Thursday 22 September 2011

Bincangkan secara ringkas corak ekonomi negara di bawah pentadbiran British sebelum merdeka dan huraikan masalah utama yg diwarisi negara daripada corak ekonomi sedemikian selepas Negara mencapai kemerdekaan

Tema 4

Soalan 6

Bincangkan secara ringkas corak ekonomi negara di bawah pentadbiran British sebelum merdeka dan huraikan masalah utama yg diwarisi negara daripada corak ekonomi sedemikian selepas Negara mencapai kemerdekaan.

Pengenalan.

Pada dasarnya pihak British memperkenalkan sistem ekonomi liberal dan moden. Bagi mencapai matlamat penjajahan, dasar dan rancangan ekonomi ditumpukan kepada usaha2 mengeksplotasi sumber-sumber galian serta pengeluaran bahan-bahan mentah pertanian yg mendapat pasaran tinggi di England dan Eropah . Keutamaan diberi kepada perlombongan bijih timah, pembukaan ladang getah dan kegiatan perladangan yg dilakukan secara meluas di selangor, Perak, N.9 dan Phg.

A.   Corak Ekonomi Di Bawah Pentadbiran British

1.        Tanah Melayu kaya dgn bahan mentah . Selepas bijih timah di temui di Larut 1848, pihak British menggalakkan saudagar2 dr negeri Selat melabur dlm perushaan bijih timah. Sehingga th 1862 lebih 27 lombong di buka di kawasan Taiping dan Kamunting.

2.        Pembukaan lombong2 bijih timah diikuti dengan kebanjiran buruh2 yg dibawa dr China. Terdapat lebih kurang 25 000 buruh yg berada di kawasan berkenaan sekitar th 1862.

3.        Para pengusaha eropah telah memperkenalkan alat2 yg moden seperti kapal korek yg telah menghasilkan lebih byk bijih timah dlm jangka masa yg singkat.

4.        Beberapa langkah juga telah diambil spt memberi lesen kpd pengusaha eropah utk meneroka kaw perlombongan baru , menghapus peranan kongsi gelap dan sebagainya yg telah menyebabkan skyt2 pengusaha Eropah menguasai kegiatan perlombongan bijih timah menjelang tahun 1912.

5.        Pd 1940 skyt Eropah mengeluarkan lebih drpd 70% drpd bijih timah yg dikeluarkan oleh Tanah Melayu.

6.        Selain bijih timah galian2 lain yg diusahakan termasuklah emas dan arang  batu, antimony, b besi dan petroleum. Emas di lombong di Raub yg dimulakan secara kormesial oleh sebuah skyt dr Australia. Petroleum pula diuasahan oleh Skyt Shell(Kerjasama pihak British-Belanda di Miri Sarawak)

7.        Kegiatan pertanian dagangan turut diberi perhatian oleh pihak penjajah. Terdapat 2 jenis pertanian dagangan iaitu tanaman jangka pendek seperti lada hitam, gambir, ubi kayu dan tebu. Manakala tanaman jangka pjg ialah getah.

8.        Getah mendpt permintaan yg tinggi kesan perkembangan pesat industri pembuatan kereta di Amerika Syarikat dan Eropah. Ladang2 getah  byk di buka di Perak, Selangor, N. 9 dan Johor.

9.        Buruh2 dr India dibawa masuk ke Tanah Melayu. Byk skyt ditubuhkan di Tanah Melayu untuk melibatkan diri dlm perusahaan getah. Kebykkan skyt2 ini beribu pejabat di Eropah dan dimiliki oleh pemodal asing.

B.   Kesan Dan Masalah

1.        Sistem dwi ekonomi yg diamalkan di Tanah Melayu menampakkan perkembangan pesat dlm bidang ekonomi. Walaubagaimanapun pihak British terus membiarkan kehidupan orng Melayu kekal dlm kegitan bercorak tradisional.

2.        perkembangan eko moden spt di bidang perladangan dan perusahaan langsung tidak melibatkan org Melayu. Kaum imigran yg diberi peluang utk meningkatkan diri mereka dlm bidang ekonomi .

3.        Amalan pecah dan perintah telah mewujudkan kawasan petempatan yg berbeza antara ketiga-tiga kaum. Org Melayu timggal di kg dan bekerja sbg nelayan, org India menetap di Ladang2 getah manakala org Cina lebih bertumpudi kaw bdr yg terlibat dalam bidang perniagaan dan perlombongan.

4.        Kemajuan prasarana byk diberi tumpuan di kaw bdr menyebabkan kaw luar bdr yg tidak ada kepentingan kpd penjajah tidak dimajukan.

5.        Pembangunan yg dijlnkan tidak seimbang khususnya antara kaw pantai Barat dan Pantai Timur.

6.        Begitu juga dengan jurang pendapatan antara kaum cukup ketara antara penduduk Bandar dgn luar bdr. Org Melayu masih dibelenggu dgn kemiskinan jika dibandingkan dgn org Cina yg tinggal di bdr.

7.        Pihak British turut membenarkan setiap kaum mengamalkan sistem pendidikan mengikut cara masing-masing dan ini menyukarkan usaha kearah mewujudkan perpaduan Kebangsaan.


Kesimpulan

Dasar ekonomi penjajah sebenarnya menjadi punca utama masalah perpaduan, ekonomi, politik, dan social yg perlu ditangani oleh para pemimpin sebelum negara mencapai kemerdekaan. Ada beberapa isu yg masih wujud walaupun neg sudah mencapai kemerdekaan spt masalah ekonomi.


♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment