Thursday, 22 September 2011

Huraikan kesan kedatangan Islam terhadap masyarakat Melayu sehingga abad ke 20

Tema 1
 SOALAN 6

Huraikan kesan kedatangan Islam terhadap masyarakat Melayu sehingga abad ke 20.

PENGENALAN :

Datang ke Nusantara pada abad ke7. Disebar oleh pedagang dan pendakwah Islam dari Asia Barat. Berkembang berikutan wujudnya Kerajaan Islam Pasai dan Perlak sekitar abad ke 13. Pengaruh Islam berkembang luas hingga abad ke 16. Telah menghakis sebahagian amalan atau kepercayaan HB yang telah lama bertapak. Mempunyai 3 perkara penting iaitu iman, ihsan dan syariah. Mewajibkan tiap-tiap umatnya mempercayai Rukun Islam dan Rukun Iman.

 Isi

1.    Politik

a.    Sistem politik di mana konsep devaraja digantikan dengan raja dianggap sebagai pemegang amanah dan khalifah di muka bumi. Gelaran raja digantikan dengan gelaran sultan - Shah

b.    Pembesar di kalangan ulama Islam yang digelar Imam, Maulana, Makhdum dan Khadi yang dijadikan sebagai pakar rujuk dan penasihat sultan. Konsep musyawarah dalam pentadbiran.

c.    Hukum Syarak berlandaskan Al Quran dan Sunnah digunakan sebagai perundangan
d.    negeri-negeri Melayu seperti di Perak, Johor, Terengganu dan Pahang. Antaranya undang-undang jenayah seperti liwat, berzina, samun, curi, undang-undang muamalatseperti berladang, menternak , peraturan jual beli, larangan melakukan kerja mungkar   dan sebagainya

     

2.    Sosial

a.    Membawa konsep tauhid dengan mempercayai Tuhan yang satu. Mula meninggalkan kepercayaan animisme atau politisme

b.    Kepercayaan tahyul digantikan dengan bercorak rasional dan mengandungi unsur keislaman seperti upacara berkhatam Al Quran, berkhatan, berzanji dan     sebagainya.

c.    Moral dan akhlak tidak dipisahkan dari aspek kehidupan yang lain. Semua pegawai raja dan istana, panglima dan rakyat jelata diingatkan tentang pentingnya moral yang  tinggi dan akhlak yang mulia.


d.    Amalan adat istiadat yang membayangkan pengaruh Islam. Akan dimulakan dan diakhiri dengan bacaan ayat-ayat Al Quran dan doa. Pegawai istana seperti imam sangat  penting di majlis-majlis perayaan di istana

e.    Pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid – lelaki akan menerima 2/3 bahagian berbanding perempuan yang akan mendapat 1/3 bahagian selaras dengan hukum syarak yang memberi keutamaan kepada pihak pemimpin iaitu lelaki.


f.     Sistem pendidikan berteraskan ilmu Islam seperti Al Quran, Hadis, Fardu Ain, Sirah, Nahu, Fekah dan sebagainya dapat meningkatkan lagi pemahaman masyarakat Melayu    berkaitan agama. Pusat pengajian di peringkat rendah, menengah dan tinggi dan istana, surau, masjid serta sekolah pondok menjadi pusat pendidikan


g.    Pengaruh Islam dalam bidang kesenian seperti ukiran di dinding masjid, kubah, mimbar, mihrab, menara azan dsb. Terdapat tulisan dan ukiran bercorak bunga dan geometri serta  ayat-ayat Al-Quran pada bangunan atau rumah

h.    Kesusasteraan – buku-buku, hikayat dan puisi yang diambil daripada Tanah Arab dan diterjemahkan seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah. Kemunculan tokoh-tokoh ilmuan Nusantara seperti Nuruddin Al Raniri, Hamzah Fansuri,
i.      Abdul Rauf Singkel dan Shamsudin Al Sumaterani.

  
3.    Ekonomi

a.    Mengamalkan muamalat yang diterapkan oleh Islam seperti melarang riba, penipuan, dan penyelewengan dalam sukatan dan timbangan

b.    Mewajibkan zakat harta, tanaman, haiwan, emas perak dan zakat Fitrah. Menekankan

c.    konsep sedekah dalam kehidupan untuk membantu orang miskin.
  
 KESIMPULAN

Pengaruh agama Islam banyak diterapkan salam system pemerintahan TM. Hal ini membantu pemerintah menjalankan pemerintahan dengan baik. Demikian juga dengan soal sosial , Islam dapat menyatukan masyarakat TM dan meningkatkan nilai moral dan akhlak.

♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment