Thursday 22 September 2011

Jelaskan kesan-kesan politik, ekonomi dan sosial akibat daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu ( 1942 – 1945 )

TEMA 3
SOALAN 3

Jelaskan kesan-kesan politik, ekonomi dan sosial akibat daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu ( 1942 – 1945 )


PENDAHULUAN

1.    Tanah Melayu mula diperintah oleh Jepun mulai akhir Disember 1941 hingga 12 September 1945.
2.    Pendudukan Jepun selama 31/2 tahun telah meninggalkan kesan amat mendalam kepada masyarakat di Tanah Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial.

ISI- ISI

C.    Kesan politik
·         Menyemarakkan semangat nasionalisme
·         kemenangan Jepun yang begitu mudah telah menjatuhkan imej British di kalangan orang Melayu yang anti British.                
·         Pengalaman mentadbir semasa zaman pendudukan Jepun memberi peluang kepada orang Melayu untuk menjalankan urusan pentadbiran yang tidak pernah diperolehi semasa pemerintahan British.               
·         orang Melayu menyangka Jepun akan memerintah Tanah Melayu lebih daripada British tetapi tanggapan mereka salah.               
·         kehidupan semakin sulit – timbul kesedaran nasib bangsa dan negara tetap sama selagi dijajah.               
·         membangkitkan kesedaran politik apabila Jepun membenarkan dan bekerjasama dengan pemimpin Melayu menubuhkan parti politik untuk orang Melayu.  
·         KMM, PETA, KRIS
            
B.   Kesan Ekonomi
·         sumber ekonomi utama –pengeluaran bijih timah dan getah terhenti sama sekali
·         Dasar Bumi Hangus British menyebabkan Jepun yang mengambil alih lombong bijih timah tidak dapat beroperasi.              
·         rakyat mengalami kebuluran kerana kekurangan makanan. Bekalan beras terpaksa diimport dari Thailand dan Burma.               
·         Jepun melancarkan kempen pertanian – rakyat dipaksa menanam tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi.                
·         kadar inflasi meningkat akibat kekurangan barang keperluan dan pengedaran                wang kertas Jepun.
·         perusahaan tempatan yang ditubuhkan untuk menghasilkan barang keperluan tidak dapat diimport.                
·         perusahaan yang besar dan penting diambil alih oleh syarikat Jepun
·         orang ramai diwajibkan mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan.
·         Petani dan nelayan dipaksa menjual hasil pertanian dan ikan kepada pembeli yang dilantik oleh Jepun.





C.   Kesan sosial
·         perpindahan orang Cina ke kawasan pinggir hutan untuk mengelak kekejaman tentera Jepun.             
·         permusuhan semakin menebal antara orang Melayu dengan orang Cina – cetus              pergaduhan kaum.
·         orang Cina yang anti-Jepun menubuhkan MPAJA – bekerjasama dengan Force136 yang memberi bekalan senjata dan latihan ketenteraan.             
·         tahap kesihatan rakyat merosot – terdedah kepada wabak penyakit. Banyak nyawa terkorban akibat penyakit malaria,beri-beri, taun dan kudis .
·         pembinaan jalan keretapi maut mengorbankan banyak nyawa.
·         Dasar niponisasi Jepun memaksa rakyat Tanah Melayu menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun – mengancam adapt istiadat dan kebudayaan orang Melayu.
         
KESIMPULAN

·         Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomi Tanah Melayu.                   
·         Memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat nasionalisme Melayu.
·         Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga   kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan


♥ Thank for reading ♥

9 comments:

  1. thank you so much though 😭 this really help me a lot

    ReplyDelete
  2. Thank you so much 😭 the great imformation .

    ReplyDelete
  3. Memang kene la dengan soalan yang cikgu nurazita bagi saya....saya dahla malas nak pikir....nasib baik ada ni boleh tiru terus

    ReplyDelete
  4. Thanks it's really help me Alot ✨

    ReplyDelete