Tema 4
Soalan 9
Dasar Luar Malaysia dlm tempoh 1957-1963 adalah bercorak pro-Barat dan anti komunis. Bincangkan mengapa Dasar Luar Malaysia bercorak sedemikian.
Pengenalan
Keadaan politik dunia dlm tempoh 1957-1963 masih berlaku perang dingin antara Blok Barat dan blok Timur. Situasi ini turut mempengaruhi amalan dasar luar Negara ini apatah lagi Tanah Melayu turut menghadapi ancaman komunis. Latar belakang dan pribadi Tunku Abdul Rahman turut menentukan arah tujuan dasar luar neg dlm tepoh tersebut.
Isi
1. Isu keselamatan negara
Tempoh masa tahun 1957-1963 dianggap sbg tahap penting dlm dasar luar neg krn Tanah Melayu baru shj mencapai kemerdekaan. Soal keselamatan neg, terutamanya ancaman komunis merupakan masalah utama yg dihadapi
Tanah Melayu hanya mempunyai sebuah rejimen Melayu Diraja , tanpa mempunyai angkatan tentera laut dan udara.
Sebarang serangan dr luar tidak mampu dihadapi secara bersendirian. Berdasarkan alasan ini Tanah Melayu memilih dasar pergantungan dgn Britain dan mengamalkan dasar luar yg pro Barat. Tanah Melayu menandatangani perjanjian pertahanan dgn Britain yg dikenali sbg Perjanjian Pertahanan Anglo Malaya (AMDA).Melalui perjanjian ini Britain memberi jaminan akan memberi bantuan ketenteraan kpd Tanah Melayu jika diceroboh atau diancam oleh musuh.
Ancaman kominid didalm neg dan rantau asia Tenggara terutamanya perkembangan di Vietnam menyebabkan Tanah Melayu mengambil sikap yg serius terhadap perkembangan tersebut. Di dlm neg pula kegagalan Rundingan Baling 1955 menyebabkan komunis melancarkan perang gerila setelah perjuangan melalui cara berperlembagaan tidak berjaya.
Tanah Melayu memberi sokongan kuat terhadap tindakan Amerika Syarikat membendung pengaruh komunis di Vietnam Utara dan menyokong Rejim anti komunis di Vetnam Selatan.
Begitu juga pendirian anti komunis Tanah Melayu dlm isu `Dua China’ di PBB , Tanah Melayu tidak mengiktiraf Republik Rakyat China sbg mewakili rakyat China di PBB. Sebaliknya Tanah Melayu mengadakan hubungan dengan Taiwan diperingkat consular.
2. Kepentingan Ekonomi
Selain soal keselamatan neg , dasar luar pro Barat ini didorong oleh kpentingan ekonomi di Tanah Melayu. Selepas mencapai kemerdekaan eko Tanah Melayu masih bergantung kepada komoditi utama iaitu getah dan bijih timah. Skyt2 dr Britain masih menguasai kedua2 perusahaan ini,. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun diberi kemerdekaan dari segi politik, neg masih lagi bergantung dlm bidang ekonomi khususnya utk membeli bahan mentah dan mencari pasaran.
3. Latar belakang Keperibadian Tunku Abdul Rahman
Tunku dibesarkan dlm suasana kebaratan dan mendapat pendidikan Barat menyebabkan beliau lebih selesa dan bersikap pro barat
Tunku juga mempunyai sikap anti komunis yg kuat krn ancaman komunis dlm neg. Tunku percaya bahawa warisan sistem demokrasi Barat lebih sesuai dengan budaya masyarakat di Tanah Melayu berbanding dgn sistem komunis.
Kesimpulan
Dasar luar neg yg pro Barat dan anti komunis dipengaruhi oleh ketiga-tiga faktor yg dibincangkan di atas sehinggakan Tunku pernah mengakui bahawa Tanah melayu akan timbul dan tenggelam bersama barat
No comments:
Post a Comment