Thursday 22 September 2011

Jelaskan persatuan-persatuan bercorak politik yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua.

TEMA 3
SOALAN 10

Jelaskan persatuan-persatuan bercorak politik yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua.


PENDAHULUAN

1.    Kesedaran untuk membentuk persatuan bermula pada akhir abad ke 19
2.    Tumpuan diberikan kepada aspek kebajikan, sosial ,pelajaran dan sukan kerana ketika itu minat kearah politik dan perjuangan kebangsaan masih belum wujud
3.    Kesedaran awal untuk membentuk persatuan yang bertujuan meningkatkan tahap sosial dan ekonomi rakyat tempatan timbul sekitar tahun 1927 – 1936.
4.    Terdapat beberapa persatuan bercorak politik yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua.

ISI-ISI

A.       Kesatuan Melayu Singapura ( KMS )

  • Ditubuhkan di Singapura pada tahun 1926 oleh Mohamad Eunos Abdullah bersama Tengku Abdul Kadir , Imam Haji Mohd Yusof dan Emboh Suloh.
  • Merupakan pertubuhan awal orang Melayu yang bercorak separa politik
  • Menjurus kearah nasionalisme walaupun perkembangan semangat kebangsaan ketika itu belum begitu mendalam dan kegiatannya berkisar di Singapura.
  • Memberi tumpuan untuk mewujudkan kerjasama dan perpaduan di kalangan orang Melayu serta membaiki kedudukan sosio-ekonomi mereka.
  • Matlamat penubuhan KMS
i.      menggalakkan penglibatan orang Melayu dalam bidang politik, pentadbiran dan urusan umum.
ii.     Memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam pelbagai bidang serta mewakili suara dan tuntutan mereka terhadap kerajaan.
iii.    Menggalakkan orang Melayu yang berpendidikan tinggi membantu kerajaan untuk memberi pelajaran kepada anak-anak Melayu.
  • Sebuah pertubuhan bersifat sederhana  - memberi kerjasama kepada British
  • Satu hasil perjuangan KMS ialah berjaya memperolehi tanah seluas 620 ekar pada 1928 daripada kerajaan British untuk menubuhkan sebuah petempatan khas bagi orang Melayu di Singapura – dikenali sebagai Kg Melayu.
  • Memberi ilham kepada pemimpin Melayu negeri lain untuk menggunakan persatuan sebagai alat untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu.
  • Mendorong kepada penubuhan beberapa buah cawangan di Tanah Melayu.


B.        Pertumbuhan Persatuan-persatuan Negeri

·         Penubuhan kesatuan  sebagai cara untuk menjaga dan memajukan kepentingan orang Melayu semakin diberi perhatian.
·         September 1937 pemimpin-pemimpin KMS mengadakan perjumpaan di Melaka – membawa kepada penubuhan cawangan KMS di negeri itu, diikuti cawangan KMS di Pulau Pinang.
·         Perkembangan ini membawa kepada kemunculan beberapa buah persatuan Melayu di Perak, Pahang , Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan.
·         Penubuhan di peringkat negeri bertujuan membaiki kedudukan orang Melayu dari segi ekonomi dan sosial.
·         Pemimpin persatuan terdiri daripada golongan istana dan elit
·         Persatuan Melayu Negeri yang diterahui oleh golongan istana cenderung untuk menyokong pemerintahan British.
·         Kesatuan Melayu yang bercorak politik masih bersifat kenegerian kerana wujudnya perasaan cemburu dan semangat kenegerian yang tebal.
·         1930 Majalah Pengasuh mencadangkan supaya ditubuhkan persatuan bersifat kebangsaan yang dinamakan Persatuan Melayu Semenanjung – tiada sambutan.
·         Akhbar Saudara memperuntukan satu ruangan iaitu Sahabat Pena untuk membolehkan penulis baru dari pelbagai negeri berinteraksi dan menghasilkan karya.
·         April 1934 PASPAM diasaskan oleh akhbar Saudara untuk memajukan minat orang Melayu dalam semua lapangan kehidupan – menjadi sebuah pertubuhan yang berjaya melangkaui sempanan negeri dan bergiat di peringkat kebangsaan.

C.       Kesatuan Melayu Muda  ( KMM )
     
·        Perjuangan bercorak politik di Tanah Melayu mulai ketara akhir 1930an
·        Ogos 1938 golongan nasionalis berpendidikan Melayu dipengaruhi oleh gerakan nasionalis Indonesia menubuhkan parti politik yang dikenali sebagai KMM di Kuala Lumpur  -  diketuai oleh Ibrahim Haji Yaacob
·        Antara pemimpin utama ialah Onan Haji Siraj, Ahmad Boestaman, Ishak Haji Muhammad dll
·        Merupakan pertubuhan politik bersifat radikal pertama di Tanah Melayu – menganuti Fahaman aliran kiri dan enggan bekerjasama dengan kerajaan British.     
·        Tujuan penubuhan KMM
i.      mengabungkan semua orang Melayu tanpa mengira negeri asal untuk mempertahankan, melindungi dan memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu.
ii.     Menghindarkan orang Melayu dari ditindas oleh kaum lain
iii.    Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, seterusnya bergabung dengan Indonesia untuk mewujudkan Indonesia Raya.
  • Menggunakan akhbar Warta Malaya dan Majlis untuk menyalurkan pandangan dan    Menyebarkan dasar perjuangan.     
  • Menubuhkan beberapa cawangan di seluruh Tanah Melayu dengan dipelopori oleh Pelajar MPSI.     
  • Tidak berjaya menarik banyak sokongan dari kalangan golongan bawahan dan birokrat  Melayu berpendidikan Inggeris.

KESIMPULAN
  • Penubuhan persatuan-persatuan bercorak politik sebelum Perang Dunia Kedua telah berjaya membangkitkan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu.
  • Selepas Perang Dunia Kedua lebih banyak persatuan dan kelab ditubuhkan – pertubuhan didorong oleh perubahan cara hidup.

♥ Thank for reading ♥

No comments:

Post a Comment