Wednesday 16 May 2012

BINCANGKAN AMALAN SISTEM FEUDAL DI JEPUN DAN NEGARA ASIA YANG LAIN.


1.     BINCANGKAN AMALAN SISTEM FEUDAL DI JEPUN DAN NEGARA ASIA YANG LAIN.


         Sistem feudal boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan yang dijalankan oleh individu tertentu bukannya oleh kerajaan pusat. System feudal mempunyai kuasa militer dalam hal-kal yang berkaitan dengan tuan tanah yang merangkumi kuasa ekonomi,politik,ketenteraan disamping hal-hal yang berkaitan dengan hubungan diantara tuan tanah-vassal. Satu ciri yang jelas boleh dikesan ialh stuktur system feudal ini adalah sdalam bentuk pyramid. Raja menduduki tunggak kerajaan diikuti oleh pembantu raja yang selalunya terdiri daripada golongan diraja atau golongan bangsawan. Kedudukan yang terbawah sekali terdiri dari golongan rakyat atau petani,artisan dan saudagar. Namun begitu, system feudal di Jepun dikatakan amat berbeza dengan negara-negara lain. Hal ini kerana Jepun mengamalkan system feudal berpusat.

         Struktur feudalisme di Jepun ialah system feudal berpusat. Ini bermaksud kekuasaannya hanya tertumpu kepada satu pihak sahaja iaitu shogun yang berkuasa penuh dalam pemerintahan Jepun. Raja Jepun hanyalah sebagai boneka. Ini kerana daimyo iaitu pembesar hanya berurusan dengan shogun bukannya dengan raja. Daimyo dipertanggungjawabkan untuk membantu shogun. Daimyo ialah tuan-tuan tanah yang bertanggungjawab dalam menyumbangkan sebahagian hasil tanah kepada raja. Pemilikan tanah oleh pembesar iniakan mewujudkan system kawalan terhadap tanah dan akan membentuk pengawal-pengawal. Pengawal tanah tidak memerlukan bantuan kerajaan pusat kerana ia telah dibuat dalam daerah oleh golongan pembesar. Ekoran daripada keaadaan ini, maka wujudlah golongan tuan-tuan tanah yang bersatu mengawal tanah secara sukarela dan kemudiannya disatukan dengan cara paksaan oleh tuan tanah yang lebih kuat. Keadaan inilah yang akan mewujudkan system feudal berpusat yang diketuai oleh shogun. Pengawalan tanah juga bermakna mengawal para petani serta menggunakan kekuasaannya bagi mendapatkan sumber ekonomi bagi angkatan perang dan membiayai para pengikutnya terutama golongan petani. Ini bermakna semakin ramai pengikut , maka tuan-tuan tanah semakin kaya. Pengawalan terhadap tanah ini perlu juga mendapatkan pengesahan kerajaan pusat bagi kawasan tanah padi.

         Jika diteliti secara mendalam,struktur feudalisme di Jepun telah mewujudkan golongan pembesar yang mengetuai sesuatu daerah dan tanah-tanah dalam daerah kawalannya. Dengan ini mereka berhak mengutip cukai. Cukai-cukai yang dikutip merupakan sumber ekonomi bagi menyara para pengikut serta melengkapkan pasukan tentera yang kuat. Perolehan pengikut yang ramai mencerminkan pendapatan yang banyak serta membuktikan kekuatan para pembesar. Raja pula bergantung kepada memperoleh pendapatan hasil cukai. Pada kebiasaannya,para pembesar tidak mengisytiharkan jumlah pendapatan mereka yang sebenar. Hal ini menyebabkan pendapatan para pembesar melebihi pendapatan raja kerana tiada cara untuk mengaudit pendapatan cukai dikalangan pembesar. Kekayaan ini membolehkan pembesar mengumpul lebih ramai pengikut dan menguasai pembesar lain yang lemah serta mempengaruhi raja. Pengikut dalam daerah memberi taat setia kepada pembesar melebihi raja kerana mereka bergantung kepada pembesar untuk mendapatkan perlindungan , pekerjaan dan pendapatan. Pembesar pula memerlukan raja bagi mendapatkan pengesahan kekuasaan. Biasanya perlantikan pengganti pembesar ialah dengan cara warisan.

              System feudal juga merupakan amalan yang dilakukan sejak sekian lama di China. Sejak  Dinasti Shang lagi system feudal mempunyai bentuk yang nyata. System feudal di China  berbeza dengan system feudal di Jepun. Ini kerana system feudal di China terus tertumpu kepada raja berbanding dengan Jepun dimana pembesar lebih tertumpu kepada shogun tidak kepada raja. Mengikut system pemerintahan di China , Maharaja yang berjaya menguasai takhta pemerintahan akan membahagikan wilayan kekuasaannya dikalangan saudara-mara dan rakan-rakannya. Secara ringkas , system berkerajaan di China sehingga abad ke-19 terbahagi kepada dua bahagian iaitu kerajaan pusat dan wilayah. Kerajaan wilayah dianggotai oleh golongan pembesar. Golongan ini akan membahagikan tanah mereka dikalangan pengikut masing-masing. Selagi pemerintah wilayah itu menyumbang bahagian kewangan mereka kepada kerajaan pusat dan tidak melakukan sebarang penentangan selagi itulah mereka tidak akan diganggu dan membolehkan mereka bergerak bebas. Sebagai masyarakat yang menjadikan aktiviti pertanian sebagai aktiviti utama , maka tanah menjadi komiditi yang sangat penting. Pada zaman Chin dan Han , tuan-tuan tanah merupakan golongan pembesar yang menerima tanah sebagai hadiah daripada Maharaja hasilsumbangan ketenteraan mereka. Selain itu ,tanah yang menjadi milik mereka juga bebas daripada dikenakan cukai dan secara langsung menyebabkan mereka bebas memperluaskan pemilikan mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan Maharaja tidak memberi perhatian sewajarnya kepada pembesar wilayah. Dalam keadaan ini , pemilik-pemilik tanah menduduki hierarki  terpenting dalam pemerintahan di China serta muncul sebagai elemen yang mempengaruhi aspek social , ekonomi dan politik.

         Rahib Buddha turut terbabit dalam system feudal dan menjadi pemilik tanah yang sangat berkuasa. Mereka mempunyai keluasan tanah yang luas berbanding pemilk tanah lain. Selain itu ,sesetengah sarjana melihat bahawa system feudal di China bukanlah system feudal yang tulen. Menurut pandangan ini system feudal mencapai zaman terakhirnya pada zaman dinasti Ming dan Qing. Ini berlaku apabila kuasa kerajaan pusat dikuatkan dan peranan pembesar yang telah dihapuskan menggunakan kekerasan semata-mata untuk menguatkan kedudukan Maharaja.

         Masyarakat Vietnam pula , masih berpegang system tradisi. System pemerintahan dibawah kuasa Maharaja Gia Long berasaskan hierarki manderin. Negara dibahagikan kepada tiga wilayah dimana satu wilayah (Annam) dikuasai raja dan selebihnya (Tongking dan Cochin-China) ditadbir oleh pembesar (wizurai) , yang mempunyai kuasa yang sangat besar. Kemudian , wilayah-wilayah inipun dibahagikan kepada wilayah yang lebih kecil dan setiap satunya ditadbir oleh pembesar. Kurangnya perhatian oleh kerajaan pusat menyebabkan para pembesar mampu untuk menguatkan kedudukan masing-masing dan bertindak menguasai bahagian atau wilayah seolah –olah mereka raja sebenar. Walaupun raja seolah mempunyai kuasa mutlak , namun dalam keadaan sebenar pembesar maderin menjalankan system social dan pemerintahan di Vietnam. Hal ini berlaku kerana golongan manderin merupakan golongan kecil yang terpilih iaitu hanya mereka yang lulus peperiksaan perkhidmatan awam ajaran conficius sahaja akan dilantik menjadi pembesar. Keadaan ini menyebabkan mereka sangat berkuasa dan bertindak sebagai feudal lord.

         Maharaja Gia Long dan Minh Mang berusaha mengatasi amalan-amalan feudal. Penindasan terhadap rakyat yang dilakukan oleh pembesar telah dikenalpasti sebagai punca kelemahan Vietnam. Maharaja Gia Long bertindak menghapuskan pengeksploitasan tanah secara besar-besaran dan melarang pegawai kerajaan menerima cukai , manakala kuasa Maharaja keatas pemilikan harta dan tanah diperkuatkan.

         Negara Thai masih tetap sebuah negeri feudal yang berpegang kuat terhadap nilai-nilai tradisional masyarakat yang berdasarkan ajaran agama Buddha dan adat resam Thai sejak turun temurun. Susun lapis masyarakat kekal dengan system phrai-nai dan sakdina. Masyarakat feudal Thai terdiri dariapda institusi raja pada lapisan teratas dan dibawahnya ialah golongan bangsawan (khunnang atau cho) dan putera-putera yang dikenali sebagai nai atau tuan masyarakat. Dibawah nai ialah golongan orang kebanyakkan yang dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu phrai atau rakyat yang bebas dan that atupun hamba. Ketiga-tiga golongan ini merupakan batu asas rakyat masyarakat tradisional Thai. Walaubagaimanapun ,golongan sangha juga memainkan peranan yang penting dalam system feudal ini.

         Kesimpulannya , abad ke-19 dan 20 memperlihatkan satu perkembangan menarik dalam sejarah system feudal di Asia.sejak sekian lama ,ia telah melaksanakan dan menerima system feudal sebagai sebahagian daripada system social mereka. Peranan pembesar wilayah mempunyai pengaruh yang sangat besar meskipun kebanyakkan negara meletakkan raja atau maharaja sebagai yang tertinggi. Walaubagaimanapun ,kesan daripada perubahan-perubahan yang berlaku abad ke-19 dan ke-20 menyebabkan system feudal menerima tekanan yang cukup hebat.

♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment