Wednesday 16 May 2012

Huraikan kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat Thailand dan Myanmar sebelum kedatangan barat.


SOALAN 7 : Huraikan kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat Thailand dan Myanmar sebelum kedatangan barat.                       
                  


Pendahuluan

  1. Agama bermaksud sistem kepercayaan dan amalan sesebuah masyarakat yang merupakan pancaran bentuk kerohanian, pegangan dan idea, sikap dan perlakuan terhadap kuasa ghaib supernatural, dewa-dewi, kuasa halus dan roh
  2. agama juga berkaitan upacara2 tertentu, pantang larang dll
  3. antara kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat di Thailand dan  Myanmar ialah animisme, Hindu, Buddha dan Islam

A.   Kepercayaan animisme

i.      animisme ialah kepercayaan bahawa setiap benda di sekeliling seperti pokok,batu, gunung dan sungai mempunyai semangat atau roh yang perlu dihormati dan dipuja
ii.     kepercayaan ini berkait rapat dengan unsur2 ghaib melalui kemunculan dewa-dewi yang menjaga alam semesta
iii.    masyarakat di Thailand dan Myanmar mempercayai semangat luar biasa yang boleh mengawal kehidupan manusia
iv.   di Thailand semangat ini dipanggil phi dan di Myanmar nat yang akan disembah melalui ramalan nujum2, demi mengelakkan kejadian buruk

B.   Agama Hindu

i.      Agama Hindu merupakan agama tertua di dunia, bermula di Negara India pada  zaman Veda (200 S.M – 1000 S.M), agama ini tiada pengasas.

ii.     terdapat empat veda yang penting iaitu Rig Veda,Atharva Veda,Yajur Veda dan Sama  Veda – menyatakan bagaimana upacara2 keagamaan  harus dilakukan

iii.    penganut berpegang kepada kitab Brahma Upanishad dan epik Ramayana serta  Mahabrata

iv.   penganut agama Hindu juga menpercayai  tiga dewa utama iaitu dikenali sebagai 
v.    trimurti iaitu Dewa Brahman (Dewa pencipta), Dewa Vishnu (Dewa Pelindung ) dan 
vi.   Dewa Siva (Dewa Pemusnah).

vii.  menekankan hukum karma dan kelahiran semula yang bergantung kepada perbuatan  yang dilakukan semasa hidup. Mereka juga berusaha mencapai Nirvana atau Mokhsa supaya tidak dilahirkan semula
     
  
C.   Agama Buddha

i.      diasaskan oleh Putera Sidartha Gautama di India yang telah meninggalkan istana untuk   mencari erti hidup yang sebenar.

ii.     Buddha melarang manusia melakukan kekejaman sesama manusia dan manusia yang    suci akan mencapai Nirvana

iii.    masyarakat di Thailand dan Myanmar mengamalkan agama Buddha mazhab Hinayana  yang lebih menekankan kehidupan secara bermasyarakat
 

D.   Agama Islam

i.      di Asia Tenggara ,Islam disebarkan oleh pendakwah dari Arab, China dan India
ii.     Ajaran Islam memberi penekanan kepada aspek akidah dan syariah
iii.    terdapat 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman
iv.   tumpuan pendakwah ke negara2 selatan Thai, selatan Filipina dan Kepulauan Melayu


Kesimpulan

1.    Agama dan kepercayaan menjadi satu aspek yang penting dalam memandu kehidupan  masyarakat dan mencorakkan pemerintahan negara

2.    Agama juga menjadi instrument penting dalam menyatukan rakyat sesebuah negara


♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment