Thursday 22 September 2011

Bincangkan faktor-faktor yg mempengaruhi dasar pendidikan Negara sebelum merdeka.

Tema 4

Soalan 5

Bincangkan faktor-faktor yg mempengaruhi dasar pendidikan Negara sebelum merdeka.

Pengenalan.

Dasar pendidikan Negara sebelum merdeka adalah bercorak vernacular iaitu pengasingan pelajar mengikut kaum. Kerajaan Inggeris telah memperkenalkan 5 jenis sistem persekolahan yg ternyata berbeza antara satu sama lain. Jenis2 sekolah tersebut ialah sekolah Inggeris, sek Melayu sek Agama, sek Cina dan Sek Tamil. Pengenalan kepada isiten persekolahan yg berbeza antara kaum mempunyai kaitan dengan dasar pecah dan perintah yg diamalkan oleh pemerintah Inggeris di Tanah Melayu.


Isi

1.    Pengkhususan Kaum Dalam Satu Sekolah.

i.      tiap2 sekolah adalah khusus utk satu-satu kaum yg tertentu shj. Ini menyebabkan anak2 Melayu, Cina dan India sukar utk bergaul antara satu sama lain. Kesempatan utuk bergaul bg ketiga2 kaum ini hanya terdapat di sekolah inggeris yg terletak di bandar shj.

ii.     Pendidikan tradisional org Melayu, pendidikan agama dan al-Quoran dilakukan di surau, rumah Tok Guru atau pondok. Ini tidak memungkinkan bangsa lain utk turut serta.

iii.    Sementara pendidikan org Cina pada peringkat awal diasaskan oleh individu perseorangan atau kelompok berteraskan kpd kaum. Gurunya tidak terlatih dan mengajar secara sambilan berdasrka buku2 teks klasik dari China.

iv.   Org India tidak dihiraukan pendidikannya hanya pd 1816 bhgn sek Tamil, Penang Free Scholl ditubuhkan. Pd 1923 Akta Buruh diperkenalkan iaitu mewajibkan setiap estet mengadakan sek Tamil dan pengurusannya diserah kpd pihak lading.

2.    Tiada Bahasa Penghantar Tunggal

i.      Tidak ada dasar mengenai bahsa penghantarnyg tungal. Sek Inggeris menggunakan BI dan Sek Melayu menggunakan BM dan sek Cina menggunakan bhs Cina dan sek Tamil menggunakan bhs Tamil. Oleh yg demikian kominikasi menjadi sukar disebabkab tiada medium yg sesuai utk menyatukan mereka.

3.    Perbezaan Kawasan tempat tinggal.

i.      Kebanyakkan sek Melayu didirikan di desa2 sesuai dgn dasar British yg mahu mengekalkan org Melayu di kg2.
ii.     Sek Cina pula di kawasan perlombongan misalnya di Perak sek Cina terdapat di Kinta Larut. Di Selangor byk terdapat di Klang dan Kanching. Di Negeri Sembilan terdapat di Lukut.

iii.    Sementara di sekolah Tamil di tubuh di kawasan ladang yg dibiayai oleh pengurus ladang.

4.    Tiada Keseragaman Kurikulum

i.      Kurikulum bagi sekolah-sekolah tersebut tidak sama. Sek2 ini masing2 mempunyai kurikulumnya sendiri.

ii.     Sek Inggeris menggunakan sukatan yg digunakan sekolah2 di Britain. Guru2 yg mengajar di sekolah ini di bawa dr sana. Begitu juga dengan  buku2 teks.

iii.    Sek Melayu pula hanya terhad kepada peringkat rendah shj iaitu meliputi kemahiran membaca dan menulis dan mengira. Selain itu pelajar juga diajar sedikit ilmu Geografi perkebunan dan pertukangan.

iv.   Sek Cina dan Tamil menggunakan kurikulum yg sama dengan yg diajar di Cina dan India. Guru2 didatangkan dr neg mrk.Menggunakan bhs ibunda sbg bhs pengantar.

v.    Lepasan sek Cina masih mempuyai kedudukan yg baik krn mrk diserapkan kedlm sektor ekonomi yg dipunyai pengusaha Cina di tanah Melayu. Sementara lulusan India hanya berpeluang meneruskan kerjaya diestet atau sekiranya mampu membayar yuran yg tinggi boleh meneruskan pemgajian sek Inggeris di bandar.

Kesimpulan.

Dasar pendidikan yg diperkenalkan oleh Inggeris sebelum merdeka telah menyebabkan perbezaan ras yg begitu ketara di Tanah Melayu pd masa itu. Bagi Inggeris sistem pesekolahan begini sengaja dilakukan bagi mengasingkan pelbagai kaum sebagai strategi utk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi mrk di Tanah Melayu. Dengan cara ini kaum2 di Tanah Melayu khususnya org Melayu tidak mempunyai asas dan kekuatan bagi menetang Inggeris.


♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment