Thursday 22 September 2011

Bincangkan reaksi orang Melayu dan bukan Melayu terhadap cadangan Malayan Union pada tahun 1946.

TEMA 3
SOALAN 6

Bincangkan reaksi orang Melayu dan bukan Melayu terhadap cadangan Malayan Union pada tahun 1946.


PENDAHULUAN

1.    British perkenalkan MU selepas kembali ke Tanah Melayu setelah Jepun berundur
2.    MU bertujuan menyediakan Tanah Melayu kearah kemerdekaan
3.    Orang Melayu dan bukan Melayu memberikan reaksi yang berbeza terhadap MU
4.    Orang Melayu melakukan penentangan – bukan Melayu tidak menunjukkan sebarang reaksi pada awal tetapi menentang pada tahap berikut.
5.    Dasar penentangan berbeza dengan orang Melayu

ISI-ISI

1.    Reaksi Orang Melayu
a.    jelas menentang MU
b.    penentangan berasaskan dua tahap : secara individu dan secara kolektif
c.    cara individu dilakukan melalui tulisan dalam akhbar, perutusan
d.    cara kolektif termasuklah melalui persatuan
e.    orang Melayu melakukan demonstrasi besar-besaran
f.     Persatuan Melayu Kelantan berjaya menganjurkan perhimpunan seramai 10,000 orang menentang MU 15 Disember 1946.
g.    penentangan terhadap MU dianjurkan oleh persatuan-persatuan Melayu hingga akhirnya membawa kepada penubuhan UMNO
h.    boikot dianjurkan bagi menentukan MU tidak dilaksanakan
i.      orang Melayu menentang MU kerana
                                          i.    tidak diminta pendapat dan pandangan sedangkan MU akan menentukan kehidupan mereka.           
                                         ii.    Sultan diugut dan dipaksa menandatangani penerimaan MU
                                        iii.    Kandungan Perlembagaan MU terutama tentang kewarganegaraan tidak memuaskan hati orang Melayu
                                       iv.    Sultan kehilangan kuasa secara mutlak

2.    Reaksi Orang Bukan Melayu
a.    ini disebabkan kandungan perlembagaan MU banyak memihak kepada mereka terutama hal berkaitan kerakyatan.      
b.    reaksi mulai timbul apabila rancangan MU ditangguhkan
c.    orang Cina dan India mula melihat British menipu mereka lalu menunjukkan penentangan – bersifat kolonial
d.    melahirkan bantahan melalui akhbar cina dan menubuhkan Malayan Demokratik Union ( pertubuhan berhaluan kiri )
e.    bantahan orang Cina dipusatkan kepada sebuah pertubuhan iaitu Pan-Malayan Council of Joint Action  -  bertukar kepada All Malayan Council of Joint Action
f.     AMCJA ditubuhkan Disember 1946 , dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock – 400,000 ahli.
g.    Memperjuangkan 6 prinsip
i.      penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura
ii.     anggota Dewan Undangan Pusat dipilih oleh rakyat
iii.    hak yang sama bagi semua kaum yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air dan mengaku taat setia.
iv.   Kedaulatan raja-raja Melayu dikekalkan sebagai raja berpelembagaan – menerima nasihat dari badan berunsur demokrasi
v.    Perkara berkaitan agama Islam dan adat resam Melayu diletakkan di bawah tanggungjawab orang Melayu sahaja.
vi.   Perhatian khas diberi untuk memperbaiki soal kemunduran orang Melayu.

g.    orang Cina di Tanah Melayu yang menjadi ahli koumintang lebih memberi tumpuan
h.    kepada perkembangan politik negara China  -  menganggap penerimaan MU
i.      membatalkan kebangsaan Negara China secara automatik.
j.      Bagi kaum India tidak berminat langsung dengan keadaan politik Tanah Melayu pada awalnya  -  menumpukan perhatian kepada keadaan politik di India dan perjuangan parti Kongres India.     
k.    sikap mulai berubah setelah UMNO dan orang Melayu mendesak supaya British
l.      meminda peruntukan tentang kerakyatan  -  mereka menuntut hak kerakyatan yang sama.
     

KESIMPULAN

·        Rancangan MU telah menunjukkan reaksi yang berbeza antara orang Melayu dengan bukan Melayu
·        Reaksi timbul kerana alasan yang berbeza
·        Reaksi orang Melayu dan bukan Melayu membawa kepada pembatalan MU dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment