Tema 1
SOALAN 9Sebelum kedatangan British masyarakat Melayu tradisional mengamalkan ekonomi sara diri. Sejauh manakah kenyataan ini benar.
Pengenalan
Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bersifat pelbagai iaitu sara diri, separa sara diri, ekonomi komersial dan perdagangan. Sistem ekonomi sara diri dijalankan oleh hampir semua negeri Melayu, sistem ekonomi separa diri dijalankan di Kedah dan Perlis, kegiatan ekonomi komersial dijalankan di Johor dan negeri-negeri Selat serta aktiviti perdagangan.
Isi
Tidak bersetuju dengan soalan kerana masyarakat Melayu tradisional tidak menumpukan kepada ekonomi sara diri sahaja.
1. Ekonomi sara diri
a. Bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan sendiri sahaja. Lebihan pengeluaran akan ditukar dengan barang-barang keperluan lain.
b. Mengamalkan ekonomi sara diri disebabkan beberapa faktor
i. Alat-alat tradisional digunakan seperti parang, cangkul, tenggala.
ii. Saiz tanah kecil
iii. tenaga buruh tidak mahir
a. Hasil pengeluaran adalah rendah dan cukup untuk menampung keperluan keluarga sahaja.
b. Antara kegiatan yang dijalankan ialah pertanian ,iaitu padi sawah di Kedah, Kelantan dan Melaka dan padi bukit di lereng-lereng bukit oleh orang Asli.
c. Tanaman sampingan seperti pisang, ubi kayu, keledek, tebu, sireh yang ditanam di sekeliling.
d. Menternak binatang seperti ayam, itik, lembu, kambing, kerbau untuk bekalan makanan dan bekerja di sawah.
e. Meramu seperti mengumpul damar, rotan, buluh , ubat-ubatan.
f. Menangkap ikan air tawar dan air masin.
2. Ekonomi Separa Sara Diri
a. Terdapat di Kedah dan Perlis. Hasil pengeluaran padi dijual ke negeri-negeri lain contohnya Pulau Pinang.
b. Tanah dimiliki oleh sultan dan rakyat dibenarkan untuk mengerjakan tanah tersebut.
3. Pertanian Komersial
a. Di Johor sistem kangcu dijalankan. 1840an orang Cina dibawa masuk untuk mengerja ladang gambir dan lada hitam.
b. Mereka diberi Surat Sungai iaitu hak untuk menanam lada hitam dan gambir di sepanjang sungai. Hasil dipasarkan melalui Singapura.
c. Tanaman kopi secara besar-besaran di Selangor, Perak, N. Sembilan dan Johor oleh pedagang Eropah.
4. Perlombongan
a. Diusahakan oleh pembesar-pembesar Melayu dengan menggunakan buruh-buruh Cina seperti di Taiping, Larut, dan Sungai Ujong.
b. Terdapat perkongsian antara pembesar Melayu dengan taukeh-taukeh Cina untuk memajukan perlombongan bijih timah contohnya Ngah Ibrahim dengan ketua kongsi gelap Perak.
5. Perdagangan Antarabangsa
a. Berpusat di Melaka dan Pulau Pinang sebelum diambil alih oleh Singapura selepas tahun 1820an.
b. Menyebabkan orang Melayu terdedah kepada sistem ekonomi kapitalis.
c. Juga dijalankan di Terengganu pada tahun 1830.
Kesimpulan
Ini membuktikan masyarakat Melayu tradisional tidak hanya mengamalkan ekonomi sara diri sahaja. Kesan daripada perkembangan ekonomi telah menghapuskan sistem barter dan digantikan dengan sistem mata wang.Pengenalan sistem sukatan barangan bertujuan untuk memudahkan sistem perdagangan. Perkembangan ekonomi Tanah Melayu membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk.
No comments:
Post a Comment