Wednesday, 16 May 2012

Huraikan sistem ekonomi tradisional di Asia Tenggara sebelum campur tangan kuasa barat.


SOALAN 3 : Huraikan sistem ekonomi tradisional di Asia Tenggara sebelum  campur  tangan kuasa barat.
                      Tema 1

Pendahuluan

1.    Sebelum kedatangan kuasa barat, ekonomi di Asia Tenggara agak mundur.

2.    Walaupun begitu sudah ada sistem ekonomi tersendiri yang bercorak sara diri.

3.    Bentuk hubungan antara golongan pemerintah dan golongan diperintah mencorakkan sistem ekonomi tempatan di mana  kedua-duanya saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Isi-isi

1.      bentuk ekonomi utama dan terpenting dikenali sebagai ekonomi peasant yang bersifat sara diri

2.      penduduk di kawasan rendah atau berhampiran sungai mengusahakan padi sawah 
3.      contoh di Delta Irrawaddy di Myanmar, Delta Sg. Mekong di Vietnam dan Delta     Menam Chao Phraya di Thailand

4.      masyarakat di dataran tinggi di kawasan pedalaman Asia Tenggara menanam padi   bukit atau padi huma.

5.      tanaman lain seperti jagung, ubi, gandum, ubi, gandum,sekoi,barli, buah2an dsb

6.      penduduk di sepanjang pantai dan sungai  memberi tumpuan kepada penangkapan  ikan,jika hasil tangkapan ada lebihan ia akan diproses menjadi ikan kering,keropok dll  dan ditukarkan dengan barangan keperluan lain


7.      terdapat juga masyarakat peasant yang mempunyai kemahiran dalam pertukangan kayu  dan logam

8.      kaum wanita mahir dalam kerja menenun dan menganyam

9.      ekonomi sara diri juga termasuk penternakan , memburu binatang dan mengutip hasil  hutan

10.   gajah diburu untuk mengangkut hasil hutan seperti balak



11.   unsur kedua terpenting ialah perdagangan tetapi secara kecil2an dalam dua bentuk iaitu
i.      dalaman – dijalankan sesama penduduk tempatan dengan cara menukar  barang keperluan hasil tanaman

ii.     luaran     - rangkaian perdagangan dengan pihak luar dan tertumpu kepada barangan seperti rempah ratus, barangan antik, tembikar, damar, rotan dll
                        
13.  negara2 Asia Tenggara menjalankan perdagangan dengan China, Arab, Gujerat dan India kerana kedudukan yang strategik di tengah jalan perdagangan timur dan barat

14.  terdapat juga ekonomi kerajaan di mana raja atau kerajaan memperoleh pendapatan  melalui pelbagai bentuk cukai seperti cukai perjalanan di sepanjang jalan darat dan air

15.  cukai dibayar kepada penbesar jajahan atau pegawai2 birokrasi

16.  bayaran gantian kepada perkhidmatan buruh wajib dikenakan kepada penduduk  pedalaman dalam bentuk hasil keluaran seperti cukai bendang, buah2an dan sayur2an

17.  barat memperkenalkan sistem ekonomi laissez-faire yang mewujudkan sistem ekonomi  dual

18.  berlaku jurang perbezaan akibat penggunaan mata wang

19.  ekonomi tradisi hampir2 lenyap di kawasan ekonomi imperialis barat seperti Pulau  Jawa.
  


Kesimpulan

1.    Tidak dinafikan kemasukan kuasa Eropah ke Asia Tenggara membawa implikasi negative terhadap sistem ekonomi tradisi.

2.    Tetapi kemasukan kuasa Eropah , pengaliaran modal yang banyak, perpindahan teknologi dan sistem perhubungan telah dapat memajukan negara2 di  Asia Tenggara dari segi pembangunan ekonomi dan social.







♥ Thank for reading ♥

Bincangkan peranan Hukum Adat dalam masyarakat tradisional di China dan India sebelum kedatangan kuasa2 barat.


SOALAN 2 : Bincangkan peranan Hukum Adat dalam masyarakat tradisional di  China  dan India sebelum kedatangan kuasa2 barat.
                      
 Tema 1

Pendahuluan

1.    Undang2 awal yang dilaksanakan di kebanyakan negara2 Asia adalah dalam bentuk undang2 lisan yang lebih dikenali sebagai Hukum Adat.

2.    Hukum Adat dikaitkan dengan segala bentuk adat resam yang menjadi amalan secara turun temurun hingga menjadi peraturan atau hukum yang harus dipatuhi.

3.    Hukum Adat meliputi segala aspek seperti perlakuan, upacara, tatacara kehidupan dan larangan2 tertentu.

A.   CHINA

1.    sistem perundangan China jauh berbeza daripada negara2 lain

2.    peraturan tradisional negara China memperlihatkan kesukaran bagi pesalah untuk  
3.    membebaskan diri daripada setiap tuduhan yang dikenakan                                         
4.    undang2 China berasaskan prinsip  tanggungjawab berkumpulan yang bertentangan dengan undang2 moden yang menekankan tanggungjawab individu

5.    undang2 China juga berdasarkan prinsip kesalahan kekal di mana seseorang individu  yang dituduh melakukan kesalahan akan dianggap sebagai bersalah sehinggalah dia  dapat membuktikan kebenarannya

6.    hukum adat Negara China menekankan konsep membalas dendam di mana nyawa  seharusnya dibalas dengan nyawa

7.    adat tradisi masyarakat China melarang rakyat melihat muka maharaja China yang dianggap suci dan mulia dan rakyat dikehendaki melakukan amalan kowtow

8.    masyarakat China sangat percaya kepada tilikan nasib

9.    juga berpegang kuat kepada adat Feng Shui seperti untuk mencari tapak dan kedudukan    rumah ,kubur dan bangunan

10.  mengikut amalan tradisi, kaki anak gadis akan dibebat antara 4 hingga 8 tahun untuk Tujuan kecantikan dan mengawasi pergerakan anak gadis

11.  berdasarkan ajaran Confucius, pemujaan roh nenek moyang diamalkan untuk memberi Penghormatan

B.   INDIA

1.    di India ,pelaksanaan Hukum Adat adalah berkaitan dengan pengaruh agama Hindu yang begitu kuat dan menjadi pegangan utama masyarakatnya
2.    melalui amalan sistem kasta ,adat suttee, thugee dan pembunuhan bayi perempuan
3.    sistem kasta (vama),membahagikan masyarakat kepada golongan tertentu bertujuan menjaga keturunan yang dianggap mulia dan dihormati
4.    kelas masyarakat iaitu  
i.      kysatria (perwira,aristocrat)
ii.     Brahmin (sami)
iii.    vaisya (pedagang)
iv.   sudra (rakyat biasa)
5.    Amalan suttee merupakan pengorbanan diri oleh balu2 Hindu dengan membakar diri sendiri bersama mayat suami semasa upacara pengkebumian berlamgsung sebagai bukti kesetiaan si isteri
6.    Amalan thuggee merupakan aktiviti rompakan dan pembunuhan jalanan yang menjadi amalan tradisi kumpulan2 agama bersenjata
7.    Amalan membunuh bayi perempuan merupakan hukum adapt yang menjadi amalan tradisi untuk elakkan ibubapa menanggung penderitaan seperti pemberian dowri

Kesimpulan

1.    Hukum Adat yang diamalkan oleh masyarakat di Asia mengalami pengubahsuaian dengan nilai2 moden pada abad ke-19 hasil kedatangan kuasa2 barat

2.    Peraturan yang dianggap tidak adil dan di luar prinsip kemanusiaan telah dimansuhkan

3.    Tidak dinafikan masih terdapat banyak lagi hukum adapt yang terus kekal dijadikan amalan hingga ke hari ini dan menjadi sebahagian daripada amalan budaya masyarakat.


♥ Thank for reading ♥

Terangkan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan beraja di Negara China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa barat


SOALAN 1: Terangkan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan beraja di  Negara  China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa barat

  Tema 1
Pendahuluan

1.    Sistem beraja merupakan satu bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kebanyakan negara di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia timur.

2.    Sistem ini berasaskan campuran sistem tempatan dengan pengaruh agama Buddha dan Confucius di China dan Shinto di Jepun.

3.    Maharaja di China dan Jepun memainkan peranan penting dalam kerajaan sehinggalah pemantapan kuasa barat.

Isi-isi

A.   CHINA

1.    gelaran maharaja mula diguna pakai semasa pemerintahan maharaja Shih Huang Ti (221 – 210 S.M) dari Dinasti Chin

2.    maharaja menduduki tonggak kerajaan dan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di   peringkat pusat

3.    maharaja memberikan kuasa autonomi kepada pentadbir awam dan gabenor di peringkat wilayah

4.    tradisi masyarkat China menganggap maharaja sebagai Son of  Heavan iaitu maharaja dikatakan  mendapat mandate dari syurga untuk memerintah dunia

5.    maharaja mempunyai kedudukan yang paling tinggi dan berpengaruh di dunia dan    -   bertanggungjawab penuh ke atas keamanan dan kemakmuran rakyat dan Negara

6.    sebarang bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh maharaja akan menyebabkan baginda kehilangan mandat dari syurga dan dan Negara akan mengalami kemusnahan dan bala bencana


7.    sebagai balasan ,wujud kebangkitan menentang sistem pemerintahan maharaja seperti dalam  Dinasti Manchu pada akhir abad ke 19

B.   JEPUN

1.    sistem pemerintahan maharaja agak berbeza dibandingkan dengan negara

2.    maharaja di Jepun tidak mempunyai kuasa khususnya selepas tahun 1192M

3.    kekuasaan sebenar dalam pemerintahan terletak di tangan golongan bangsawan yang dikenali sebagai daimyo
 
i.      bagi mengukuhkan kuasa, daimyo akan membentuk satu pasukan tentera yang    kuat di bawah pimpinan golongan samurai     
ii.     dengan ini daimyo mampu meluaskan pengaruh dengan menguasai wilayah2 lain di  samping mengekalkan kedudukan sebagai pemerintah mutlak
iii.    pada masa pemerintahan Shogun Tokugawa tahun 1603 beliau menerajui pemerintahan dengan kuasa penuh
iv.   golongan Shogun merupakan pentadbir daerah yang menduduki kelas kedua selepas maharaja
v.    maharaja hanya menjadi boneka di istana
vi.   pemerintahan sebenar dilakukan oleh Shogun Tokugawa yang dianggap sebagai maharaja Jepun
vii.  setelah maharaja Meiji menaiki takhta pada tahun 1868 menggantikan Keshogunan Tokugawa, negara Jepun mengalami satu proses peralihan dari zaman tradisional kepada era pemodenan
viii. Meiji memperkenalkan pemerintahan pusat dengan menghapuskan sistem feudal yang dikuasai oleh daimya dan samurai

Kesimpulan

1.    di Negara China , sistem beraja tamat apabila tercetusnya Revolusi China tahun 1911

2.    kejatuhan Dinasti Manchu Februari 1912 menjadi simbol kehancuran pemerintahan bercorak dinasti di China yang kemudiannya diganti dengan sistem republik

3.    di Jepun pula kerajaan berparlimen diperkenalkan bagi menaikkan imej negara Jepun Setanding dengan negara barat
4.    maharaja Meiji memerintah sebagai raja berperlembagaan.


♥ Thank for reading ♥

BINCANGKAN PERANAN PEMBESAR DALAM SISTEM PEMERINTAHAN TRADISIONAL MASYARAKAT ASIA.


1.     BINCANGKAN PERANAN PEMBESAR DALAM SISTEM PEMERINTAHAN TRADISIONAL MASYARAKAT ASIA.

     Institusi pemerintahan di rantau Asia Tenggara,Asia Selatan dan Asia Timur bukan sekadar mengandungai raja atau maharaja yang berada di kemuncak hierarki sahaja,malah institusi ini turut di sokong oleh institusi pembesar.Secara umum,pembesar bermakna pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugas-tugas dalam bidang kuasa yang telah diberikan kepadanya.Realitinya,kelompok pembesar inilah yang melaksanakan segala tugas pemerintahan .Menurut kamus Dewan pula,pembesar bermakna orang yang berpangkat tinggi.Oleh itu,dalam system pemerintahan beraja ini,kedudukan pembesar itu sangat penting dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja.

                   Dalam sesebuah kerajaan pembesar secara umumnya terbahagi kepada beberapa peringkat serta bahagian dan mempunyai tugas tertentu.Ini bermakna satu bentuk pengkhususan tugas secara tersusun telah dibuat berdasarkan jabatan yang dipegangnya.Tanggungjawab melaksanakan tugas tersebut akan memastikan jawatannya akan dikekalkan.Jika pembesar gagal melaksanakan tugasnya,raja mempunyai kuasa untuk melucutnya dan digantikan dengan pembesar yang lain.Dalam masa yang sama pembesar juga dibahagikan mengikut kelas-kelas tertentu.Misalnya,pembesar kanan bertanggungjawab menasihati dan membantu raja membuat keputusan .Gelaran yang khusus terhadap pembesar kanan seperti Wazir,Perdana Menteri dan sebagainya.Pembesar pusat pula,bermakna mereka yang menjalankan tanggungjawabnya di ibu kota kerajaan dan istana.Mereka dipertanggungjawabkan mengetuai sesuatu jabatan seperti jabatan peperangan ,kehakiman ,percukaian dan sebagainya.Manakala,bagi pembesar wilayah dan daerah pula akan mentadbir wilayah atau daerah tertentu dan mempunyai kuasa tertentu.Pembesar ini mempunyai kuasa penuh kepada raja di pusat.
     Dalam pada itu, golongan pembesar hanya mempunyai kuasa yang terhad mengikut tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dan mempunyai kadar kebergantungan yang tinggi kepada sokongan raja.Jika sokongan ini berkurangan secara langsung kedudukan seorang pembesar akan terjejas.Selain itu,kelompok pembesar ini turut mempunyai tanggungjawab yang besar kepada para pengikutmereka.Keperluan pengikut memainkan peranan penting dalam membantu pembesar melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh raja mereka.Ini bermakna seorang pembesar bukan sahaja bertanggungjawab terus kepada raja tetapi juga kepada pengikutnya.Ramainya bilangan pengikut seseorang pembesar bukan sekadar melambangkan kedudukan serta status malah turut melambangkan kekayaan serta kejayaan mengeksploitasi ekonomi.Ikatan ekonomi serta kekayaan inilah yang menjadi dasar penting dalam melihat hubungan antara pembesar dan pengikutnya.
        Dalam lingkungan pembesar yang mempunyai pelbagai tahap dan kedudukan ,terdapat pembesar yang secara khusus terbabit dalam hal ehwal pertahanan dan ketenteraan Mereka menjadi tunjang penting dalam mempertahankan sesebuah kerajaan dan memperluaskan kuasa dan sebagainya.Kalangan pembesar ini mempunyai kepakaran dalam seni peperangan dan persenjataan .Misalnya,golongan samurai di jepunyang mempunyai kebolehan dalam seni pedang iaitu,kendo dan ken-jutsu atau seni panah.
Mereka juga terserap dalam system pembesar dalam system pemerintahan beraja ini.Di Asia Timur terutama Jepun ,kewujudan pembesar ini sangat jelas dan dikenali sebagai hulubalang seperti Shogun dan samurai.Golongan pembesar ini bukan sahaja memainkan peranan penting sewaktu peperangan ,malah menjadi pengimbang penting kedudukan kerajaan.Oleh kerana  golongan ini mempunyai kebolehan dalam peperangan maka hal ini sangat penting dalam usaha maharaja mengekalkan kedudukan dan kuasanya.Tanpa sokongan golongan ini,pastilah sesuatu kerajaan dan dinasti tidak akn bertahan lama.Sejarah China sejak berabad-abad yang lalu membuktikan kebenaran ini.Apabila sesuatu kerajaan menerima tentangan daripada kalangan hulubalang atau pembesar ,maka sebuah dinasti baruakan muncul .Secara langsung,kalangan pembesar turut menjadi penentu senario serta perkembangan politik dalam  sejarah di Jepun dan China.
  Dalam konteks yang lebih luas ,hulubalang ini dipertanggungjawabkan mengawal diri raja sebagaimana peranan pengawal peribadi.Golongan ini berada di kelas dan kedudukan yang tinggi dan istimewa.Dengan menduduki kelas yang tersendiri ,golongan ini muncul sebagai golongan yang dihormati dan dianggap pemimpin masyarakat..Golongan ini turut dilantik sebagai pembesar daerah seperti Teungku Raja Pakeh.Selain itu,golongan ini mempunyai peranan yang cukup meluas .Mereka bertindak sebagai pengawal raja ,pengawal ibu kota serta bertanggungjawab memimpin peperangan .Malah perkembangan abad ke-19 dan awal abad ke-20 turut menyaksikan beberapa peranan hulubalang begitu penting dalam menyatukan masyarakat aceh yang sedang menghadapi tentangan Belanda.Dalam hal ini,Anthony Reid menjelaskan bahawa hulubalang merupakan warleader .Malah antara 1830an –1870an,gabungan hulubalang seramai 12 orang bagi mempertahankan aceh daripada serangan belanda telah dibentuk .Oleh itu,perluasan kuasa belanda ke aceh khususnya menyaksikan pembabitan golongan hulubalang sebagai pemimpin masyarakat.
  Sejak zaman berzaman ,ketiga-tiga rantau ini,telah sedia mempunyai satu sistem pembesar yg lengkap dan tersusun.Para pembesar ini berperanan sbg pembantu dan pelaksana arahan .Kewujudan sistem pembesar bukan sahaja sekadar menjadikan sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional berjalan lancar malah memperlihatkan satu keupayaan yang tinggi utk memerintah.Satu pengkhususan tugas sebagaiman yg diperlihatkan oleh kewujudan pembesar membuktikan keadaan tersebut.
     Kewujudan satu sistem pentadbiran yg lengkap ini dapat dibuktikan dalam semua kerajaan Asia. Di Burma ,kelompok pembesar bertanggungjawab memastikan pemerintahan kerajaan berjalan dengan baik.Golongan ini menjadi tiang penyokong kerajaan yg penting.Antaranya termasuklah Raja Muda,Wungyi,atau Ketua Menteri,Wundauk atau Menteri Muda, Atinwun atau Pegawai Istana dan para pembesar yg lain.Wungyi dianggap mempunyai taraf yg tertinggi dan dikatakan sbg menjalankan kuasa raja.Wundauk pula,Menteri Muda dan bertanggungjawab membantu wungyi .Atinwun mempunyai darjah yg lebih rendah drpd wauduk ttp lebih berkuasa krn bertugas di istana dan mempunyai hubungan yg rapat dgn raja .Mereka btgjwb mengawal dan mengendalikan petugas istana.Mereka myai ruang yg besar utk mempengaruhi dasar dan perintah raja krn ia myai kedudukan yg hampir dgn raja.
   System pembesar di burma adalah tersusun dan bukan sekadar myai pembesar pusat sahaja ttp myai pembesar daerah yg berpusat di pusat –pusat daerah.Ketua daerah myai kewibawaan tersendiri yg bergantung kpd kedudukan sosialnya serta hubungannya dgn raja dan pembesar pusat.Gabenor atau myowun btgjwb thdp system ptdbrn daerah .Di Burma, pembesar yg memegang jawatan yg rendah ialah ketua kampung ( Ywa Thugyi ) yg bertanggungjawab utk memungut cukai dan mjlnkn ptdbrn undang-undang.
     Di Vietnam pula,sewaktu pemerintahan dinasti nguyen satu btk pemerintahan yg sistematik tlh disusun .Maharaja yg bertindak sbg ketua kerajaan akan dibantu oleh 6 kementerian(Quan) iaitu hal ehwal awam, kerja raya,kewangan ,upacara,kehakiman dan peperangan .Quan yg penting ialah Quan Awam yg myai taraf yg tinggi berbanding yg lain.Ketua quan terdiri drpd kalangan yg menerima pddkn confuciusdan turut btndk sbg pembesar yg menduduki kddkn istimewa  .Sebuah majlis tertinggi (noi-cac) yg dipengerusikan oleh maharaja serta 6 orang menteri kanan .Majlis ini bukan hanya btgjwb mberik pandangan kpd maharaja malah mjadi medan menyelesaikan perkara yg tidak dpt diselesaikan di peringkat kementerian .Pra pbsr di peringkat daerah btgjwb utk mengutip cukai,mjlnkn upacara keagamaan serta adat istiadat ,mengambil dan melatih tenteradan soal kehakiman.Bagi pbsr yg paling rendah ialah pbsr di kg.Dalam soal ini,selagi wujud ketenteraman dan penguatkuasaan udg di kg. Kerajaan pusat tetap mberik kebebasan kpd pbsr utk melaksanakan ptdbrnya.      Selain itu, di Siam klgn pbsr turut mbtk satu bahagian penting dlm keseluruhan sis.pemerintahan.Negara siam dibahagikan kpd siam utara yg terdiri dari golongan awam  dan siam selatan terdiri gol.tentera.Biasanya,klgn pbsr ini terdiri klgn bangsawan yg digelar khunnang serta anak-anak raja.Pbsr ini dibahagikan kpd krom atau jbtn termasuklah jbtn hal ehwal ,ptdbrn awam ,pthnn,kwgn dan hubungan luar yg diketuai oleh pembesar kanan .Selain itu, ptdbrn pbsr di siam juga dibahagikan kpd pbsr pusat dan daerah .Ia bertujuan utk melicinkan ptdbrn krjn dan menguasai sumber tenga manusia .Siam myai 4wilayah yg berbeza bdsrkn kedudukan kpd kddkn dan kepentingan wilayah itu.Keempat-empat wilayah ini diperintah oleh raja ttp perlaksanaannya dilakukan oleh pembesar.
                   Di Asia Timur,terutama China dan Jepun terdiri drpd klgn satria dan asas-asas ketenteraan yg myai tempat teratas.Misalnya, di jepun kuasa raja terbatas sebaliknya gol.shogun btgjwb ke atas pemerintahan dan secara langsung berwatakkan ketenteraan.Selain shogun,gol daimyo atau bangsawan yag myai tanah yg memerintah di atas tanah milik mrk sbg pbsr feudal.Kedudukan mrk di sokong oleh gol samurai dan karoiaitu org suruhan yg mtdbr tanah.Dalam ptdbrn jepun ,shogun dan samurai myai ikatan yg kuat dan berjaya mendominasikan krjn jepun.Selepas pemulihan meiji ,gol ini menerima kesan yg cukup besar .Jawatan shogun dihapuskan sementara gol.samurai diserapkan dalam sis. Pmrthn krjn bukan sbg samurai sebaliknya,pegawai krjn yg terbabit dlm perusahaan.        Sistem pemerintahan china turut memaparkan kepentingan pbsr yg dilantik berasaskan pendidikan Confucius berbanding mrk yang myai latar belakang ketenteraan.Klgn tentera ini juga dilantik sbg pbsr wilayah dalam usaha memastikan wilayah berada keadaan aman dan tenteram serta mematuhi arahan krjn pusat,namun pbsr wilayah dibenarkan utk mengubah dasar tersebut dgn kebenaran adat istiadat dan keadaan setempat .Oleh itu,peranan pbsr di china ini amat penting sbg teras kekuatan kerajaan .
       Secara kesimpulannya,jelaslah di sini bahawa peranan pembesar dalam system pemerintahan tradisional masyarakat asia di mana kebanyakkannya sesuai dijalankan bagi mempertahankan kerajaan masing-masing dan untuk kepentingan rakyat.   


♥ Thank for reading ♥

BINCANGKAN AMALAN SISTEM FEUDAL DI JEPUN DAN NEGARA ASIA YANG LAIN.


1.     BINCANGKAN AMALAN SISTEM FEUDAL DI JEPUN DAN NEGARA ASIA YANG LAIN.


         Sistem feudal boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan yang dijalankan oleh individu tertentu bukannya oleh kerajaan pusat. System feudal mempunyai kuasa militer dalam hal-kal yang berkaitan dengan tuan tanah yang merangkumi kuasa ekonomi,politik,ketenteraan disamping hal-hal yang berkaitan dengan hubungan diantara tuan tanah-vassal. Satu ciri yang jelas boleh dikesan ialh stuktur system feudal ini adalah sdalam bentuk pyramid. Raja menduduki tunggak kerajaan diikuti oleh pembantu raja yang selalunya terdiri daripada golongan diraja atau golongan bangsawan. Kedudukan yang terbawah sekali terdiri dari golongan rakyat atau petani,artisan dan saudagar. Namun begitu, system feudal di Jepun dikatakan amat berbeza dengan negara-negara lain. Hal ini kerana Jepun mengamalkan system feudal berpusat.

         Struktur feudalisme di Jepun ialah system feudal berpusat. Ini bermaksud kekuasaannya hanya tertumpu kepada satu pihak sahaja iaitu shogun yang berkuasa penuh dalam pemerintahan Jepun. Raja Jepun hanyalah sebagai boneka. Ini kerana daimyo iaitu pembesar hanya berurusan dengan shogun bukannya dengan raja. Daimyo dipertanggungjawabkan untuk membantu shogun. Daimyo ialah tuan-tuan tanah yang bertanggungjawab dalam menyumbangkan sebahagian hasil tanah kepada raja. Pemilikan tanah oleh pembesar iniakan mewujudkan system kawalan terhadap tanah dan akan membentuk pengawal-pengawal. Pengawal tanah tidak memerlukan bantuan kerajaan pusat kerana ia telah dibuat dalam daerah oleh golongan pembesar. Ekoran daripada keaadaan ini, maka wujudlah golongan tuan-tuan tanah yang bersatu mengawal tanah secara sukarela dan kemudiannya disatukan dengan cara paksaan oleh tuan tanah yang lebih kuat. Keadaan inilah yang akan mewujudkan system feudal berpusat yang diketuai oleh shogun. Pengawalan tanah juga bermakna mengawal para petani serta menggunakan kekuasaannya bagi mendapatkan sumber ekonomi bagi angkatan perang dan membiayai para pengikutnya terutama golongan petani. Ini bermakna semakin ramai pengikut , maka tuan-tuan tanah semakin kaya. Pengawalan terhadap tanah ini perlu juga mendapatkan pengesahan kerajaan pusat bagi kawasan tanah padi.

         Jika diteliti secara mendalam,struktur feudalisme di Jepun telah mewujudkan golongan pembesar yang mengetuai sesuatu daerah dan tanah-tanah dalam daerah kawalannya. Dengan ini mereka berhak mengutip cukai. Cukai-cukai yang dikutip merupakan sumber ekonomi bagi menyara para pengikut serta melengkapkan pasukan tentera yang kuat. Perolehan pengikut yang ramai mencerminkan pendapatan yang banyak serta membuktikan kekuatan para pembesar. Raja pula bergantung kepada memperoleh pendapatan hasil cukai. Pada kebiasaannya,para pembesar tidak mengisytiharkan jumlah pendapatan mereka yang sebenar. Hal ini menyebabkan pendapatan para pembesar melebihi pendapatan raja kerana tiada cara untuk mengaudit pendapatan cukai dikalangan pembesar. Kekayaan ini membolehkan pembesar mengumpul lebih ramai pengikut dan menguasai pembesar lain yang lemah serta mempengaruhi raja. Pengikut dalam daerah memberi taat setia kepada pembesar melebihi raja kerana mereka bergantung kepada pembesar untuk mendapatkan perlindungan , pekerjaan dan pendapatan. Pembesar pula memerlukan raja bagi mendapatkan pengesahan kekuasaan. Biasanya perlantikan pengganti pembesar ialah dengan cara warisan.

              System feudal juga merupakan amalan yang dilakukan sejak sekian lama di China. Sejak  Dinasti Shang lagi system feudal mempunyai bentuk yang nyata. System feudal di China  berbeza dengan system feudal di Jepun. Ini kerana system feudal di China terus tertumpu kepada raja berbanding dengan Jepun dimana pembesar lebih tertumpu kepada shogun tidak kepada raja. Mengikut system pemerintahan di China , Maharaja yang berjaya menguasai takhta pemerintahan akan membahagikan wilayan kekuasaannya dikalangan saudara-mara dan rakan-rakannya. Secara ringkas , system berkerajaan di China sehingga abad ke-19 terbahagi kepada dua bahagian iaitu kerajaan pusat dan wilayah. Kerajaan wilayah dianggotai oleh golongan pembesar. Golongan ini akan membahagikan tanah mereka dikalangan pengikut masing-masing. Selagi pemerintah wilayah itu menyumbang bahagian kewangan mereka kepada kerajaan pusat dan tidak melakukan sebarang penentangan selagi itulah mereka tidak akan diganggu dan membolehkan mereka bergerak bebas. Sebagai masyarakat yang menjadikan aktiviti pertanian sebagai aktiviti utama , maka tanah menjadi komiditi yang sangat penting. Pada zaman Chin dan Han , tuan-tuan tanah merupakan golongan pembesar yang menerima tanah sebagai hadiah daripada Maharaja hasilsumbangan ketenteraan mereka. Selain itu ,tanah yang menjadi milik mereka juga bebas daripada dikenakan cukai dan secara langsung menyebabkan mereka bebas memperluaskan pemilikan mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan Maharaja tidak memberi perhatian sewajarnya kepada pembesar wilayah. Dalam keadaan ini , pemilik-pemilik tanah menduduki hierarki  terpenting dalam pemerintahan di China serta muncul sebagai elemen yang mempengaruhi aspek social , ekonomi dan politik.

         Rahib Buddha turut terbabit dalam system feudal dan menjadi pemilik tanah yang sangat berkuasa. Mereka mempunyai keluasan tanah yang luas berbanding pemilk tanah lain. Selain itu ,sesetengah sarjana melihat bahawa system feudal di China bukanlah system feudal yang tulen. Menurut pandangan ini system feudal mencapai zaman terakhirnya pada zaman dinasti Ming dan Qing. Ini berlaku apabila kuasa kerajaan pusat dikuatkan dan peranan pembesar yang telah dihapuskan menggunakan kekerasan semata-mata untuk menguatkan kedudukan Maharaja.

         Masyarakat Vietnam pula , masih berpegang system tradisi. System pemerintahan dibawah kuasa Maharaja Gia Long berasaskan hierarki manderin. Negara dibahagikan kepada tiga wilayah dimana satu wilayah (Annam) dikuasai raja dan selebihnya (Tongking dan Cochin-China) ditadbir oleh pembesar (wizurai) , yang mempunyai kuasa yang sangat besar. Kemudian , wilayah-wilayah inipun dibahagikan kepada wilayah yang lebih kecil dan setiap satunya ditadbir oleh pembesar. Kurangnya perhatian oleh kerajaan pusat menyebabkan para pembesar mampu untuk menguatkan kedudukan masing-masing dan bertindak menguasai bahagian atau wilayah seolah –olah mereka raja sebenar. Walaupun raja seolah mempunyai kuasa mutlak , namun dalam keadaan sebenar pembesar maderin menjalankan system social dan pemerintahan di Vietnam. Hal ini berlaku kerana golongan manderin merupakan golongan kecil yang terpilih iaitu hanya mereka yang lulus peperiksaan perkhidmatan awam ajaran conficius sahaja akan dilantik menjadi pembesar. Keadaan ini menyebabkan mereka sangat berkuasa dan bertindak sebagai feudal lord.

         Maharaja Gia Long dan Minh Mang berusaha mengatasi amalan-amalan feudal. Penindasan terhadap rakyat yang dilakukan oleh pembesar telah dikenalpasti sebagai punca kelemahan Vietnam. Maharaja Gia Long bertindak menghapuskan pengeksploitasan tanah secara besar-besaran dan melarang pegawai kerajaan menerima cukai , manakala kuasa Maharaja keatas pemilikan harta dan tanah diperkuatkan.

