Thursday 22 September 2011

Bincangkan golongan yang diperintah dan tanggungjawab mereka terhadap pemerintah

Tema 1
SOALAN 8

 Bincangkan golongan yang diperintah dan tanggungjawab mereka terhadap
 pemerintah.

 Pengenalan

Secara umumnya masyarakat Melayu tradisional merupakan sebuah masyarakat feudal dan bercorak hierarki yang dapat dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat biasa yang merdeheka dan hamba. Mereka merupakan kelas bawahan yang tetapi bilangannya adalah banyak. Namun rakyat mempunyai kuasa mobiliti yang tersendiri yang tidak dapat disekat oleh golongan pemerintah.

Isi
    
1.    Rakyat Biasa

a.    Rakyat biasa yang bermastautin tetap dan menjadi pengikut setia kepada pembesar yang mentadbir daerah dan jajahan

b.    Ketaatan kepada sultan ialah mutlak dan tidak berbelah bagi. Mereka rela dengan amalan sistem serah seperti bekerja di tanah pembesar tanpa mendapat upah dan sistem kerah seperti menjadi bala tentera dan mendirikan istana

c.    Dalam bidang ekonomi mereka menjalankan kegiatan bertani, berdagang, menangkap ikan, melombong dan menjadi tukang mahir. Tiada dorongan perubahan diri untuk bekerja keras dalam bidang ini kecuali kerja-kerja demi kepentingan raja.

d.    Rakyat biasa sesebuah kampung sesalu mempunyai pertalian kekeluargaan dan mengamalkan tradisi hidup secara bergotong-royong, bekerjasama dan bermuafakat.    Amalan ini mewujudkan keharmonian dan membantu pembesar mentadbir sesebuah daerah atau kampung itu dengan lebih teratur dan berjaya
  

2.    Orang Asing

a.    Merupakan orang bukan Melayu dan datang ke Tanah Melayu hanya untuk tujuan      tertentu. Tinggal sementara sahaja dan akan pulang ke negara asal setelah urusan mereka  selesai.

b.    Terdiri daripada pedagang, perantau, santeri ( orang merantau kerana menuntut ilmu ) dan mubaligh.


c.    Rakyat asing boleh dibahagi kepada 2 kumpulan

i.      melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan sosial seperti menjadi tentera upahan dan kebanyakan mereka berasal daripada Jawa dan Pasai.

ii.     melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti peniaga runcit, pemborong dan pelombong.
        
d.    Masyarakat Tamil Islam merupakan kumpulan yang paling ramai dan mereka hidup bebas dan bergaul dengan penduduk peribumi

e.    Rakyat asing ini tidak diwajibkan mengamal dan mematuhi tradisi kebudayaan tempatan. Walaupun demikian mereka masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan  tempatan.  

3.    Hamba

a.    Terbahagi kepada hierarki yang berbeza taraf kedudukan antara mereka.
b.    Antara jenis hamba:

·         Hamba raja ( biduanda )– paling tinggi kedudukannya. Akan dibebaskan dengan kerelaan raja.

·         Hamba Abdi – hamba tawanan, hamba diranggah, hamba habsyi, hamba hulur, hamba serah, dan anak hamba.

·         Hamba berhutang – orang berhutang, anak emas, hamba waris, hamba bayar.

·         Hamba abdi dan hamba berhutang akan berkhidmat untuk tuannya sebagai pengikut
c.    manakala sebahagiannya akan terlibat dengan pekerjaan dalam rumah.

d.    Antara peranannya:
·         menyediakan tenaga kerja manusia bagi melakukan pelbagai aktiviti dalam masyarakat.
·         menyumbang tenaga bagi menambah harta tuan
·         menjadi pegawai kepada tuannya
·         menjadi lambing ketinggian taraf sosial golongan yang memiliki hamba.

Kesimpulan

Golongan yang diperintah memberikan ketaatsetiaan yang sepenuhnya kepada pemerintah sama ada sultan ataupun pembesar.Manakala golongan pemerintah akan memberikan kepimpinan dan keselamatan kepada rakyat. Di sinilah wujudnya hubungan timbal balik di antara golongan pemerintah dan yang diperintah.

♥ Thank for reading ♥

5 comments: