Wednesday, 16 May 2012

Terangkan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan beraja di Negara China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa barat


SOALAN 1: Terangkan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan beraja di  Negara  China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa barat

  Tema 1
Pendahuluan

1.    Sistem beraja merupakan satu bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kebanyakan negara di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia timur.

2.    Sistem ini berasaskan campuran sistem tempatan dengan pengaruh agama Buddha dan Confucius di China dan Shinto di Jepun.

3.    Maharaja di China dan Jepun memainkan peranan penting dalam kerajaan sehinggalah pemantapan kuasa barat.

Isi-isi

A.   CHINA

1.    gelaran maharaja mula diguna pakai semasa pemerintahan maharaja Shih Huang Ti (221 – 210 S.M) dari Dinasti Chin

2.    maharaja menduduki tonggak kerajaan dan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di   peringkat pusat

3.    maharaja memberikan kuasa autonomi kepada pentadbir awam dan gabenor di peringkat wilayah

4.    tradisi masyarkat China menganggap maharaja sebagai Son of  Heavan iaitu maharaja dikatakan  mendapat mandate dari syurga untuk memerintah dunia

5.    maharaja mempunyai kedudukan yang paling tinggi dan berpengaruh di dunia dan    -   bertanggungjawab penuh ke atas keamanan dan kemakmuran rakyat dan Negara

6.    sebarang bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh maharaja akan menyebabkan baginda kehilangan mandat dari syurga dan dan Negara akan mengalami kemusnahan dan bala bencana


7.    sebagai balasan ,wujud kebangkitan menentang sistem pemerintahan maharaja seperti dalam  Dinasti Manchu pada akhir abad ke 19

B.   JEPUN

1.    sistem pemerintahan maharaja agak berbeza dibandingkan dengan negara

2.    maharaja di Jepun tidak mempunyai kuasa khususnya selepas tahun 1192M

3.    kekuasaan sebenar dalam pemerintahan terletak di tangan golongan bangsawan yang dikenali sebagai daimyo
 
i.      bagi mengukuhkan kuasa, daimyo akan membentuk satu pasukan tentera yang    kuat di bawah pimpinan golongan samurai     
ii.     dengan ini daimyo mampu meluaskan pengaruh dengan menguasai wilayah2 lain di  samping mengekalkan kedudukan sebagai pemerintah mutlak
iii.    pada masa pemerintahan Shogun Tokugawa tahun 1603 beliau menerajui pemerintahan dengan kuasa penuh
iv.   golongan Shogun merupakan pentadbir daerah yang menduduki kelas kedua selepas maharaja
v.    maharaja hanya menjadi boneka di istana
vi.   pemerintahan sebenar dilakukan oleh Shogun Tokugawa yang dianggap sebagai maharaja Jepun
vii.  setelah maharaja Meiji menaiki takhta pada tahun 1868 menggantikan Keshogunan Tokugawa, negara Jepun mengalami satu proses peralihan dari zaman tradisional kepada era pemodenan
viii. Meiji memperkenalkan pemerintahan pusat dengan menghapuskan sistem feudal yang dikuasai oleh daimya dan samurai

Kesimpulan

1.    di Negara China , sistem beraja tamat apabila tercetusnya Revolusi China tahun 1911

2.    kejatuhan Dinasti Manchu Februari 1912 menjadi simbol kehancuran pemerintahan bercorak dinasti di China yang kemudiannya diganti dengan sistem republik

3.    di Jepun pula kerajaan berparlimen diperkenalkan bagi menaikkan imej negara Jepun Setanding dengan negara barat
4.    maharaja Meiji memerintah sebagai raja berperlembagaan.


♥ Thank for reading ♥

2 comments:

  1. Hi Blogger : )
    yang bahagian perenggan ke-2 tu kan, Daimyo ke yang berkuasa dalam sistem pemerintahan ataupun Shogun? Kebanyakan blog yang I terbaca pasal topic ni kan, semuanya tekankan bahawa Shogun merupakan golongan yang sangat berpengaruh dan berkuasa mutlak. any Idea?

    ReplyDelete
  2. Sistem Jepun boleh dianalogikan hampir serupa dengan sistem hierarki Melayu Melaka. Daimyo (pembesar), Shogun (Bendahara) dan Maharaja. Dalam beberapa hal, Shogun lebih berkuasa namun Shogun itu seorang. Daimyo pula ramai. Dengan ini, daimyo juga turut berkuasa di sesetengah tempat terutamanya bahagian pedalaman. Sekadar pendapat untuk menjelaskan persoalan Ness di atas.

    ReplyDelete