         Negara Thai masih tetap sebuah negeri feudal yang berpegang kuat terhadap nilai-nilai tradisional masyarakat yang berdasarkan ajaran agama Buddha dan adat resam Thai sejak turun temurun. Susun lapis masyarakat kekal dengan system phrai-nai dan sakdina. Masyarakat feudal Thai terdiri dariapda institusi raja pada lapisan teratas dan dibawahnya ialah golongan bangsawan (khunnang atau cho) dan putera-putera yang dikenali sebagai nai atau tuan masyarakat. Dibawah nai ialah golongan orang kebanyakkan yang dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu phrai atau rakyat yang bebas dan that atupun hamba. Ketiga-tiga golongan ini merupakan batu asas rakyat masyarakat tradisional Thai. Walaubagaimanapun ,golongan sangha juga memainkan peranan yang penting dalam system feudal ini.

         Kesimpulannya , abad ke-19 dan 20 memperlihatkan satu perkembangan menarik dalam sejarah system feudal di Asia.sejak sekian lama ,ia telah melaksanakan dan menerima system feudal sebagai sebahagian daripada system social mereka. Peranan pembesar wilayah mempunyai pengaruh yang sangat besar meskipun kebanyakkan negara meletakkan raja atau maharaja sebagai yang tertinggi. Walaubagaimanapun ,kesan daripada perubahan-perubahan yang berlaku abad ke-19 dan ke-20 menyebabkan system feudal menerima tekanan yang cukup hebat.

♥ Thank for reading ♥

SISTEM FEUDAL MENCORAKKAN BENTUK PEMERINTAHAN DALAM MASYARAKAT ASIA.


1.     SISTEM FEUDAL MENCORAKKAN BENTUK PEMERINTAHAN DALAM MASYARAKAT ASIA.

            Feudalisme secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan, iaitu kuasa politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian dan bukan kerajaan pusat. Pada asasnya, sistem ini seperti yang wujud di Eropah sejak abad ke-9 memperlihatkan hubungan peribadi yang erat antara tuan tanah (lord) dan petani (vassal) yang disyaratkan untuk memberi taat setia kepada lord. Satu pihak akan memberi perlindungan sementara satu pihak lagi memberi perkhidmatan ketenteraan dan keselamatan kepada raja. Selain aspek ketenteraan dan keselamatan, feudotari juga dikehendaki menyediakan keperluan tertentu termasuklah buruh untuk sistem kerah. Hubungan ini menentukan kedua-dua pihak memperoleh faedah dan keuntungan bersama.
            Jika dilihat dari segi strukturnya, sistem feudal memaparkan satu bentuk piramid. Di bahagian bawah sekali ialah golongan rakyat atau petani manakala di bahagian atas sekali ialah raja. Bahagian tengah pula ialah golongan pembesar yang bertanggungjawab menjadi ‘tali penghubung’ antara raja dengan rakyat dan secara praktikalnya turut bertindak sebagai tuan tanah. Dalam pemerintahan bercorak feudal ini, wujud satu hierarki yang jelas antara feudatories dan subfeudatories di bawah pemerintahan seorang raja. Ia sangat terikat dengan pendapatan dari kampung.
            Di rantau Asia Tenggara, sistem feudal yang wujud adalah berasaskan masyarakat pertanian yang merupakan satu cirri umum utamanya. Raja adalah kuasa yang besar dan dianggap sebagai pemilik tanah yang boleh ditemui di semua kerajaan Asia Tenggara. Raja dianggap sebagai pemilik tanah seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tiga Tera di Siam serta perundangan di Burma. Raja dianggap sebagai tuhan yang mempunyai kuasa mutlak terhadap semua aspek termasuk kehidupan rakyat yang turut ditentukan oleh raja. Dalam masa yang sama, raja juga bergantung kepada pembesar daerah terutama dalam melaksanakan segala keperluan pemerintahan ataupun keperluan yang berbentuk peribadi.
            Sebelum kehadiran pihak Barat, sistem feudal yang dilaksanakan di Asia Tenggara menjelaskan bahawa kuasa pembesar wilayah adalah cukup besar. Dalam keadaan-keadaan tertentu, kuasa pembesar lebih besar daripada raja atau pembesar pusat. Berdasarkan kelayakan serta pengaruh tertentu, golongan pembesar telah menerima anugerah yang besar daripada raja termasuk mentadbir sebuah wilayah.
            Di Burma, sistem feudal yang wujud merupakan kesan daripada kebergantungan raja kepada golongan pembesar terutama Myowun (gabenor) dan Myosa (pembesar wilayah). Di ibu negeri terdapat empat orang Myowun yang mengendalikan hal ehwal tempatan, setiap orang mentadbir sebuah daerah di ibu negeri tersebut. Myowun yang berada di luar ibu negeri menjalankan kuasa atas dasar feudal iaitu mereka mempunyai kuasa besar memungut cukai sebanyak 10 hingga 15 peratus daripada hasil tahunan rakyat. Sebahagiannya dihantar kepada raja di pusat dan sebahagiannya disimpan untuk kegunaan sendiri.
            Masyarakat Vietnam pula masih berpegang kepada sistem tradisi. Sistem pemerintahan di bawah Maharaja Gia Long dan selepasnya adalah bercorak birokratik yang berasaskan hierarki Mandarin. Negara dibahagikan kepada tiga wilayah iaitu Annam, Tongking dan Cochin-China. Wilayah Annam terletak di bawah kuasa raja manakala dua wilayah lagi dikuasai oleh wizurai yang mempunyai kuasa yang sangat besar. Wilayah-wilayah ini kemudiannya dibahagikan kepada beberapa bahagian yang lebih kecil termasuk Provinci, Phu, Huyen, Tong, dan Kemun di mana setiap bahagian di tadbir oleh seorang pembesar. Pembahagian ini menyebabkan kerajaan pusat kurang memberi perhatian dan menyebabkan para pembesar mengukuhkan kedudukan masing-masing. Walaupun raja berkuasa mutlak, namun dalam keadaan sebenarnya, pembesar Mandarin yang menjalankan sistem sosial dan pemerintahan Vietnam.
            Sistem feudal di Asia Selatan pula telah diamalkan lebih kurang pada abad ke-4 sebelum Masihi. Sistem ini telah dilakukan oleh kerajaan Maurya yang turut menjadikan tanah sebagai elemen utama iaitu tuan tanah mempunyai hak yang lebih besar berbanding petani. Dalam sistem feudal di Asia Selatan, golongan keagamaan atau Brahmin turut terlibat. Brahmin merupakan pemilik tanah terutama geran-geran yang diberikan oleh pihak-pihak berkuasa sebagai satu keistimewaan terhadap golongan ini dan untuk menjaga status mereka di kalangan masyarakat. Mereka mempunyai kuasa autonomi yang besar pada tanah-tanah yang mereka miliki. Secara langsung, sistem feudal di Asia Selatan yang terus berlangsung sehingga pasca-kemerdekaan memperlihatkan satu keterikatan yang sangat kuat antara pihak berkuasa, bangsawan dan pemerintah tempatan, golongan agama dan petani yang menduduki atau menyewa tanah.
            Pada zaman kemuncak sistem feudal, iaitu sebelum kuasa Barat muncul pihak pemerintah yang terdiri daripada golongan raja merupakan pihak yang diberi seluruh taat setia mereka. Kelangsungan ini dapat dilihat di mana muncul ratusan raja-raja kecil yang menguasai wilayah-wilayah tertentu di Benua Kecil India. Kedatangan British pada tahun 1947 tidak mampu menguasai seluruh benua itu, dan masih terdapat raja-raja yang masih bebas. Raja-raja ini mempunyai pembesar-pembesar daerah atau digelar Nayaka yang bertanggungjawab menyediakan segala keperluan raja, mengutip cukai dan sebagainya. Untuk mempertahankan kedudukan raja, mereka telah menubuhkan pasukan ketenteraan yang terdiri daripada rakyat.
            Sistem feudal juga dijalankan di negara-negara Asia Timur. Di Jepun, sistem feudal dilihat secara jelas iaitu maharaja mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas segala aspek di bawah pemerintahannya termasuk tanah. Misalnya, pada zaman Kamakura antara abad ke-12 dan 14, keluarga Minamoto menjadi keluarga yang penting di Jepun. Selain itu, sistem feudal ini dapat tumbuh subur kerana tumbuhnya estet-estet persendirian yang dikenali sebagai syo atau syoen. Pertumbuhan estet-estet ini telah dipercepatkan oleh kemerosotan golongan aristokrat dan kebangkitan kelas perwira (buke).
            Di Jepun, sistem feudal telah menyebabkan satu corak tertentu dapat dilihat di mana telah melahirkan dua golongan yang saling bergantung antara satu sama lain, iaitu golongan tuan-tuan tanah dan daimyo yang bertanggungjawab menyumbangkan sebahagian daripada hasil tanah kepada maharaja. Golongan daimyo mempunyai hubungan yang kuat dengan petani dan tentera, tetapi golongan maharaja tidak banyak peranan. Kemunculan golongan tentera khusus (profesional) sebagaimana di Jepun begitu berpengaruh dalam menentukan hala tuju pemerintahan. Golongan daimyo merupakan kelompok yang sangat berkuasa di Jepun dan kuasanya mengalahkan kuasa maharaja. Golongan tentera mempunyai kebolehan yang besar dalam peperangan dan digunakan oleh golongan bangsawan untuk mempertahankan hak milik mereka atau menjaga keselamatan tuan-tuan mereka. Kekuatan daimyo ini menjadi tulang belakang kebangkitan daimyo sehingga maharaja tidak ada peranan.
            Secara ringkasnya, sistem feudal di Asia Tenggara dan Asia Timur mempunyai persamaan daripada beberapa segi iaitu raja atau maharaja memerintah hanya pada teorinya sahaja sementara kuasa sebenar banyak ditentukan oleh pembesar-pembesar. Pembesar-pembesar ini juga mempunyai gelaran yang berbeza mengikut kekayaan dan kedudukan. Golongan pembesar ini biasanya adalah golongan pemerintah. Selain itu, kerajaan terbahagi kepada dua iaitu kerajaan pusat dan wilayah di bawah kekuasaan pembesar. Tanah juga menjadi pengikat yang kuat dalam sistem feudal.
            Kesimpulannya, abad ke-19 dan 20 memperlihatkan satu perkembangan menarik dalam sejarah sistem feudal di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Sejak sekian lama, ketiga-tiga rantau ini telah melaksanakan dan menerima sistem feudal sebagai sistem sosial mereka. Peranan pembesar wilayah mempunyai pengaruh yang sangat besar meskipun meletakkan raja atau maharaja sebagai kuasa tertinggi.

♥ Thank for reading ♥