Wednesday 16 May 2012

Bincangkan perbezaan sistem perundangan yang mambawa kepada pertikaian antara kuasa Barat dengan Negara China


SOALAN 8  :   Bincangkan perbezaan sistem perundangan yang mambawa kepada  pertikaian antara kuasa Barat dengan Negara China
                         
Pengenalan ; 

  1. Peraturan dan undang-undang merupakan  garis panduan yang diamalkan oleh sesebuah Negara untuk menjaga keamanan dan keharmonian masyarakat dan Negara
  2. Dinegara China undang-undang dikawal oleh pemerintah dan undang-undang digunakan untuk megawal kesetiaan golongan pembesar dan rakyat.
  3. Bagiorang-orang barat undang-undang China tidak boleh diterima kerana dianggap zalim dan keterlaluan

Isi-isi penting

  1. Perundangan China terbahagi kepada 2 bahagian.

    1. Bahagian pertama -  Undang-undang Maharaja atau Dikri Maharaja. Tujuan untuk menyelesaikan  masalah  Negara dari sudut politik dan ekonomi

    1. Bahagian kedua  -   Undang-undang yang dikeluarkan oleh pembesar wilayah. Bersifat tempatan dan dikendalikan oleh Pesuruhjaya.

  1. Konsep undang-undang China mengikut “Doktrain Tanggungjawab” secara kumpulan :
i.      Ahli kumpulan bertanggung jawab secara kolektif untuk menerima hukuman yang setimpal
ii.     Tidak ada kesalahan yang tidak mempunyai pesalah dan tidak dihukum
iii.    Cth  :  Seorang pekerja memukul orang dan melarikan diri, majikan akan  bertanggung jawab.    
iv.   Ini tidak boleh diterima oleh Barat kerana perundangan Barat menekankan bahawa setiap kesalahan merupakan tanggungjawab individu. Orang lain tidak harus menerima hukuman terhadap kesalahan orang lain.

  1. Undang-undang China menekankan prinsip seseorang yang dituduh bersalah akan dianggap bersalah sehingga dia membuktikan kebenaranya.

Mengikut pndapat orang barat pula, seseorang yang melakukan jenayah itu tidak boleh disabitkan kesalahannya jika tidak ada bukti yang menunjukkan dia bersalah
     
  1. Hukuman yang dikenakan adalah derdasarkan budi bicara pemerintah atau golongan yang diberikan kuasa menjalankan hukuman. Tidak ada badab penasihat untuk menasihati jenis-jenis hukuman yang patut dikenakan :

i.      Hukuman yang dikenakan spt cekik sampai mati, belasah dengan buluh,  memotong   tubuh pesalah dan membenarkan membunuh diri

ii.     menggunakan ugutan dan penyeksaan yang kejam bagi membolehkan pesalah  mengaku kesalahan.

iii.    Bagi orang-orang barat konsep perundangan China ini dianggap tidak   bertamadun, tidak adil dan penuh dengan rasuah. Terdapat pesalah yang terlepas    setelah hakim menerima rasuah

     
  1. Undang-undang China turut mengenakan hukuman yang sama kepada warga asing. 
Apabila warga asing dituduh membunuh dan diserahkan kepada pemerintah China mereka akan dihukum gantung tanpa mendapat perbicaraan yang adil  :
Cth  ;  Kes Terranova -  Seorang warga Itali yang bekerja diatas kapal Amerika dituduh membunuh seorang wanita China telah diserahkan kepada pihak berkuasa China dan beliau dihukum cekik sampai mati walaupun pihak berkuasa Amerika di China mengetahui yang tertuduh tidak bersalah.  Kedaan ini bertentangan dengan perundangan barat kerana pada orang-orang barat setiap kesalahan perlu dibicarakan dengan adil sebelum menjatuhkan  hukuman


Penutup

Kehadiran kuasa barat telah membawa bersama sistem politik, ekonomi malah dapt dan perundangan. Sejajar dengan itu perundangan tempatan juga mengalami perubahan dan bersifat lebih kebaratan.

♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment