Thursday 22 September 2011

Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan British di Tanah Melayu.

Tema 1
SOALAN 1

Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan British    di Tanah Melayu.
     
 Pengenalan

Pentadbiran di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British dibahagikan kepada pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung.

Isi

A – Peringkat Negeri

1.    Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar
2.    Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/ raja/ yang di Pertuan Besar
3.    Sultan/ raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesar-pembesar. Pembesar menjadi tulang belakang dalam menjalankan pentadbiran peringkat negeri. Pembesar diberi gelaran tertentu.Contohnya di Perak dibantu oleh Pembesar Berempat dan di Negeri Sembilan Yang Di Pertuan Besar dibantu oleh 4 orang Undang.
4.    Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota
5.    Perlantikan sultan/raja – sistem perwarisan takhta di kebanyakan negeri-negeri Melayu
a.    Sistem penggantian bergilir di Perak
b.    dilantik oleh Undang Berempat di N.S
6.    Sultan/raja mempunyai daulat dan tulah. Rakyat yang menderhaka akan terkena
a.    tulah..Diperkukuh dengan penggunaan bahasa dalam,warna, alat-alat kebesaran,
b.    alat muzik dan cop mohor.

 B – Peringkat Daerah

1.    Unit pentadbiran yang kedua terbesar. Sesebuah negeri dibahagikan kepada beberapa buah daerah untuk memudahkan urusan pentadbiran
2.    Daerah ditadbir oleh pembesar.Pembesar terbahagi kepada 2 golongan –
a)    Pembesar yang bekerja dalam istana tetapi ada kawasan pegangan
b)    Pembesar yang bekerja atau mentadbir daerah di luar istana. Mereka diberi surat tauliah oleh sultan dan merupakan individu yang paling taat setia kepada sultan/ raja  - contoh – Long Jaafar ( Larut )  -   Dato’ Maharaja Lela ( Pasir Salak )
3.    Tugas-tugas pembesar daerah
a)    Memungut cukai dan menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada  pusat sebagai taat setia pembesar.
b)    Menyediakan tentera
c)    Menyediakan kerahan tenaga
d)    Menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat dalam daerahnya.
e)    Mengadili dan menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh kepada yang melakukann jenayah.
f)     Menjunjung duli atau mengadap raja pada Hari Raya.

4.    pembesar mempunyai pengikut atau anak buah dari kalangan masyarakat yang tinggal di kawasannya. Jumlah pengikut menentukan kedudukan dan pengaruh seseorang pembesar.

C – Peringkat Kampung

1.    Unit pentadbiran paling kecil
2.    Ditadbir oleh pembesar yang dilantik oleh sultan daripada kalangan keluarga baik-baik iaitu Penghulu atau Tok Kweng. Dianugerahkan surat tauliah oleh sultan.
3.    Tugas-tugas penghulu
a)    Memungut cukai
b)    Menjaga keamanan kampung
c)    Mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang timbul
d)    Membekalkan tenaga tentera semasa peperangan
e)    Mendapatkan tenaga buruh.
f)     Memastikan rakyat di kampungnya taat setia kepada Sultan.

 Kesimpulan

Sistem pentadbiran Melayu tradisional sebelum campur tangan British membuktikan satu sistem pentadbiran yang sistematik Sistem pentadbiran masyarakat melayu mengalami perubahan drastik selepas campurtangan British 1874 yang telah menghakis kuasa raja dan  pembesar-pembesar Melayu.

♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment