Thursday 22 September 2011

Jelaskan sebab-sebab Kedatangan Imigran ke Tannah Melayu serta kesan-kesan sosioekonomi yang timbul.

Tema 2

SOALAN LAPAN :
Jelaskan sebab-sebab Kedatangan Imigran ke Tannah Melayu serta kesan-kesan sosioekonomi yang timbul.

Pengenalan :
  1. orang Melayu dan orang asli mrupakan penduduk asal di Tanah melayu.
  2. Kehadiran kaum-kaum lain telah mempengaruhi dan mengubah system social Negara keseluruhannya.
  3. Umumnya terdapat 3 kumpulan kaum utama di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India.
  4. Kedatangan imigran dari Indonesia, China dan India berpunca daripada pelbagai sebab yang berlaku di Tanah Melayu dan Negara asal mereka.

Isi:

Sebab-sebab kedatangan.

  1. Pembangunan ekonomi Tanah Melayu.
·         sector perlombongan bijih timah – terutama di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan yang memerlukan tenaga buruh.
·         Sektor perladangan-getah, kopi dan lada hitam menyebabkan peningkatan keperluan tenaga buruh.

  1. Dasar Pemerintahan British di Tanah Melayu.
·         Sistem Residen – mulai 1874 telah memulihkan keamanan di Perak, Selangor, dan Sungai Ujong yang kaya dengan bijih timah.
·         Kestabilan politik – menjamin keselamatan nyawa dan harta.
·         Pembentukan Negeri-negari Melayu Bersekutu 1896.- menjamin keamanan dan menarik kemasukan modal Eropah dalam sector perlombongan bijih timah dan pertanian.
·         Undang-undang baru untuk menarik masuk imigram dengan memperkenalkan Ordinan Kontrak Buruh 1882 iaitu untuk melindungai dan membaiki keadaan pekerja Cina.
·         Subsidi pelayaran – untuk menarik minat buruh India, British memberi subsidi pelayaran kepada mereka. 
·         Keperluan tenaga kerja – Orang Punjabi terutama Sikh untuk perkhidmatan Polis dan Tentera, orang Tamil yang berpendidikan Inggeris dari India Selatan dan Sri Lanka untuk membina landasan kereta api.

  1. Keadaan sosioekonomi Negara Asal.
·         Pertambahan Penduduk – tidak seimbang dengan keluasan tanah pertanian atau pengeluaran makanan.
·         Kemiskinan dan kebuluran – petani di India tiada tanah sendiri menyebabkan mereka terpaksa memajak tanah dengan harga tinggi atau menyerahkan 80% daripada hasil tanaman sebagai bayaran.
·         Bencana alam seperti banjir, kemarau, gempa bumi dan wabak penyakit menakibatkan kemerosotan hasil tanaman dan kebuluran.
·         Pengangguran – Punca daripada pertambahan penduduk, bencana alam dan sumber asas yang sedikit misalnya di China, Wilayah Kwangtung, Kwangsi dan Fukien.
·         Sistem kasta – amalan masyarakat di India yang menghalang mobility social dan ekonomi.


  1. Keadaan Politik di Negara asal
·         Huru-hara yang berlaku di selatan China seperti pemberontakan di Kwangtung dan Kwangsi terutama pemberontakan Taiping 1850 terhadap kerajaan Mancu yang dianggap sebagai dinasti asing,
·         Rasuah – masyarakat Cina tidak berpuas hati dengan amalan rasuah kerajaan Mancu.

Kesan-kesan Sosioekonomi
  1. Masyarakat majumuk- Melayu,Cina dan India
  2. Pertambahan penduduk – menjelang 1941 jumlah penduduk Cina 2,418615, Melayu 5545173, dan India 599616 .
  3. Pendidikan Plural – wujud sekolah Cina, Melayu dan India.
  4. Pertumbuhan Bandar dan infrastruktur seperti Taiping, Ipoh dan Kuala Lumpur.
  5. Pelbagai parti politik – UMNO, MCA dan MIC
  6. Tanah Melayu sebagai pengeluar utama bijih timah dan getah dunia

Kesimpulan :
1.    Penghijrahan imigram membawa kemajuan ekonomi Tanah Melayu terutama sector pertanian dan perlombongan.
2.    Turut menimbulkan beberapa masalah social seperti kegiatan kongsi gelap,
3.    Sentiman perkauman dan setinggan.


♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment