Thursday 22 September 2011

Bincangkan kesan perluasan kuasa British ke atas Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun1874 hingga 1921 dari segi politik.

Tema 2

SOALAN LIMA :
Bincangkan kesan perluasan kuasa British ke atas Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun1874 hingga 1921 dari segi politik.

Pendahuluan :

  1. sebelum 1874 , British mengamalkan dasar tidak campur tangan tetapi sedikit sebanyak telah terlibat secara tidak langsung dalam hal ehwal politik tempatan kerana kepentingan ekonomi mereka .
  2. Mulai 1874, British mula mengubah dasarnya demi melindungi kepentingan perdagangan saudagar negeri-negeri Selat dan beberapa factor lain seperti takutkan campur tangan kuasa asing , perubahan politik di Britain dan sebagainya.
  3. Dengan menggunakan alas an-alasan tertentu British mula campur tangan di Perak, Selangor , Negeri sembilan dan Pahang.

Isi:

1.    Campur tangan British membawa pengenallan system Residen.
2.    Sistem Residen berdasarkan konsep pemerintahan secara tidak langsung di mana Kerajaan British memerintah tanpa rasa tanggungjawab  yang berat.
3.    Sultan,Pembesar Melayu mengekalkan kedudukannya.Residen British di lantik untuk menasihati sultan dalam semua perkara kecuali adat istiadat dan agama Islam. Sultan dan pembesar tidak lagi berkuasa penuh di dalam pentadbiran negeri kerana terpaksa menerima nasihat Residen.
4.    Majlis mesyuarat Negeri ditubuhkan untuk membincangkan pentadbiran negeri. Semua rang undang-undang perlu tanda tangan sultan.
5.    undang-undang tanah diperkenalkan dan pembahagian negeri kepada daerah diwujudkan. Pentadbiran daerah diletakkan di bawah jagaan pegawai daerah.
6.    Mulai 1 Julai 1895, Negeri Perak, selangor , Negeri Sembilan dan Pahang digabungkan menjadi sebuah Persekutuan.
7.    Persekutuan ditakrifkan sebagai ssatu system pemerintahan yang menggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat.
8.    Kerajaan Pusat terletak di kuala Lumpur  dan diketuai oleh seorang Residen Jeneral yang bertanggungjawab kepada Suruhanjaya Tinggi yang juga memegang jawatan jawatan Gabenor  Negeri-negeri Selat.
9.    Di bawah residen jeneral, terdapat 4 orang Residen yang ditempatkkan di setiap negeri Bersekutu yang menjalankan tugas seperti di bawah Sistem Residen dahulu.
10.  Sultan bersetuju menerima nasihat dalam semua hal pentadbiran kecuali yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang melayu.
11.  Persidangan Raja-raja Melayu atau Durbar ditubuhkan bertujuan membincangkan perkara-perkara untuk kepentingan bersama di antara keempat-empat sultan dan pegawai-pegawai Inggeris.
12.  Fungsi Durbar mewujudkan kerjasama  dan perpaduan di keempat-empat negeri Melayu dan membolehkan raja-raja Melayu menasihati kerajaan persekutuan.
13.  Durbar telah dibatalkan setelah 2 kali persidangan iaitu pada tahun 1897 9kuala Kangsar) dan 1903 (Kuala Lumpur).
14.  Durbar digantikan dengan Majlis Mesyuarat  Persekutuan 1909.
15.  Sistem persekutuan telah menimbulkan perasaan nn Persekutuan pada 1909.
16.  Tujuan majlis ini adalah untuk mengurangkan kuasa Residen Jeneral, menembahkan kuasa Pesuruhjaya Tinggi, mengembalikan kuasa pentadbiran dan melaksanakan pembahgian kuasa perundangan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
17.  Perlaksanaan Majlis Mesyuarat Persekutuan membawa kepada pemusatan kuasa di tangan Pesuruhjaya Tinggi yang menjadi Presiden Majlis dan mempunyai kuasa pembatal.
18.  Kuasa dan kedaulatan raja-raja terjejas kerana baginda menjadi ahli biasa dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan dan terpakasa berbahas dengan rakyat biasa dalam mesyuarat yang dijalankan.

Kesimpulan:
  1. Walaupun peoses pembahagian kuasa berlaku tetapi kuasa raja-raja Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu masih berkurang berbanding dengan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
  2. Sistem Pentadbiran Tradisional digantikan dengan pentadbiran British.
      

♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment