Thursday 22 September 2011

Setelah mencapai kemerdekaan, Malysia telak menanggotai PBB sbg pengiktirafan terahadap kedaulatannya. Bincangkan peranan dan kepentingan yg diperoleh Malaysia setelah menanggotai badan dunia tersebut.

Tema 4


Soalan 10

Setelah mencapai kemerdekaan, Malysia telak menanggotai PBB sbg pengiktirafan terahadap kedaulatannya. Bincangkan peranan dan kepentingan yg diperoleh Malaysia setelah menanggotai badan dunia tersebut.

Pengenalan

PBB ditubuhkan pdJun 1945 di San Francisco dan mula beroperasi pd oktober 1945. atujuan utama PBB adalah utk mewujudkan keamanan serta keselamatan dunia dan menjalin kerjasama antarabangsa . Disamping itu PBB juga bertujuan menggalakkan pembangunan eko dan social di setiap Negara anggota. PBB juge bertujuan melindungi hak2 asasi dan kebebasan manusia  tanpa mengira bangsa agama bahasa and warna kulit. Malysia telah diterima oleh Majlis perhimpunan sbg anggota PBB pd th 1957.

Isi

A.   Peranan

1.    Memulihkan keamanan

Tahun1959 Malaysia dan Ireland menaja satu usul untuk mengutuk tindakan Republik Rakyat China menceroboh dan melanggar hak asasi rakyat Tibet. Selain itu Malaysia mengutuk tindakan mana-mana kuasa besar atau Negara lain yg menceroboh neg kecil.

2.    Menghantar tentera pengaman

Oktober 1961 pasukan tentera Malysia telah dihantar utk menyertai pasukan pendamai PBB ke Congo bagi menamatkan Perang saudara serta mengekalkan keamanan di situ. Malysia telah diminta PBB utk memberi sumbangan ketenteraan sbg pasukan pengaman dunia bagi memulihkan keamanan di Congo

3.    Mengecam Dasar Apartheid

Pemimpin2 Malaysia telah membangkitkan kesedaran antarabangsa terhadap isu yg berkaitan dgn dasar Apartheid.

4.    Mengemukakan Cadangan

Malaysia telah mengemukan cadangan utk mengatasi masalah sejagat spt dadah kemiskinan negara2 anggota , isu Antartika dan pelarian Vetnam.

B.   Kepentingan.

1.    Bantuan Kesihatan
WHO telah memberi bantuan dlm bidang kesihatan dgn menghantar pakar-pakar perubatan, pegawai2 kesihatan serta memberi pelbagai bantuan utk meningkatkan taraf kesihatan di Negara kita.

2.    Bantuan Kepakaran Pertanian
FAO telah menolong kita menambahkan lagi pengeluaran makanan terutamanya pengeluaran padi. Malaysia telah mendapat bantuan dlm bentuk kewangan dan kepakaran

3.    Bantuan Pinjaman
Bank Dunia memberi pinjaman untuk membiayai projek pembangunan tanah dan lain2 cyh pembinaan jalanraya dan Jambatan P. Pinang

4.    Bantuan Pendidikan
UNESCO telah memberi bantuan spt menghantar pakar-pakar pendidikan ke Malaysia utk memberi bantuan khidmat nasihat ke atas rancangan pelajaran Malaysia. UNESCO juga membantu Malaysia menubuhkan sebuah maktab teknik di Ipoh. Disamping itu menghantar pegawai penyelidikan sains utk membantu bidang penyelidikan sains di neg kita.

Kesimpulan
Malaysia merupakan neg yg aktif dlm melaksanakan aktiviti PBB. Penyertaan Malaysia dlm PBB byk membantu neg dari sudt kepentingan eko, politik dan social. Ini amat penting krn pd masa itu Malaysia baru shj mencapai kemerdekaan.




♥ Thank for reading ♥

Dasar Luar Malaysia dlm tempoh 1957-1963 adalah bercorak pro-Barat dan anti komunis. Bincangkan mengapa Dasar Luar Malaysia bercorak sedemikian.

Tema 4

Soalan 9

Dasar Luar Malaysia dlm tempoh 1957-1963 adalah bercorak pro-Barat dan anti komunis. Bincangkan mengapa Dasar Luar Malaysia bercorak sedemikian.

Pengenalan

Keadaan politik dunia dlm tempoh 1957-1963 masih berlaku perang dingin antara Blok Barat dan blok Timur. Situasi ini turut mempengaruhi amalan dasar luar Negara ini apatah lagi Tanah Melayu turut menghadapi ancaman komunis. Latar belakang dan pribadi Tunku Abdul Rahman turut menentukan arah tujuan dasar luar neg dlm tepoh tersebut.

Isi
1.    Isu keselamatan negara

Tempoh masa tahun 1957-1963 dianggap sbg tahap penting dlm dasar luar neg krn Tanah Melayu baru shj mencapai kemerdekaan. Soal keselamatan neg, terutamanya ancaman komunis merupakan masalah utama yg dihadapi

Tanah Melayu hanya mempunyai sebuah rejimen Melayu Diraja , tanpa mempunyai angkatan tentera laut dan udara.

Sebarang serangan dr luar tidak mampu dihadapi secara bersendirian. Berdasarkan alasan ini Tanah Melayu memilih dasar pergantungan dgn Britain dan mengamalkan dasar luar yg pro Barat. Tanah Melayu menandatangani perjanjian pertahanan dgn Britain yg dikenali sbg Perjanjian Pertahanan Anglo Malaya (AMDA).Melalui perjanjian ini Britain memberi jaminan akan memberi bantuan ketenteraan kpd Tanah Melayu jika diceroboh atau diancam oleh musuh.

Ancaman kominid didalm neg dan rantau asia Tenggara terutamanya perkembangan di Vietnam menyebabkan Tanah Melayu mengambil sikap yg serius terhadap perkembangan tersebut. Di dlm neg pula kegagalan Rundingan Baling 1955 menyebabkan komunis melancarkan perang gerila setelah perjuangan melalui cara berperlembagaan tidak berjaya.

Tanah Melayu memberi sokongan kuat terhadap tindakan Amerika Syarikat membendung pengaruh komunis di Vietnam Utara dan menyokong Rejim anti komunis di Vetnam Selatan.

Begitu juga pendirian anti komunis Tanah Melayu dlm isu `Dua China’ di PBB , Tanah Melayu tidak mengiktiraf Republik Rakyat China sbg mewakili rakyat China di PBB. Sebaliknya Tanah Melayu mengadakan hubungan dengan Taiwan diperingkat consular.

2.    Kepentingan Ekonomi

Selain soal keselamatan neg , dasar luar pro Barat ini didorong oleh kpentingan ekonomi di Tanah Melayu. Selepas mencapai kemerdekaan eko Tanah Melayu masih bergantung kepada komoditi utama iaitu getah dan bijih timah. Skyt2 dr Britain masih menguasai kedua2 perusahaan ini,. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun diberi kemerdekaan dari segi politik, neg masih lagi bergantung dlm bidang ekonomi khususnya utk membeli bahan mentah dan mencari pasaran.


3.    Latar belakang Keperibadian Tunku Abdul Rahman

Tunku dibesarkan dlm suasana kebaratan dan mendapat pendidikan Barat menyebabkan beliau lebih selesa dan bersikap pro barat

Tunku juga mempunyai sikap anti komunis yg kuat krn ancaman komunis dlm neg. Tunku percaya bahawa warisan sistem demokrasi Barat lebih sesuai dengan budaya masyarakat di Tanah Melayu berbanding dgn sistem komunis.

Kesimpulan

Dasar luar neg yg pro Barat dan anti komunis dipengaruhi oleh ketiga-tiga faktor yg dibincangkan di atas sehinggakan Tunku pernah mengakui bahawa Tanah melayu akan timbul dan tenggelam bersama barat

♥ Thank for reading ♥

Bincangkan faktor2 yg mempengaruhi dasar luar Malaysia dari tahun 1957-1963.

Tema 4

Soalan 8

Bincangkan faktor2 yg mempengaruhi dasar luar Malaysia dari tahun 1957-1963.

Pengenalan

Dasar luar ialah dasar atau pendekatan yg diamalkan oleh sesebuah negera ketika berinteraksi denga  neg lain dlm hubungan antarabangsa. Dasar luar Malaysia diduruskan oleh Kmenterian Luar Negri melalui Wisma Putra. Tujuan Malaysia mengdakan hubungan luar untuk berinteraksi dan menadapat faedah drpdnya. Selain itu ia  juga bertujuan menjamin kedaulatan, keselamatan, persahabatan dan kemakmuran Negara. Dasar luar yg diamalkam akan mendatangkan manfaat kpd kedua2 neg baik dr segi plitik, eko, dan social.

1.    Sumber Ekonomi Negara

Ekonomi neg kita adalah agak kukuh dgn sumber2 yg byk spt minyak, bijih timah, getah dan barangan pembuatan. Keadaan ekonomi yg kukuh ini menyebabkan Malaysia memerlukan rakan dagangan yg kukuh utk memasarkan dagangan dr neg kita. Malaysia juga memerlukan pelancong utk dtg ke Malaysia.

2.    Faktor Sejarah

Persekutuan Tanah Melayu mempunyai hubungan yg baik dgn neg2 Islam. Hubungan dgn neg Islam lain adalah bergantung kpd sejarah dan penduduk negara kita. Majoriti penduduk Tanah Melayu beragama Islam. Kebanyakkan mrk mahu mengadakan hubungan dgn neg2 Islam oleh itu kerajaan telah memberi perhatian kpd pendirian pengundi Islam dlm soal menggubal dasar luarnya.


3.    Kedudukan Negara

Kedudukan neg dr segi geografi adalah sgt  trategik. Kedudukan ini telah membolehkannya mengawal perjalanan dan persimpangan laut, antara lautan Pasifik dgn lautan Hindi

kedudukan ini menyebabkan Malaysia mengikuti dasar luar yg bebas dan berkecuali dan sentiasa berusaha mnejadikan rantau ini aman bebas dan berkecuali.

4.    Kepimpinan

Kerajaan Perikatan di bawah Tunku Abdul Rrahman lebih mementingkan hubungan dgn Amerika Syarikat yg mengikuti dasar anti-komunis. Neg kita baru shj merdeka dan memerlukan bantuan Amerika utk memerangi komunis.

Wbgmnpun soal pertahanan Tanah Melayu pd masa itu di bwh tjb Inggeris ini adalah krn tanah Melayu pd ms itu menandatgni perjanjian pertahanan dgn Britain






5.    Keselamatan Negara

Dari segi keselamatan, neg kita perlu mengelakkan sebarang ancaman dr neg2 luar. Oleh itu neg kita memerlukan dasar luar yg dpt mengekalkan hubungan yg baik dgn semua neg.

Misalnya ancaman ke atas keselamatan neg dlm bentuk ancaman dadah. Kekacauan politik di Indo-China juga mempengaruhi dasar luar neg kita. Malaysia menentang pendudukan Vietnam di Kampuchea da usaha2 kuasa besar utk mengugat kestabilan di Asia Tenggara.

6.    Struktur Politik Negara

Sebagai sebuah neg yg mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, Malaysia mementingkan demokrasi, kebebasan dan kemakmuran rakyat. Seiring dgn itu dasar luar neg memberi penekanan kpd prinsip2 kebebasan manusia dan keamanan serta menentang segala bentuk penjajahan dan penindasan dlm kalangan masyarakat antarabangsa.

7.    Hubungan Diplomatik.


Dasar luar MAlysia menitikberatkan hubungan diplomatic dengan negara2 lain di dunia. Malaysia mengadakan hubungan diplomatic dgn pelbagai neg di dunia di Asia, Afrika, Amerika dan Eropah kecuali Israel.

8.    Institusi Antarabangsa.

Malaysia sentiasa menyokong pertubuhan PBB dlm byk perkara. Malaysia menyertai beberapa agensi PBB, antaranya UNESCO, UNCTAD, WHO.


Selain itu Malaysia memainkan peranan aktif dlm pertubuhan pergerakan neg2 Berkecuali(NAM) , perubuhan Komanwel dan pertubuhan neg2 Islam OIC usaha-usaha ini mnunjukan dasar luar Malaysia dibentuk untuk memupuk semangat kerjasama dan perpaduan antara bangsa .

Kesimpulan

Terbukti dasar luar Malysia memang berkesan kerana sejak medeka sehingga 1963 neg kita tidak pernah berkonflik dgn mana2 kuasa besar dunia krn dasar kita yg tidak menyebelahi mana2 pihak.


♥ Thank for reading ♥

Bincangkan perkembangan sistem perhubungan pada abad ke-19 dan 20.

Tema 4

Soalan 7

Bincangkan perkembangan sistem perhubungan pada abad ke-19 dan 20.

Pengenalan

Sebelum peluasan kuasa British di Tanah Melayu sistem perhubungan yg wujud mundur sekali. Cara-cara perhubungan yang digunakan ialah melalui sungai-sungai dan jalan-jalan kecil yang terdapat di  hutan.

1.    Perkembangan Jalan-jalan Keretapi abad ke 19 dan 20
a.    Keretapi merupakan pengangkutan moden pertama sekali di Tanah Melayu. Jalan2 keretapi yg dibina telah mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kaw perlombongan dgn  pelabuhan.
b.    Jalan keretapi yg pertama d  dibina oleh Sir Hugh Low, menghubungkan Taiping-Port Weld
c.    Jalan2 lain ialah Tapah- Teluk Anson, Tapah- Ipoh
d.    Frank Swettenhan bina jln keretapi  KL- Bukit Kuda-Port Weld
e.    1892 menghubungkan KL- Rawang- Kuala Kubu Bharu dan Sg Besi.
f.     Negeri Sembilan , Seremban- Port Dicson. Seremban ke Prai – Johor Bharu.
g.    1918 Perai- Bukit Mertajam, Sg Petani, Alor Setar dan Padang Besar.
h.    Pantai Timur menghubungkan Gemas, bahau, Mentakab, Kuala Lipis, Gua Musang,
i.      Tumpat dan Sg Golok.

2.    Perkembangan Jalan Raya
a.    Jalan raya yg pertama dibina utk menghubungkan :
i.      kawasan bijih dan getah ke pelabuhan
ii.     Jalan raya utama menghubungkan KL- Kuantan 1899
iii.    Singapura- perils pd 1928
iv.   Jalan yg menghubungkan terengganu dan Pahang ke Pantai Barat pd 1945

3.    Perkhidmatan Perkapalan
a.    Menjelang 1870 terdapat beberapa syarikat perkapalan yg menggunakan stim utk  membawa hasil dr tanah Melayu ke Singapura.

b.    1890 Syarikat perkapalan Straits Steamship Company milik Belanda manjadi syarikat      perkapalan yg penting.

c.    Pelabuhan2 penting spt Port Swettenham, Port Dikson. Teluk Anson, dan Port Weld  tempat persingghan utama.

4.    Perkhidmatan Udara
a.    Syarikat ini memulakan perkhidmatan antara Singapura , KL dan P.Pinang. Apabila Perang  Dunia ke-2 meletus perkhidmatan ini ditamatkan.   
b.    1930 dibina lapangan terbang di Ipoh, KL. P.Pinang, Taiping, Butterworth dan Alor setar.
c.    Malayan Airways Ltd  dibuka 1947
d.    Lapangan terbang KL- 1946.




Kesimpulan

Kemajuan sistem perhubungan ini kebanyakan menguntungkan penjajah bukannya masyarakat tempatan kerana tujuan dibina ialah utk memudahkan mrk mengangkut bahan-bahan mentah ke pelabuhan utk dieksport ke negara lain.



♥ Thank for reading ♥

Bincangkan secara ringkas corak ekonomi negara di bawah pentadbiran British sebelum merdeka dan huraikan masalah utama yg diwarisi negara daripada corak ekonomi sedemikian selepas Negara mencapai kemerdekaan

Tema 4

Soalan 6

Bincangkan secara ringkas corak ekonomi negara di bawah pentadbiran British sebelum merdeka dan huraikan masalah utama yg diwarisi negara daripada corak ekonomi sedemikian selepas Negara mencapai kemerdekaan.

Pengenalan.

Pada dasarnya pihak British memperkenalkan sistem ekonomi liberal dan moden. Bagi mencapai matlamat penjajahan, dasar dan rancangan ekonomi ditumpukan kepada usaha2 mengeksplotasi sumber-sumber galian serta pengeluaran bahan-bahan mentah pertanian yg mendapat pasaran tinggi di England dan Eropah . Keutamaan diberi kepada perlombongan bijih timah, pembukaan ladang getah dan kegiatan perladangan yg dilakukan secara meluas di selangor, Perak, N.9 dan Phg.

A.   Corak Ekonomi Di Bawah Pentadbiran British

1.        Tanah Melayu kaya dgn bahan mentah . Selepas bijih timah di temui di Larut 1848, pihak British menggalakkan saudagar2 dr negeri Selat melabur dlm perushaan bijih timah. Sehingga th 1862 lebih 27 lombong di buka di kawasan Taiping dan Kamunting.

2.        Pembukaan lombong2 bijih timah diikuti dengan kebanjiran buruh2 yg dibawa dr China. Terdapat lebih kurang 25 000 buruh yg berada di kawasan berkenaan sekitar th 1862.

3.        Para pengusaha eropah telah memperkenalkan alat2 yg moden seperti kapal korek yg telah menghasilkan lebih byk bijih timah dlm jangka masa yg singkat.

4.        Beberapa langkah juga telah diambil spt memberi lesen kpd pengusaha eropah utk meneroka kaw perlombongan baru , menghapus peranan kongsi gelap dan sebagainya yg telah menyebabkan skyt2 pengusaha Eropah menguasai kegiatan perlombongan bijih timah menjelang tahun 1912.

5.        Pd 1940 skyt Eropah mengeluarkan lebih drpd 70% drpd bijih timah yg dikeluarkan oleh Tanah Melayu.

6.        Selain bijih timah galian2 lain yg diusahakan termasuklah emas dan arang  batu, antimony, b besi dan petroleum. Emas di lombong di Raub yg dimulakan secara kormesial oleh sebuah skyt dr Australia. Petroleum pula diuasahan oleh Skyt Shell(Kerjasama pihak British-Belanda di Miri Sarawak)

7.        Kegiatan pertanian dagangan turut diberi perhatian oleh pihak penjajah. Terdapat 2 jenis pertanian dagangan iaitu tanaman jangka pendek seperti lada hitam, gambir, ubi kayu dan tebu. Manakala tanaman jangka pjg ialah getah.

8.        Getah mendpt permintaan yg tinggi kesan perkembangan pesat industri pembuatan kereta di Amerika Syarikat dan Eropah. Ladang2 getah  byk di buka di Perak, Selangor, N. 9 dan Johor.

9.        Buruh2 dr India dibawa masuk ke Tanah Melayu. Byk skyt ditubuhkan di Tanah Melayu untuk melibatkan diri dlm perusahaan getah. Kebykkan skyt2 ini beribu pejabat di Eropah dan dimiliki oleh pemodal asing.

B.   Kesan Dan Masalah

1.        Sistem dwi ekonomi yg diamalkan di Tanah Melayu menampakkan perkembangan pesat dlm bidang ekonomi. Walaubagaimanapun pihak British terus membiarkan kehidupan orng Melayu kekal dlm kegitan bercorak tradisional.

2.        perkembangan eko moden spt di bidang perladangan dan perusahaan langsung tidak melibatkan org Melayu. Kaum imigran yg diberi peluang utk meningkatkan diri mereka dlm bidang ekonomi .

3.        Amalan pecah dan perintah telah mewujudkan kawasan petempatan yg berbeza antara ketiga-tiga kaum. Org Melayu timggal di kg dan bekerja sbg nelayan, org India menetap di Ladang2 getah manakala org Cina lebih bertumpudi kaw bdr yg terlibat dalam bidang perniagaan dan perlombongan.

4.        Kemajuan prasarana byk diberi tumpuan di kaw bdr menyebabkan kaw luar bdr yg tidak ada kepentingan kpd penjajah tidak dimajukan.

5.        Pembangunan yg dijlnkan tidak seimbang khususnya antara kaw pantai Barat dan Pantai Timur.

6.        Begitu juga dengan jurang pendapatan antara kaum cukup ketara antara penduduk Bandar dgn luar bdr. Org Melayu masih dibelenggu dgn kemiskinan jika dibandingkan dgn org Cina yg tinggal di bdr.

7.        Pihak British turut membenarkan setiap kaum mengamalkan sistem pendidikan mengikut cara masing-masing dan ini menyukarkan usaha kearah mewujudkan perpaduan Kebangsaan.


Kesimpulan

Dasar ekonomi penjajah sebenarnya menjadi punca utama masalah perpaduan, ekonomi, politik, dan social yg perlu ditangani oleh para pemimpin sebelum negara mencapai kemerdekaan. Ada beberapa isu yg masih wujud walaupun neg sudah mencapai kemerdekaan spt masalah ekonomi.


♥ Thank for reading ♥

Bincangkan faktor-faktor yg mempengaruhi dasar pendidikan Negara sebelum merdeka.

Tema 4

Soalan 5

Bincangkan faktor-faktor yg mempengaruhi dasar pendidikan Negara sebelum merdeka.

Pengenalan.

Dasar pendidikan Negara sebelum merdeka adalah bercorak vernacular iaitu pengasingan pelajar mengikut kaum. Kerajaan Inggeris telah memperkenalkan 5 jenis sistem persekolahan yg ternyata berbeza antara satu sama lain. Jenis2 sekolah tersebut ialah sekolah Inggeris, sek Melayu sek Agama, sek Cina dan Sek Tamil. Pengenalan kepada isiten persekolahan yg berbeza antara kaum mempunyai kaitan dengan dasar pecah dan perintah yg diamalkan oleh pemerintah Inggeris di Tanah Melayu.


Isi

1.    Pengkhususan Kaum Dalam Satu Sekolah.

i.      tiap2 sekolah adalah khusus utk satu-satu kaum yg tertentu shj. Ini menyebabkan anak2 Melayu, Cina dan India sukar utk bergaul antara satu sama lain. Kesempatan utuk bergaul bg ketiga2 kaum ini hanya terdapat di sekolah inggeris yg terletak di bandar shj.

ii.     Pendidikan tradisional org Melayu, pendidikan agama dan al-Quoran dilakukan di surau, rumah Tok Guru atau pondok. Ini tidak memungkinkan bangsa lain utk turut serta.

iii.    Sementara pendidikan org Cina pada peringkat awal diasaskan oleh individu perseorangan atau kelompok berteraskan kpd kaum. Gurunya tidak terlatih dan mengajar secara sambilan berdasrka buku2 teks klasik dari China.

iv.   Org India tidak dihiraukan pendidikannya hanya pd 1816 bhgn sek Tamil, Penang Free Scholl ditubuhkan. Pd 1923 Akta Buruh diperkenalkan iaitu mewajibkan setiap estet mengadakan sek Tamil dan pengurusannya diserah kpd pihak lading.

2.    Tiada Bahasa Penghantar Tunggal

i.      Tidak ada dasar mengenai bahsa penghantarnyg tungal. Sek Inggeris menggunakan BI dan Sek Melayu menggunakan BM dan sek Cina menggunakan bhs Cina dan sek Tamil menggunakan bhs Tamil. Oleh yg demikian kominikasi menjadi sukar disebabkab tiada medium yg sesuai utk menyatukan mereka.

3.    Perbezaan Kawasan tempat tinggal.

i.      Kebanyakkan sek Melayu didirikan di desa2 sesuai dgn dasar British yg mahu mengekalkan org Melayu di kg2.
ii.     Sek Cina pula di kawasan perlombongan misalnya di Perak sek Cina terdapat di Kinta Larut. Di Selangor byk terdapat di Klang dan Kanching. Di Negeri Sembilan terdapat di Lukut.

iii.    Sementara di sekolah Tamil di tubuh di kawasan ladang yg dibiayai oleh pengurus ladang.

4.    Tiada Keseragaman Kurikulum

i.      Kurikulum bagi sekolah-sekolah tersebut tidak sama. Sek2 ini masing2 mempunyai kurikulumnya sendiri.

ii.     Sek Inggeris menggunakan sukatan yg digunakan sekolah2 di Britain. Guru2 yg mengajar di sekolah ini di bawa dr sana. Begitu juga dengan  buku2 teks.

iii.    Sek Melayu pula hanya terhad kepada peringkat rendah shj iaitu meliputi kemahiran membaca dan menulis dan mengira. Selain itu pelajar juga diajar sedikit ilmu Geografi perkebunan dan pertukangan.

iv.   Sek Cina dan Tamil menggunakan kurikulum yg sama dengan yg diajar di Cina dan India. Guru2 didatangkan dr neg mrk.Menggunakan bhs ibunda sbg bhs pengantar.

v.    Lepasan sek Cina masih mempuyai kedudukan yg baik krn mrk diserapkan kedlm sektor ekonomi yg dipunyai pengusaha Cina di tanah Melayu. Sementara lulusan India hanya berpeluang meneruskan kerjaya diestet atau sekiranya mampu membayar yuran yg tinggi boleh meneruskan pemgajian sek Inggeris di bandar.

Kesimpulan.

Dasar pendidikan yg diperkenalkan oleh Inggeris sebelum merdeka telah menyebabkan perbezaan ras yg begitu ketara di Tanah Melayu pd masa itu. Bagi Inggeris sistem pesekolahan begini sengaja dilakukan bagi mengasingkan pelbagai kaum sebagai strategi utk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi mrk di Tanah Melayu. Dengan cara ini kaum2 di Tanah Melayu khususnya org Melayu tidak mempunyai asas dan kekuatan bagi menetang Inggeris.


♥ Thank for reading ♥

Bincangkan dasar pendidikan di Tanah Melayu pd 1957-1963 dlm usha membina sebuah Negara yang merdeka dan bersatu padu

Tema 4
Soalan 4

Bincangkan dasar pendididkan di Tanah Melayu  pd 1957-1963 dlm usha membina sebuah Negara yang merdeka dan bersatu padu.

Pengenalan

Sistem pendidikan merupkan wadah terownting utk melahirkan warga Negara yg berilmu pengetahuan, bertjb, berakhlak dan berketerampilan yg dpt memberi sumbangan kdp masyarakat dan Negara. Justeru itu dasar pendidikan yg digubal mestilah dpt memenuhi kehendak Negara. Penyata Razak 1956 , Penyata Rahman 1960, dan Akta Pelajaran menjadi dokumen terpenting tentang dasar pendidikan negra antara tahun 1957-1963.

Isi

1.    Penyata Razak

i.      Penyata yg diterbitkan pd 1956 ini mencadangkan penubuhan 2 jenis sekolah iaitu –
ii.     sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah jenis kebangsaan.

iii.    selain itu bahasa Melayu dan BI dijadikan m/p wajib dipelajari di kedua2 sek berkenaan.

iv.   diperingkat sek men hanya satu peringkat sek men shj yg diwajibkan dengan bhs Melayu dan BI dijadikan bahasa yg wajib dipelajari oleh semua murid, jika terdapat lebih 15 org murid, murid2 keturunan India dan Cina dibenarkan mempelajari bhs ibunda masing2

v.    Penyata Razak menekankan unsur2 dan nilai2 perpaduan neg sbg 1 matlamat yg perlu di capai utk menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat majmuk di neg ini

vi.   Penyata ini menandakan usaha-usaha memulakan penyatuan sistem pendidikan yg memiliki identity kebangsaan.

2.    Ordinanan Pelajaran 1957

i.      Cadagan yang dikemukakan oleh Penyata Razak telah digubal menjadi ordinan pelajaran 1957

ii.     Ordinan ini mewajibkan kandungan kurikulum yg sama digunakan di semua sekolah

iii.    Pada 1959 sebuah jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan utk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran yg dicadangkan oleh Laporan Razak. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Abdul Rahman Talib.
 

3.    Penyata Rahman Talib 1961 dan Akta Pelajaran 1961

i.      Penyata ini memperakukan Penyata Razak dan mengesyorkan cdgn2 drpd Penyata Razak perlu dilaksanakan.

ii.     Cdgan laporan Rahman Talib dimasukkan dlm akta Pelajaran 1961. Anatarnya termasuklah pe;ajaran rendah percuma selama 9 th, kenaikan darjah secara automatik(ting 1-3), peluasan pelajaran teknik dan vokasional

iii.    Akta Pelajaran 1961 mentapkan penggunaan 1 kurikulum yg sama utk semua sek yg berlainan   aliran. Hal ini bertujuan utk mewujudkan perpaduan kaum di Negara ini

iv.   Akta ini  menetapkan bahawa bhs Melayu digunakan sepenuhnya di semua peringkat pengajian iaitu dari sek rendah ke institusi pengajian tinggi. Kanak-kanak perlu mendapatkan pendidikan

v.    wajib sehingga berumur 15 th.

Kesimpulan

Perkembangan pendidikan dari th 1957 -1963 menunjukkan bahwa Negara sedang merangka satu sistem pendidikan yg mempunyai identity Keb. Dasar2 yg digubal ini telah mencorakan sistem pendidikan hari ini.

♥ Thank for reading ♥

Jelaskan bidang tugas Suruhanjaya Pilihanraya sebagai satu badan yg bertjb dlm menjalankan urusan pentadbiran Pilihanraya di Malaysia.

Soalan 3
Tema 4

Jelaskan bidang tugas Suruhanjaya Pilihanraya sebagai satu badan yg bertjb dlm menjalankan urusan pentadbiran Pilihanraya di Malaysia.

Pengenalan

Pilihanraya merupwaka cirri penting dlm amalan demokrasi berparlimen Malaysia. Pilihanraya diadakan 5 th sekali utk memilih wakil bagi menduduki institusi perundangan samada utk badan perundangan persekutuan atau badan perundangan negeri. Pilihanraya yg diamalkan di Malyasia berdasarkan sistem lebihan secara mudah (sipli majority, dan keahlian tunggal mengikut perwakilan wilayah(single member territorial representation pilihanraya dikendalikan oleh sebuah badan bebas yg dikenali sbg suruhanjaya pilihanraya(SPR)

Isi

Tugas
1.    mengendalikan pilihanraya umum dan pilihanraya kecil

a.    Pilihan raya umum
i.      utk memilih ahli Dewan Rakyat dan DUN
ii.     blh diadakan serentak atau berasingan
iii.    Semenanjung kedua-duanya serentak
iv.   Sabah dan Sarawak berasingan

b.    Pilihanraya kecil

i.      diadakan apabila berlaku kekosongan di luar musim disebabkan oleh kematian, perletakan dan perlucutan jawatan dsb. Utk kaw Parliman atau DUN.

ii.     di Semenanjung dlm tempoh 60 hari, di Sabah dan Sarawak dlm tempoh 90 hari kekosongan

c.    Mendaftar dan Menyemak Daftar Pemilih
i.      diadakan setahun dlm tempoh tertentu
ii.     menentukan kelayakan umur pengundi 21 th
iii.    menentukan pusat pengundi

d.    Menyemak dan Mendaftar Kawasan Pilihan Raya.

·         ikut kaw persempadanan pilihan raya samada utk Parlimen atau negeri
Parlimen: - jumlah kaw pilihan raya berubah mengikut keputusan semasa

§  satu kaw Parlimen bersamaan dgn satu ahli Dewan Rakyat

·         Negeri   : - bilangan ahli DUN yg mewakili kaw mrk tidak sama antara satu negeri dgn negeri yg lain.
                             



e.    Menentukan kelayakan calon dlm perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.
i.      warganegara berumur 21 th ke atas
ii.     bermastautin tetap di Malaysia
iii.    sempurna akal
iv.   tidak muflis
v.    tidak memegang jawatan kerajaan
vi.   Ttidak disabitkan dgn sesuatu kesalahn d oleh mahkamah

f.     Menggubal Peraturan2 Pilihan Raya
i.      Sebelum hari mengundi calon2 yg bertanding dibenarkan utk berkempen
ii.     tempoh berkempen berbeza antara satu pilihanraya dgn satu pilihanraya
iii.    selepas pengundian dan pengiraan undi selesai parti2 yg menang diarah membentuk kerjaan samada di peringkat pusat atau negeri.

Kesimpulan

SPR mestilah mejlnkan tugasnya dgn penuh tjb, telus dan ananah bagi memastikan semua urusan pilihanrya dpt berjln dgn lancer adil bersih dan mempunyai kewibawaan yg tinggi spy segala keputusan dan tindakan yg diambil tidak dipertokaikan oleh pihak yg terlibat dgn pilihanraya mahupun rakyat .


♥ Thank for reading ♥