Thursday 22 September 2011

Huraikan sebab-sebab dan bentuk-bentuk penentangan orang Melayu terhadap rancangan Malayan Union 1946

TEMA 3
SOALAN 9

Huraikan sebab-sebab dan bentuk-bentuk penentangan orang Melayu terhadap rancangan Malayan Union 1946 .

PENDAHULUAN

1.    Idea penubuhan Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh Winston Churchill iaitu Perdana Menteri Britain dengan Roosevelt Presiden Amerika Syarikat pada Ogos 1941.
2.    MU dilaksanakan selepas British kembali ke Tanah Melayu setelah Perang Dunia Kedua tamat dan mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu.
3.    Penentangan terhadap perlaksanaan MU  didorong oleh beberapa faktor dan orang Melayu menggunakan pelbagai cara untuk menentangnya.
ISI-ISI

A.   Sebab-sebab penentangan

  1. Kedaulatan dan kuasa sultan terancam
    • Dalam kerajaan MU, kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa mereka dikurangkan.
    • Raja hanya menjadi ketua agama dan adat istiadat sahaja.
    • Kuasa pentadbiran di tangan Gabenor yang mempunyai kuasa pembatal(veto)
    • Gabenor MU menjadi Pengerusi Majlis Islam – menjatuhkan maruah dan kesucian Agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi pengerusi.       
    • Orang Melayu bimbang sultan kehilangan kuasa politik dan hak keistimewaan
    • tidak rela sultan dilucutkan kuasa politik di negeri mereka sendiri.
    • kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu bertukar menjadi tanah jajahan British
        
  1. Pemberian taraf kerakyatan
·        Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli menebalkan sentiment benci orang bukan Melayu terutamanya kaum Cina.     
·        syarat kerakyatan yang terlalu longgar membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu.
·        Orang Melayu meragui taat setia orang Cina dan India kerana sebelum Perang Dunia Kedua semangat nasionalisme mereka terarah ke negara asal masing-masing.
·        Perlaksanaan MU akan mengakibatkan kira-kira 85% orang Cina dan 75% orang India mendapat taraf kewarganegaraan Tanah Melayu.

  1. Cara Mac Micheal mendapatkan tandatangan sultan
·        Mac Micheal dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan. Beliau mendapatkan persetujuan secara paksaan – ugut sultan akan dilucutkan jawatan atas alasan bekerjasama dengan Jepun menentang British semasa Perang Dunia Kedua.
·        Mac Micheal tidak memberi masa dan peluang kepada sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan pembesar masing-masing.
·        Orang Melayu marah kerana Mac Micheal tidak menerangkan syarat gagasan MU secara terperinci serta mendapatkan pandangan daripada raja-raja Melayu terlebih dahulu sebelum sultan menandatangani perjanjian.

B.   Cara-cara penentangan

  1. Tunjuk perasaan secara besar-besaran di seluruh negara
·         15 Dis 1945     -   demonstrasi anjuran Persatuan Melayu Kelantan
·         19 Jan 1946     -   demonstrasi Persatuan Melayu Kedah
·         01 Feb 1946    -   Persatuan Melayu Kelantan anjur satu lagi demonstrasi.
·         10 Feb 1946     -   demonstrasi di Johor termasuk kaum wanita

  1. Kongress Melayu Se Malaya
·         oleh Dato Onn Jaafar dan Persatuan Melayu Selangor
·         dihadiri oleh 107 wakil dan 56 pemerhati dari 42 pertubuhan Melayu.
·         29 dan 30 Mac 1946 kongress Melayu Se Malaya mengadakan mesyuarat tergempar dan mencapai beberapa persetujuan.
i.      orang Melayu mesti bersatupadu menentang MU
ii.     raja-raja Melayu, ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu akan memulaukan upacara pengisytiharan MU sebagai tanda bantahan.
iii.    kongress bersetuju menubuhkan sebuah parti politik yang kuat untuk menentang MU.
·         kongress mahu British menarik balik MU dan mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum 1941.

  1. Sokongan bekas pegawai British
·         bekas pegawai British seperti Frank Swettenham, George Maxwell dll bersimpati dengan nasib orang Melayu apabila MU dilaksanakan.
·         Mereka menulis dalam akhbar Times  -  menyatakan kekesalan terhadap pengenalan perlembagaan MU yang tidak sesuai dengan Tanah Melayu.


KESIMPULAN

·        Penentangan orang Melayu terhadap MU beroleh kejayaan
·        MU akhirnya dibubarkan dan digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment