    5. Shogun Tokugawa terpaksa mengadakan hubungan dengan Amerika kerana Amerika lebih kuat
    6. Perjanjian Kanagawa membawa kpd dasar buka pintu di Jepun . Antara syaratnya:
·         2 pelabuhan dibuka iaitu Shimoda dan Hokadate
·         Jepun memberi layanan yang baik kepada klasi-klasi amerika yang  
·         terdampar di Jepun
·         Amerika menempatkan seorang konsul di Shimoda
·         Perdagangan di semua pelabuhan yang dibuka
·         Amerika mendapah layanan hak wilayah asingan  di Jepun




Penutup

Walaupun China dan Jepun cuba mempertahankan dasar tutup pintunya dan tidak mahu berhubung dengan Negara luar tetapi dengan tindakan pihak barat yang menjalankan dasar paksaan telah berjaya mengubah dasar tersebut



♥ Thank for reading ♥

Bincangkan perbezaan sistem perundangan yang mambawa kepada pertikaian antara kuasa Barat dengan Negara China


SOALAN 8  :   Bincangkan perbezaan sistem perundangan yang mambawa kepada  pertikaian antara kuasa Barat dengan Negara China
                         
Pengenalan ; 

  1. Peraturan dan undang-undang merupakan  garis panduan yang diamalkan oleh sesebuah Negara untuk menjaga keamanan dan keharmonian masyarakat dan Negara
  2. Dinegara China undang-undang dikawal oleh pemerintah dan undang-undang digunakan untuk megawal kesetiaan golongan pembesar dan rakyat.
  3. Bagiorang-orang barat undang-undang China tidak boleh diterima kerana dianggap zalim dan keterlaluan

Isi-isi penting

  1. Perundangan China terbahagi kepada 2 bahagian.

    1. Bahagian pertama -  Undang-undang Maharaja atau Dikri Maharaja. Tujuan untuk menyelesaikan  masalah  Negara dari sudut politik dan ekonomi

    1. Bahagian kedua  -   Undang-undang yang dikeluarkan oleh pembesar wilayah. Bersifat tempatan dan dikendalikan oleh Pesuruhjaya.

  1. Konsep undang-undang China mengikut “Doktrain Tanggungjawab” secara kumpulan :
i.      Ahli kumpulan bertanggung jawab secara kolektif untuk menerima hukuman yang setimpal
ii.     Tidak ada kesalahan yang tidak mempunyai pesalah dan tidak dihukum
iii.    Cth  :  Seorang pekerja memukul orang dan melarikan diri, majikan akan  bertanggung jawab.    
iv.   Ini tidak boleh diterima oleh Barat kerana perundangan Barat menekankan bahawa setiap kesalahan merupakan tanggungjawab individu. Orang lain tidak harus menerima hukuman terhadap kesalahan orang lain.

  1. Undang-undang China menekankan prinsip seseorang yang dituduh bersalah akan dianggap bersalah sehingga dia membuktikan kebenaranya.

Mengikut pndapat orang barat pula, seseorang yang melakukan jenayah itu tidak boleh disabitkan kesalahannya jika tidak ada bukti yang menunjukkan dia bersalah
     
  1. Hukuman yang dikenakan adalah derdasarkan budi bicara pemerintah atau golongan yang diberikan kuasa menjalankan hukuman. Tidak ada badab penasihat untuk menasihati jenis-jenis hukuman yang patut dikenakan :

i.      Hukuman yang dikenakan spt cekik sampai mati, belasah dengan buluh,  memotong   tubuh pesalah dan membenarkan membunuh diri

ii.     menggunakan ugutan dan penyeksaan yang kejam bagi membolehkan pesalah  mengaku kesalahan.

iii.    Bagi orang-orang barat konsep perundangan China ini dianggap tidak   bertamadun, tidak adil dan penuh dengan rasuah. Terdapat pesalah yang terlepas    setelah hakim menerima rasuah

     
  1. Undang-undang China turut mengenakan hukuman yang sama kepada warga asing. 
Apabila warga asing dituduh membunuh dan diserahkan kepada pemerintah China mereka akan dihukum gantung tanpa mendapat perbicaraan yang adil  :
Cth  ;  Kes Terranova -  Seorang warga Itali yang bekerja diatas kapal Amerika dituduh membunuh seorang wanita China telah diserahkan kepada pihak berkuasa China dan beliau dihukum cekik sampai mati walaupun pihak berkuasa Amerika di China mengetahui yang tertuduh tidak bersalah.  Kedaan ini bertentangan dengan perundangan barat kerana pada orang-orang barat setiap kesalahan perlu dibicarakan dengan adil sebelum menjatuhkan  hukuman


Penutup

Kehadiran kuasa barat telah membawa bersama sistem politik, ekonomi malah dapt dan perundangan. Sejajar dengan itu perundangan tempatan juga mengalami perubahan dan bersifat lebih kebaratan.

♥ Thank for reading ♥

Huraikan kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat Thailand dan Myanmar sebelum kedatangan barat.


SOALAN 7 : Huraikan kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat Thailand dan Myanmar sebelum kedatangan barat.                       
                  


Pendahuluan

  1. Agama bermaksud sistem kepercayaan dan amalan sesebuah masyarakat yang merupakan pancaran bentuk kerohanian, pegangan dan idea, sikap dan perlakuan terhadap kuasa ghaib supernatural, dewa-dewi, kuasa halus dan roh
  2. agama juga berkaitan upacara2 tertentu, pantang larang dll
  3. antara kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat di Thailand dan  Myanmar ialah animisme, Hindu, Buddha dan Islam

A.   Kepercayaan animisme

i.      animisme ialah kepercayaan bahawa setiap benda di sekeliling seperti pokok,batu, gunung dan sungai mempunyai semangat atau roh yang perlu dihormati dan dipuja
ii.     kepercayaan ini berkait rapat dengan unsur2 ghaib melalui kemunculan dewa-dewi yang menjaga alam semesta
iii.    masyarakat di Thailand dan Myanmar mempercayai semangat luar biasa yang boleh mengawal kehidupan manusia
iv.   di Thailand semangat ini dipanggil phi dan di Myanmar nat yang akan disembah melalui ramalan nujum2, demi mengelakkan kejadian buruk

B.   Agama Hindu

i.      Agama Hindu merupakan agama tertua di dunia, bermula di Negara India pada  zaman Veda (200 S.M – 1000 S.M), agama ini tiada pengasas.

ii.     terdapat empat veda yang penting iaitu Rig Veda,Atharva Veda,Yajur Veda dan Sama  Veda – menyatakan bagaimana upacara2 keagamaan  harus dilakukan

iii.    penganut berpegang kepada kitab Brahma Upanishad dan epik Ramayana serta  Mahabrata

iv.   penganut agama Hindu juga menpercayai  tiga dewa utama iaitu dikenali sebagai 
v.    trimurti iaitu Dewa Brahman (Dewa pencipta), Dewa Vishnu (Dewa Pelindung ) dan 
vi.   Dewa Siva (Dewa Pemusnah).

vii.  menekankan hukum karma dan kelahiran semula yang bergantung kepada perbuatan  yang dilakukan semasa hidup. Mereka juga berusaha mencapai Nirvana atau Mokhsa supaya tidak dilahirkan semula
     
  
C.   Agama Buddha

i.      diasaskan oleh Putera Sidartha Gautama di India yang telah meninggalkan istana untuk   mencari erti hidup yang sebenar.

ii.     Buddha melarang manusia melakukan kekejaman sesama manusia dan manusia yang    suci akan mencapai Nirvana

iii.    masyarakat di Thailand dan Myanmar mengamalkan agama Buddha mazhab Hinayana  yang lebih menekankan kehidupan secara bermasyarakat
 

D.   Agama Islam

i.      di Asia Tenggara ,Islam disebarkan oleh pendakwah dari Arab, China dan India
ii.     Ajaran Islam memberi penekanan kepada aspek akidah dan syariah
iii.    terdapat 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman
iv.   tumpuan pendakwah ke negara2 selatan Thai, selatan Filipina dan Kepulauan Melayu


Kesimpulan

1.    Agama dan kepercayaan menjadi satu aspek yang penting dalam memandu kehidupan  masyarakat dan mencorakkan pemerintahan negara

2.    Agama juga menjadi instrument penting dalam menyatukan rakyat sesebuah negara


♥ Thank for reading ♥

Huraikan elemen-elemen kepercayaan dan keagamaan yang dikaitkan dengan sistem beraja dan maharaja di Asia Tenggara dan Asia Timur


SOALAN 6  :  Huraikan elemen-elemen kepercayaan dan keagamaan yang  dikaitkan dengan sistem beraja dan maharaja di Asia Tenggara dan  Asia Timur
                         
                        

Pendahuluan

1.    Raja / maharaja memainkan perana penting dalam kerajaan
2.    Raja / maharaja merupakan tampuk/ tunggak kerajaan
3.    Berbagai cara dilakukan untuk mengukuhkan kedudukan termasuklah menggunakan elemen kepercayaan dan keagamaan

Isi-isi penting

1.    pengaruh Hindu Buddha menyebabkan rakyat percaya raja / maharaja berkuturunandewa/tuhan (dewaraja).

2.    raja mempunyai kuasa yang tidak terbatas- meliputi aspek keduniaan dan keagamaan.

3.    Di Burma ;
·         raja diberi sifat ketuhanan oleh golongan Brahmin ;
·         raja diberi pelbagai peralatan yang dianggap mempunyai kesaktian
·         raja menjadi ketua agama Budha dan ketua penaung Sangha ( peraturan  agama Budha)                       
·         raja diberi payung putih sebagai lambang kedaulatan ketuhanan
4.    Di Thailand 
·         raja mempunyai kuasa menentukan hidup dan mati rakyatyang digelar Chow Chiwi ( Tuhan Kehidupan)

5.    Di Kemboja
raja mendirikan istana di tempat-tempat tinggi kerana percaya syurga 
lebih hampir berbanding dengan tempat-tempat lain

6.    Di China
·         maharaja dilagitimasikan berdasarkan konsep mandate dari syurga
·         selagi maharaja melakukan kebaikan baginda akan terus mendapat  mandat                        
·         Mengikut pendapar Confucius sesiapa yang mendapat mandat dari 
·         syurga akan berjaya menjadi maharaja dan sesiapa yang gagal dianggap  penjenayah.                       
·         Maharaja dikatakan sebagai wakil tuhan / anak syurga
7.    Di Jepun
§  Keluarga maharaja didakwa keturunan dewi matahari ( Amateresu)
raja mempunyai kuasa besar menentukan halatuju pentadbiran
Kesimpulan :

Kepercayaan ini mula  berubah dengan kedatangan kuasa-kuasa barat.
♥ Thank for reading ♥

Bandingkan peranan samurai dan uleebalang Acheh serta perubahan yang berlaku terhadap golongan ini pada abad ke 19 dan ke 20


Bandingkan peranan samurai dan uleebalang  Acheh serta   perubahan yang berlaku terhadap golongan ini pada abad ke 19 dan  ke 20
                         
                        Tema 1
Pendahuluan :

1.    Golongan samurai dan uleebalang merupakan pegawai yang dilantik oleh raja atau      maharaja untuk membantu menjalankan tugas

2.    Golongan ini mempunyai pengaruh yang kuat dan mempunyai pengikut yang ramai Merupakan pahlawan yang menjunjung perintah raja/ maharaja


Isi-isi penting

A.       Peranan golongan samurai

a.    golongan pahlawan menjunjung kuasa pemerintahan shogun dan daimyo
b.    mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat dan dalam keadaan aman. Mengikut G.B. Sansom dalam bukunya  Japan A Cultural History  “ Dalam masa aman kehidupan golongan Daimyo dan Samurai ditanggung oleh petani. Petani adalah jentera untuk menghasilkan beran bagi mengisi perut golongan samurai Manjalankan / melaksanakan fungsi sebagai tentera yang penting semasa     
c.    kemunculan Ieyasu
d.    Semasa keamanan golongan ini tinggal di Edo dan Bandar-bandar istana serta mmengubah cara hidup seperti suka kepada kemewahan dan boros
e.    Mereka menjadi lemah dan bergantung kepada orang lain
f.     Apabila pendapatan shogun dan daimyo terjejas mereka telah mengurangkan gaji samurai atau menahan sebahagian daraipada gaji golongan ini
g.    Golongan Samurai menghadapi masalah ekonomi yang serius
h.    Kesetiaan golongan ini merosot secara beransur-ansur kepada shogun dan daimyo
i.      Mereka menjadi ronim atau samurai tang tidak bertuan

Perubahan

a.    1876 -  kerajaan mengharamkan pemakaian pedang oleh golongan samurai

b.    Gaji yang di beri dalam bentuk  beras ditukar kepada wang tunai begitu juga elaun

c.    Elaun tahunan digantikan dengan  pembayaran sekaligus dalam bentuk bon-bon  kerajaan yang akan matang dalam masa 14 tahun dengan kadar faedah 7%

d.    Samurai diserap sebagai pegawai kerajaan dan di bayar pencen tetapi tidak            mencukupi

e.    Golongan ini juga terpaksa menjalankan kerahan tenaga walaupun dianggap   tidak layak

f.     tekanan ini menyebabkan golongan samurai melakukan  penentangan seperti  pemberontakan Saigo Takamori di Kyushu 1877. Akibatnya samurai hilang kuasa  dan kedudukan tradisi mereka

          
B.   Peranan Uleebalang di Acheh

1.    merupakan tunjang kekuatan kerajaan Acheh
2.    Sewaktu upacara-upacara rasmi uleebalang akan duduk di sebelah kanan raja
3.    Bertanggung jawab menjaga keselamatan raja sewaktu raja berada di luar istana
4.    Mengikut William Marsden dalam bukunya The History of Sumatra  “ Uleebalang di Acheh dilengkapi dengan kelengkapan ketenteraan terbaik setanding dengan tentera barat”
5.    Muncul  sebagai golongan yang di hormati dan dianggap pemimpin dalam  masyarakat Acheh
6.    Ada yang dilantik sebagai pembesar daerah spt Teungku Raja Pakeh Dalam yang memegang daerah Pidie
7.    Mempertahankan wilayah daripada dikuasai oleh kuasa asing cth mempertahankan Kotaraja daripada dikuasai Belanda pada tahun 1873
8.    Golongan ini terus memberi penentangan melalui perang gerila mulai tahun 1874 apabila Belanda menguasai Kotaraja dan ini menyebabkan kedudukan Belanda di Acheh tidak selamat

Perubahan

1.    Menjelang abad ke 20 pembabitan golongan uleebalang semakin berkurang
2.    Golongan ulama mengambil alih peranan golongan uleebalang. Cth Teungku Cik mengisytiharkan perang jihad keatas Belanda
3.    Belanda bertindak meneutralkan dengan menyerapkan golongan ini ke dalam birokrasi  dengan melantik mereka sebagai pembesar daerah. Ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya dan mengawal keadaan diAcheh
4.    Belanda mengadakan perjanjian dengan golongan ini dan melalui perjanjian ini Belanda berjaya menghapuskan peranan dan kedudukan tradisi golongan uleebalang di  Acheh

Penutup

1.    Walaupun golongan samurai dan uleebalang memainkan peranan penting dan menjadi tonggak kepada kerajaan tetapi dengan perubahan-perubahan yang berlaku menyebabkan  kedudukan ini terhapus


♥ Thank for reading ♥