Thursday 22 September 2011

Halkan faktor-faktor kemunculan parti politik UMNO pada bulan Mei 1946. Nyatakan Pencapaian –pencapaian utama parti tersebut sehingga tahun 1957.

TEMA 3
 SOALAN 2

Halkan faktor-faktor kemunculan parti politik UMNO pada bulan Mei 1946. Nyatakan Pencapaian –pencapaian utama parti tersebut sehingga tahun 1957.


PENDAHULUAN
1.    Merupakan sebuah parti politik Melayu bercorak kebangsaan
2.    Usaha penubuhan bermula sejak tahun 1930an oleh parti-parti separa politik Melayu tetapi tidak berhasil
3.    Perlaksanaan Malayan Union merupakan sebab utama kepada penubuhan UMNO.

ISI
  1. Faktor penubuhan UMNO :

i.      Perlaksanaan Malayan Union
·         merugikan orang Melayu
·         orang Melayu bimbang kedudukan sebagai bumuputera terancam
·         orang Melayu tidak puas hati soal kewarganegaraan, kehilangan kuasa                politik dan kuasa raja-raja Melayu.
·         orang Melayu bimbang tidak dapat mempertahankan institusi kebudayaan bangsa Melayu.
·         Dorongan Dato Onn menyatupadukan orang Melayu dengan menubuhkan UMNO untuk menentang MU
              

ii.    Kesan Pendudukan Jepun
·         pendudukan Jepun selama 31/2 tahun membangkitkan semangat politik orang Melayu.                
·         orang Melayu sedar bangsa penjajah tidak boleh diharap
·         kesengsaraan hidup semasa zaman Jepun dan permusuhan orang Melayu dengan Cina menyedarkan orang Melayu pentingnya menubuhkan satu persatuan untuk menjaga hak istimewa orang Melayu.               
·         pengalaman mentadbir semasa memegang jawatan sebagai pegawai daerah memberi keyakinan untuk memerintah Tanah Melayu sendiri.

iii.   Peranan Akhbar
·         Akhbar tempatan memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran.
·         Akhbar seperti Majlis, Warta Malaya dan Utusan Melayu menyeru orang Melayu bersatu menentang MU
                 
       
iii.   Kewujudan Persatuan Separuh Politik Melayu
·         golongan intelektual Melayu berpendidikan Inggeris dan Melayu telah menubuhkan persatuan separuh politik untuk perjuangkan kepentingan   orang Melayu cth Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Selangor,                  Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Kelantan.



·         berjaya menganjurkan satu Kongres Melayu pada tahun 1937 dan 1940.
·         menjadi asas kepada penubuhan UMNO.


  1. Pencapaian UMNO antara tahun 1946-1957.

i.      Membubarkan Malayan Union

·         penentangan hebat oleh orang Melayu menyebabkan MU dibubarkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
·         pembentukan PTM merupakan satu rahmat kepada orang Melayu kerana hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Sultan terpelihara semula serta pemberian kerakyatan secara Jus Soli kepada orang Cina dan India dibatalkan.          

ii.    Muncul sebagai sebuah sebuah parti politik yang agung.

·         tuntutan UMNO sentiasa mendapat perhatian pihak kerajaan
·         pemimpin UMNO terlibat dalam badan-badan dan jawatankuasa yang dibentuk
·         terlibat dalam pembentukan perlembagaan PTM 1948.

iii.   Melaksanakan program pendidikan dan ekonomi
·         mengemaskini struktur pentadbirannya dan membentuk beberapa jawatankuasa mengenai ekonomi, politik, pendidikan, agama dan kewangan.            
·         berjaya menuntut supaya Inggeris meningkatkan had umur kanak-kanak Melayu di sekolah Inggeris.
·         pemberian biasiswa kepada penuntut Melayu untuk melanjutkan pelajaran.
·         meluluskan Dasar Ekonomi – untuk membangunkan ekonomi orang Melayu.

iv.   Menganjurkan penubuhan parti Perikatan
·         membawa kepada usaha kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957
               
KESIMPULAN

UMNO muncul sebagai sebuah parti politik Melayu yang berjaya memainkan peranan menentang penjajah sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.


♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment