SOALAN 4 : Bezakan hierarki sosial masyarakat tradisional di Negara Thai dan Vietnam pada zaman awal.
Tema 1
Pendahuluan
a.
Umumnya
masyarakat di Asia Tenggara pada awalnya mengamalkan sistem social yang
bercorakmtradisional berasaskan sistem feudal
b.
Sistem
feudal membawa maksud satu bentuk kerajaan yang hanya dijalankan oleh individu
tertentu yang bebas dari kawalan kerajaan pusat
c. Hierarki social mnasyarakat dalam sistem feudal adalah berbentuk pyramid
Isi-isi
NEGARA
THAI
a.
Raja
menduduki lapisan teratas diikuti oleh golongan bangsawan(nai),rakyat yang
bebas (phrai) dan hamba (that)
b. golongan sangha (sami Buddha) berperanan penting dalam sistem feudal Thai
c. raja Thai mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.
d. golongan nai berperanan sebagai pemimpin masyarakat dan memberi
perlindungan kepada golongan phrai.
e. phrai menjadi symbol kekayaan dan kekuasaan politik golongan nai, that
pula merupakan hamba kepada golongan nai dan phrai yang kaya
f. dua kelas that yang penting iaitu hamba berhutang dan hamba tawanan perang.
g. golongan sangha mendapat pengiktirafan yang tinggi di kalangan
masyarakat Thai dan menjadi penggerak agama Buddha dengan menjadi tenaga
pengajar utama kepada ahli masyarakat Thai .
h. kedudukan mereka lebih tinggi dan
mulia di sisi masyarakat
a. sistem pemerintahan berasaskan sistem pemusatan kuasa melalui birokrasi
pusat
b. hierarki sosial masyarakat Vietnam terdiri daripada maharaja, golongan
cendikiawan (quan atau mandarin) dan petani
c. golongan cendikiawan mempunyai kedudukan paling tinggi dan berpengaruh
dalam masyarakat Vietnam , kerana mereka merupakan pemerintah sebenar yang
bertanggungjawab menjalankan tugas2 maharaja
d. golongan quan atau mandarin mendapat pendidikan tinggi berdasarkan
ajaran Confucius
e. rakyat biasa yang pintar serta berpengetahuan dalam ajaran Confucius
secara mendalam berpeluang menjadi pegawai2 tinggi awam
f. golongan bangsawan tidak mendapat tempat dalam perkhidmatan awam kesan
daripada pembaharuan Maharaja Gia Long yang menamatkan keistimewaan dan
pengaruh politik golongan bangsawan dan keluarga diraja
g. golongan petani menduduki hierarki sosial yang paling rendah di mana
mereka menjalankan kegiatan ekonomi sara diri iaitu menanam padi sawah
Kesimpulan
Sistem feudal yang diamalkan oleh masyarakat Asia dimansuhkan setelah
berlakunya imperialisme kuasa barat pada abad ke – 19 dan awal abad ke-20.
No comments:
Post a Comment