Thursday 22 September 2011

Analisiskan sebab-sebab berlaku pemindahan Pentadbiran Negeri-negeri Selat dari Kerajaan di India ke Pejabat Tanah Jajahan London ,1867.

Tema 2

SOALAN EMPAT :
Analisiskan sebab-sebab berlaku pemindahan Pentadbiran Negeri-negeri Selat dari Kerajaan di India ke Pejabat Tanah Jajahan London ,1867.

Pendahuluan :

1.    Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Inggeris memiliki Pulau  Pinang , Melaka dan Singapura. Pada tahun 1826, ketiga-tiga unit pentadbiran ini disatukan dan dijadikan pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat.
2.    NNS ini ditadbir secara langsung oleh Gabenor Jeneral di India di bawah pentadbiran syarikat Hindia Timur  Inggeris berpusat di Culcutta.
3.    Walau bagaimana pun kerajaan tempatan tidak diberi galakan dalam pentadbiran dan kakitangan pentadbiran awam pula terdiri daripada mereka yang tidak berpengalaman. Kerajaan di India pula sering berusaha untuk mengurangkan tuntutan pentadbiran tempatan  untuk mengurangkan perbelanjaan.
4.    Pertelingkahan ini berakhir selepas 1867, apabila pentadbiran NNS berpindah ke Pejabat Tanah Jajahan  di London.

Isi:
1.    Sikap Gabenor Jeneral di India yang lebih mementingkan India daripada Negeri-negeri Selat .
·         Pelabuhan Singapura dianggap kurang penting selepas pembukaan Hong Kong 1832.
·         Kedudukan NNS dianggap terlalu jauh dari India.
·         Masalah-masalah di NNS berbeza dengan masalah di India.
·         Para pentadbir yang dihantar dr India tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu/Cina.

2.    Ketiadaan Perwakilan Tempatan. 
·         Undang-undang NNS yang digubal oleh Majlis Perundangan di Culcutta tidak sesuai dengan keadaan tempatan yang berbeza dengan India atau England.
·         NNS memhon supaya ditubuhkan satu majlis perundangan yang terdiri daripada wakil-wakil tempatan.

3.    Cukai Pelabuhan dan akta mata wang.
·         Cukai pelabuhan diperkenalkan oleh Kerajaan India untuk mengimbangi
·         Belanjawan Negeri-negeri selat. Keadaan ini menyebabkan berlakunya bantahan keras daripada golongan saudagar Inggeris.
·         Mata wang India, Rupee dijadikan sebagai mata wang rasmi di NNS(1855). Golongan saudagar tidak bersetuju kerana mengaggap mata wang dollar yang digunakan sebelum ini dianggap lebih sesuai berbanding rupee.

4.    Masalah-masalah Sosial.
·         Kerajaan India gagal untuk menyelesaikan masalah-masalah social seperti kegiatan lanun dan kongsi gelap yang berleluasa di NNS.





5.    Pembuangan Banduan :
·         Pihak berkuasa di Culcutta menjadikan NNS(Singapura) sebagai tempat pembuangan banduan. (Selepas 1824)  Keadaan ini telah dibantah keras oleh golongan saudagar yang diketuai oleh W. H Reed.
·         Pembuangan banduan dianggap boleh menjejaskan nama baik Singgapura dan membbahayakan nyawa mereka.

6.    Masa depan Perdagangan.
·         Sikap sambil lewa pihak berkuasa di Culcutta  menyebabkan masalah persaingan di antara kuasa-kuasa asing timbul semula. Contoh : Belanda ,Peranchis, Indo China , Jerman dan Sepanyol.
·         Keadaan ini sangat membimbangkan saudagar-saudagar Inggeris di NNS.

7.    Dasar tidak campur tangan di Tanah Melayu.
·         Dasar tidak campurtangan di tanah Melayu dianggap merugikan golongan saudagar di NNS yang berminat untuk melabur dan mencari  pasaran baru dan serta bahan-bahan mentah di Negeri Melayu.
·         Ketidakstabilan politik di Tanah Melayu akibat perebutan tahta dan kongsi gelap boleh menjejaskan perdagangan dan keselamatan mereka.
·         Maka, dasar campur tangan di Tanah melayu dianggap sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah mereka.

8.    Dahagi (1857) di India, telah membuktikan kelemahan Kerajaan Inggeris di India yang membawa kepada pembubaran Syarikat Hindia Timur Inggeris di India.


Kesimpulan;

Isu politik dan ekonomi telah digunakan dengan sepenuhnya oleh golongan saudagar di NNS dalam usaha menuntut pemindahan pentadbiran dari India ke London. Setelah berbagai-bagai usaha dilakukan oleh banyak pihak , akhirnya Parlimen British telah meluluskan akta Pemindahan  pentadbiran NNS di India ke Pejabat Tanah Jajahan di London (1866). Maka pemindahan kuasa ini secara rasminya dikuatkuasakan mulai 1 April 1867.


♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment