Thursday 22 September 2011

Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bagi membendung pemberontakan Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu.

TEMA 3 
SOALAN 5

Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bagi membendung pemberontakan Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu.


PENDAHULUAN

1.    1948 -1960 berlaku pemberontakan bersenjata PKM
2.    Komunis telah membunuh 3 orang Eropah berhampiran Sg. Siput pada 16 Jun 1948
3.    Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di Perak dan Johor pada 16 Jun 1948.
4.    17 Jun 1948 seluruh Tanah Melayu diisytiharkan darurat.
5.    23 Julai 1948 PKM diharamkan secara rasmi
6.    Kerajaan melancarkan beberapa langkah menentang komunis


ISI-ISI

A.    Pengisytiharan Darurat 1948.

·        untuk memberi kuasa luas kepada kerajaan ( tentera, polis) untuk menangkap sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan subversive tanpa bicara.
·        Ramai ahli PKM ditangkap serta merta
·        Peraturan perintah berkurung menghadkan pergerakan ahli PKM
·        Sekatan jalan raya – kerajaan dapat menyekat dan mengawal pergerakan mereka.
·        Catuan makanan – mengelakkan bahan makanan dan perubatan jatuh ke tangan PKM
·        Komunis sukar mendapat bekalan makanan,ubat-ubatan.
·        PKM menghasut kesatuan sekerja melancarkan mogok sekuruh negara
·        Meluluskan penubuhan “Trade Union Amendment Ordinance 1948”
·        Memastikan mereka yang tidak menentang kerajaan diambil bekerja.

B.   Rancangan Briggs

  1. Perkampungan baru
·        untuk menyekat bekalan makanan jatuh ke tangan Min yuen
·        penempatan semula setinggan Cina ke kampung-kampung baru
·        kampung-kampung dikawal – beri perlindungan dari ancaman PKM
·        hubungan Min Yuen dengan PKM terputus
·        memaksa komunis keluar

  1. Gerakan kelaparan
·        mengawal bekalan makanan sampai ke tangan komunis
·        komunis sukar mendapat bekalan makanan

  1. Penubuhan Jawatankuasa Kerja Perang
·        meliputi peringkat negeri dan daerah
·        bertujuan mewujudkan persefahaman antara kerajaan negeri dengan Persekutuan bagi menangani ancaman komunis


C.   Rancangan Templer

  1. Ketenteraan
·        menaikan semangat dan kekuatan tentera
·        menambah kekuatan tentera  - 13 batilion askar British, Gurkha dan Melayu kepada 23 batilion termasuk dari negara Komanwel spt Australia, New Zealand dan Rhodesia.
·        Penubuhan “Home Guard” – bilangan ditambah kepada 210,000 ahkir 1953
·        Bilangan anggota polis / mata-mata Khas ditambah dari 24,000 kepada 67,000 1952
·        Melemahkan pasukan komunis.

  1. Pengenalan “ Kawasan Putih “
·        kawasan bebas komunis
·        penguatkuasaan peraturan darurat dilonggarkan
·        menggalakkan tempat lain mengikut langkah ini
·        penduduk beri sokongan kuat untuk memastikan kawasan mereka menjadi kawasan putih. Kawasan komunis masih aktif dianggap “ Kawasan Hitam” – banyak sekatan
·        merupakan langkah penting kerana maklumat yang diberi oleh penduduk memudahkan komunis ditangkap
·        Kawasan Putih pertama diisytiharkan ialah Melaka September 1952

  1. Perang Psikologi
·        syarat kewarganegaraan dilonggarkan melalui pindaan undang-undang 1952
·        bilangan kaum Cina dan India yang menjadi warganegara meningkat
·        mendorong mereka menyokong Inggeris dan melemahkan komunis
·        pemberian hadiah wang kepada pemberi maklumat cth $250,000 jika berjaya menangkap Chin Peng.
·        Pengampunan  ; risalah tawaran pengampunan digugurkan dari udara
·        Berjaya menarik mereka keluar dari hutan untuk menyerah diri
·        Membangunkan sosio-ekonomi penduduk – kerajaan bantu perkembangan orang Melayu/Cina dalam sistem pendidikan untuk mengawal fahaman komunis.
·        Menggalakkan perkembangan politik – parti politik dibenarkan menjalankan aktiviti spt UMNO,MIC dan MCA.
·        Pilihanraya Majlis Tempatan diperkenalkan
·        Kerajaan British membayangkan untuk memberi kemerdekaan
·        Penduduk Tanah Melayu terus bersikap anti-komunis sehingga pilihanraya umum pertama diadakan pada1955.
·        Rundingan Baling diadakan pada 28 – 29 Disember 1955 tetapi gagal kerana kerajaan enggan mengiktiraf komunis.

KESIMPULAN

·        pemberontakan komunis menyebabkan rakyat menderita
·        mendorong rakyat menyokong kerajaan
·        langkah berkesan pihak kerajaan telah berjaya menghapuskan pemberontakan komunis
·        1960 darurat diisytiharkan tamat secara rasmi.

♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment