Wednesday 16 May 2012

Bincangkan Dasar Buka Pintu di Negara China dan Jepun


soalan 9:   Bincangkan Dasar Buka Pintu di Negara China dan Jepun

Pengenalan :

1.    Negara China dan Jepun pada dasarnya mengamalkan dasar tutup pintu kerana mereka tidak mahu barat campurtangan dalam politik tempatan . Mereka juga tidak memerlukan hubungan diplomatik dengan negara lain malah menganggap yang Negara lain termasuk barat masih tidak bertamadun.

2.    Negara China dan Jepun terpaksa mengamalkan dasar pintu terbuka mulai pertengahan abad ke 19

Isi – isi penting

  1. Dasar Buka Pintu China
    1. Barat menggunakan kekerasan memasuki China
    2. Barat mamerlukan perdagangan seimbang dengan China
    3. Perjanjian Nanking 1842 membuka pintu China kepada Barat. Syarat-syarat  Perjanjian Nanking :
·         5 pelabuhan dibuka kepada barat ( Shanghai, Amoy, Canton, Foochow dan Ningpo ). 
·         Hong Kong diserahkan kepada British
·         Perdagangan Cohong dihapuskan
·         China dikehendaki bayar ganti rugi sebanyak 21 juta
·         Cukai 3% barangan import dan 5% untuk barangan eksport
·         Hubungan mesti berdasarkan persamaan taraf
·         China terpaksa menandatangani perjanjian dengan Negara barat lain dan semua  perjanjian merugikan pihak China.

  1. DasarBuka Pintu Jepun

    1. Perubahan dasar dalam kurun ke 19 apabila percubaan Amerika mengadakan  hubungan melalui Komodor Perry.     
    2. Amerika berminat mengadakan hubungan dengan Jepun kerana:
    3. kegiatan menangkap ikan paus dan anjingnlaut . anak-anak kapal yang berlindung dipantai Jepun kerana cuaca buruk atau kapal karam mendapat layanan buruk.
    4. Kapal-kapal  dagang Amerika – China memerlukan pelabuhan untuk mendapatkan bekalan arang batu dan baik pulih
    5. Shogun Tokugawa terpaksa mengadakan hubungan dengan Amerika kerana Amerika lebih kuat
    6. Perjanjian Kanagawa membawa kpd dasar buka pintu di Jepun . Antara syaratnya:
·         2 pelabuhan dibuka iaitu Shimoda dan Hokadate
·         Jepun memberi layanan yang baik kepada klasi-klasi amerika yang  
·         terdampar di Jepun
·         Amerika menempatkan seorang konsul di Shimoda
·         Perdagangan di semua pelabuhan yang dibuka
·         Amerika mendapah layanan hak wilayah asingan  di Jepun




Penutup

Walaupun China dan Jepun cuba mempertahankan dasar tutup pintunya dan tidak mahu berhubung dengan Negara luar tetapi dengan tindakan pihak barat yang menjalankan dasar paksaan telah berjaya mengubah dasar tersebut



♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment