Wednesday, 16 May 2012

Bandingkan peranan samurai dan uleebalang Acheh serta perubahan yang berlaku terhadap golongan ini pada abad ke 19 dan ke 20


Bandingkan peranan samurai dan uleebalang  Acheh serta   perubahan yang berlaku terhadap golongan ini pada abad ke 19 dan  ke 20
                         
                        Tema 1
Pendahuluan :

1.    Golongan samurai dan uleebalang merupakan pegawai yang dilantik oleh raja atau      maharaja untuk membantu menjalankan tugas

2.    Golongan ini mempunyai pengaruh yang kuat dan mempunyai pengikut yang ramai Merupakan pahlawan yang menjunjung perintah raja/ maharaja


Isi-isi penting

A.       Peranan golongan samurai

a.    golongan pahlawan menjunjung kuasa pemerintahan shogun dan daimyo
b.    mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat dan dalam keadaan aman. Mengikut G.B. Sansom dalam bukunya  Japan A Cultural History  “ Dalam masa aman kehidupan golongan Daimyo dan Samurai ditanggung oleh petani. Petani adalah jentera untuk menghasilkan beran bagi mengisi perut golongan samurai Manjalankan / melaksanakan fungsi sebagai tentera yang penting semasa     
c.    kemunculan Ieyasu
d.    Semasa keamanan golongan ini tinggal di Edo dan Bandar-bandar istana serta mmengubah cara hidup seperti suka kepada kemewahan dan boros
e.    Mereka menjadi lemah dan bergantung kepada orang lain
f.     Apabila pendapatan shogun dan daimyo terjejas mereka telah mengurangkan gaji samurai atau menahan sebahagian daraipada gaji golongan ini
g.    Golongan Samurai menghadapi masalah ekonomi yang serius
h.    Kesetiaan golongan ini merosot secara beransur-ansur kepada shogun dan daimyo
i.      Mereka menjadi ronim atau samurai tang tidak bertuan

Perubahan

a.    1876 -  kerajaan mengharamkan pemakaian pedang oleh golongan samurai

b.    Gaji yang di beri dalam bentuk  beras ditukar kepada wang tunai begitu juga elaun

c.    Elaun tahunan digantikan dengan  pembayaran sekaligus dalam bentuk bon-bon  kerajaan yang akan matang dalam masa 14 tahun dengan kadar faedah 7%

d.    Samurai diserap sebagai pegawai kerajaan dan di bayar pencen tetapi tidak            mencukupi

e.    Golongan ini juga terpaksa menjalankan kerahan tenaga walaupun dianggap   tidak layak

f.     tekanan ini menyebabkan golongan samurai melakukan  penentangan seperti  pemberontakan Saigo Takamori di Kyushu 1877. Akibatnya samurai hilang kuasa  dan kedudukan tradisi mereka

          
B.   Peranan Uleebalang di Acheh

1.    merupakan tunjang kekuatan kerajaan Acheh
2.    Sewaktu upacara-upacara rasmi uleebalang akan duduk di sebelah kanan raja
3.    Bertanggung jawab menjaga keselamatan raja sewaktu raja berada di luar istana
4.    Mengikut William Marsden dalam bukunya The History of Sumatra  “ Uleebalang di Acheh dilengkapi dengan kelengkapan ketenteraan terbaik setanding dengan tentera barat”
5.    Muncul  sebagai golongan yang di hormati dan dianggap pemimpin dalam  masyarakat Acheh
6.    Ada yang dilantik sebagai pembesar daerah spt Teungku Raja Pakeh Dalam yang memegang daerah Pidie
7.    Mempertahankan wilayah daripada dikuasai oleh kuasa asing cth mempertahankan Kotaraja daripada dikuasai Belanda pada tahun 1873
8.    Golongan ini terus memberi penentangan melalui perang gerila mulai tahun 1874 apabila Belanda menguasai Kotaraja dan ini menyebabkan kedudukan Belanda di Acheh tidak selamat

Perubahan

1.    Menjelang abad ke 20 pembabitan golongan uleebalang semakin berkurang
2.    Golongan ulama mengambil alih peranan golongan uleebalang. Cth Teungku Cik mengisytiharkan perang jihad keatas Belanda
3.    Belanda bertindak meneutralkan dengan menyerapkan golongan ini ke dalam birokrasi  dengan melantik mereka sebagai pembesar daerah. Ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya dan mengawal keadaan diAcheh
4.    Belanda mengadakan perjanjian dengan golongan ini dan melalui perjanjian ini Belanda berjaya menghapuskan peranan dan kedudukan tradisi golongan uleebalang di  Acheh

Penutup

1.    Walaupun golongan samurai dan uleebalang memainkan peranan penting dan menjadi tonggak kepada kerajaan tetapi dengan perubahan-perubahan yang berlaku menyebabkan  kedudukan ini terhapus


♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment